26 May 2010

AWAS!! pemandu sedang diuji.


Hari ini aku menjalani pra test ujian memandu. Dah 6 jam aku belajar bawak kereta. Dulu aku pikir bawak kereta nie tak best + dengan fobia kau kena langgar kereta tapi bila dah pandai, rupanya bawak kereta sangat la best.

Pra test tadi bermula dengan kena bawak di jalan raya. Sebelum memulakan perjalanan macam cool je, selaras tempat duduk, cek cermin kereta kiri kanan, cermin pandang belakang, dan benda lain kecuali aku lupa nak bunyikan hon..huhu. dah sampai rumah baru teringat.

Memulakan perjalanan lak ok jew tapi masalah menimpa aku masa berhenti di persimpangan. 2 kali kereta aku mati, kalau dengan JPJ ni mesti aku dah kandas.

Selepas bawak di jalan raya, aku buat bukit lak. Dapat kereta yang gile uzur. Matilah aku. Bila sampai atas bukit tu, aku nak tekan minyak, tengok2 takde meter minyak. Camne nie, aku pun ikhtiar je la. Tekan minyak kuat-kuat, pastu lepas clush, turun handbreak. Waa.. aku berjaya.
parking aku tak risau ngat sebab aku ok jew parking. Ikut formulanye ok la.

Akhirnya aku lulus juga pra test nie walaupun kereta mati waktu kat jalan. Aku rasa pegawai tu bagi can je kat aku. Takpe ada masa lagi aku nak practise wat yang terbaik sebelum 1 Jun nie.


25 May 2010

menjadi IBU sementara

Minggu lepas sempatlah aku merasa macam mana perasaan Mama jaga adik aku yang berdua tu. Mama aku pergi umaha abah seminggu. so aku la yang kena jaga adik-adik aku ni.
Tapi ok la sikit, aku tak payah masak, sebab aku pun tinggal dengan wan dan atuk aku kat kampung. Cuma ada beberapa perkara yang aku tak boleh elak..

  • Bangun pagi-pagi buta, padahal baru pikir nak qada tido bila start cuti sem. Bangun pukul 6 am, kejut adik-adik. Buat susu untuk Ainaa.

  • Mandikan Ainaa Annisha, pakaikan baju dia. Memandangkan adik aku yang lebar ni baru berumur 6 tahun, jadi aku la kena mandikan die. (Takpe Ainaa, nnti akak ada anak, ko lak mandikan.)

  • Hantar Haqqim ke sekolah yang jaraknya 10 Km dari rumah aku. Mujur ayah nak tolong aku hantar Ainaa gi sekolah.

  • Pergi joging sambil dating. Ops.. tak termasuk!!

  • Balik ke rumah, start la keja umah seperti basuh baju, jemur baju, sapu sampah & +++++

  • Pukul 12.00 tengah hari uh, aku kena meredah terik matahari nak jemput Ainaa.

  • Pukul 2.40 pm lak, sekali lagi meredah panas terik matahari. Sabar je la, nie muka aku sekarang dah habis terbakar. Jemput naik moto je.. Tiba-tiba teringat kata Fiqah.. " ni baru panas dunia"

  • Bila dah malam, ajar Haqqim lak wat keje sekolah. Sampai nangis-nangis gak la aku ajar die. Benda senang malas nak pikir!! ish,

  • Pukul 10.30 pm, pastikan adik-adik masuk tido.

Rutin harian aku ni berjalan seperti biasa selama seminggu. Penat juga jadi surirumah tangga nie ye.. Nie belum bab memasak lagi.

Rase-rase aku dah boleh kawin x???hehehehehe


13 May 2010

Pantang Larang Orang Dulu-Dulu

Korang semua perasan tak, selalu orang-orang tua ni ada banyak pantang larang tetapi di sebalik pantang larang tersebut ada kebaikan tertentu. Antara contoh pantang larang yang selalu kita dengar.

*Anak dara tak baik menyanyi semasa memasak nanti dapat suami tua.
Sebenarnya tak elok kalau menyanyi-nyanyi sambil memasak, nanti ada lak perisa tambahan dalam masakan.

*Tak boleh duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul di punggung.
Kan tak elok benda yang sepatutnya diletakkan di kepala di letakkan kat punggung.

*Anak dara tak baik duduk di pintu rumah, nanati tak ada yang datang meminag.
Tak manis kalau dilihat oleh orang kalau anak dara duk termenung kat pintu.

*Jangan makan makanan di dalam kuali, nanati mak mertua benci.
Bukan ke tak senonoh kalau orang nampak makan dalam kuali. Nanti oarang kata ape la plak.

*Tak baik menyapu malam-malam, nanti tak masuk rezeki.
Orang kemas rumah pagi-pagi buta, kita malam-malam baru nak mengemas. Nanti orang kita malas pulak.

Macam-macam lagi larangan orang-orang tua nie, larangan mereka ini untuk kebaikan golongan muda juga. Jadi kalau benda dilarang tu janagn la buat, demi kebahagian masa depan bersama. >_<



Mia Sara Nasuha @ Amani


Sape tengook cerita Adamaya?? angkat tangan!!!

Saya tau pasal cite nie, masa saya kat hostel lagi. Bila da start cuti sem ni, macam tak sabar-sabar nak tengok cerita tu, orang kata BEST. Bila dah tengok, cerita tu memeng SUPERB!! walaupun mama cakap cerita tu cam mengarut sebab ada ke suami sebaik Adam tu. Antara tarikan cerita ini adalah kecomelan Amani atau nama sebenarnya ialah MIA SARA NASUHA.

Mari kita lihat gambar-gambar MIA SARA yang super duper cute macam SAYA..ops!!






12 May 2010

contest SENYUMAN PALING MENAWAN

Tiba-tiba rasa cam nak joint contest nie, tgk tarikh tutup 20 MEI 2010, so sempat lagi aku nak masuk. Contest ni di buat oleh bloggers yang cantik manis iaitu Cik Chenta.

Aku rasa aku senyum takde lah selawa Siti Nurhaliza tapi manisnya ada la juga mewarisi kemanisan nenek moyang aku.

Setelah pemilihan di buat, gambar ni di upload..




p/s : kalau gambar bersama baju tidak berlipat, takpe kan..

saya nak ajak Rozza, Asyilah, Kak Yaya dan Kak Ida join contest nie..

SELAMAT MENCUBA!! >_<


09 May 2010

aku gila tanpamu

mama saya

yay yay..akhirnya aku sampai gak kat rumah yang terindah ini.
memandangkan hari ini adalah HARI IBU, so aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal jdi ibu a.k.a mama, ummi, mak & the others.

Mama.. Pn Rosilawati Binti Yusof.. insan tersayang dalam hidup aku. Aku boleh gila tanpa die. Orang yang paling aku sayang dalam hidup aku dan inspirasi aku untuk aku berjaya dalam hidup ni.
Aku sangat-sangat sayang mama aku,kalau aku cerita pasal mama ke, buat karangan pasal ibu ke pasti air mata ni gatal nak keluar.Dan mama adalah seorang sangat memahami diri yang entah pape ni. Sekarang aku dah besar, sume benda aku cite kat mama, pasal boyfriend aku, kawan aku, musuh aku, etc..sebab tu kalau aku balik umah pakwe aku selalu bising balas mesej lambat sebab sibuk gosip-gosip dengan mama aku.

Dan paling best sekali saiz baju, seluar aku sama dengan mama aku. okok, diam.. aku tau aku besar sikit tapi sikit je tau.Pape pun aku tetap leh share baju dengan mama aku.Kalau balik cuti, macam tak kisah tak bawak balik baju kurung sebab baju mama aku bersepah.

Bila aku jauh dari mama, hari-hari mama kol aku, aku miskol sekejap je. Mama mesti kol balik. Ade kawan aku jelous sebab aku akan kol aku dengan segera selepas di miskol, hahaha.. Tapi aku mesti cam dengki kalau Abah ada balik rumah ataupun Mama pergi umah Abah,aku rasa cam tersisih. Lawakkan, dengki dengan ayah sendiri nak jealous.Sepatutnya aku bagi can kat mama dan abah melepaskan rindu..ops!!terlebih sudah..

Pape pun, buat mama tersayang.. I LOVE YOU SO MUCH MAMA!!!