31 July 2010

sabtu aku PENUH!!

Hari yang memenatkan bagi aku. Malam tadi dah la tidur lambat, kemas-kemas barang.. Hari ni kena bangun awal, nak tdo balik perut lak wat hal. Lapar gile kowt!! Pastu sambung balik kemas barang.. (laa... ada gak barang aku teringgal.. KAPAS MUKA!!)Pagi tadi bila yang lain dah siap tapi aku masih lagi berpakaian baju Tshirt besar dengan seluar burok aku. Aku keluar rumah, boleh lak pakcik navy tu cakap GOOD MORNING!! aku dah lama la bangun, cuma tak mandi je lagi!!

Angkat-angkat barang masuk keta viva, 3 kali kena ulang alik masuk u. Sampaikan pakguard pun kira.. Lain kali nak pindah camni kena sewa lori bukan kereta. Aku tak dapat bayangkan kalau seorang ayah ada kembar 4 and then semuanya girls.. dapat U yang sama dan daftar hari sama2.. Memang kena sewa lori gak la takpun satu bas.

Dalam kol 1 pm waktu malaysia, kami pergi Balai Bomba Seri Iskandar, kitorang kena wat assignment berkaitan alarm system, jadi kenalah berjumpa pakcik-pakcik Bomba nak tau lebih lanjut tentang alarm tue..
Layan je la gambar-gambar kami ye!!

Kami bersama Encik Sarip, dialah yang menerangkan kepada kami tentang Alarm System tue..

Pakcik Manap yang sambut kedatangan kami.


Kami bergambar di atas bot keselamatan

Semua jakun nak bergambar dengan trak bomba

Dengan van bomba pun jadi!!

Selepas bomba nie, kitorang pergi Teluk Batik, next post aku letakkan gambar ye.. Sekarang aku dah penat gile.. Miedah dah bermimpi agaknya sebelah aku nie..

23 July 2010

Keliru..

Baru aku perasan, aku tak konsisten dalam menggunakan kata ganti nama diri ( betul ke nie).
Sekejap saya la, aku la.. macam-macam ada.. Ye la, pasni aku bahasakan diri dengan "aku " tau sebab aku rasa cam bebas sikit..

Dalam kehidupan realiti pun aku macam ni gak, kejap saya, kejap aku, kejap kite, kejap nama ..
Aku bahasakan diri aku bila dengan kawan-kawan, saya dengan orang lebih tua, anis lak bila dengan family dan my baby boy..

Boleh dikatakan aku nie tak tetap pendirian la, tengok cara aku menulis pun boleh tau. Mak aku cakap kalau tulisan selalu berubah nie tak ada pendirian tetap. Nota aku ada pelbagai jenis tulisan, nasib baiklah aku tak pernah kena cop dengan cikgu aku suh orang wat keje aku. Kadang-kadang tulisan orang yang mengajar aku pun mempengaruhi bentuk tulisan aku. Kalau tulisan cikgu tu cantik, cantik gak la tulisan aku. Boleh dikatakn aku nie suka mengikut apa yang orang buat.

Nasib la dalam blog nie, tulisan sama je kan!! hahahaha..

bergembira bersama di TAMAN NEGARA 2

Seperti yang dijanjikan saya akan sambung entry yang lepas pasal percutian aku dan kawan-kawan ke Taman Negara, Pahang. Enjoy the picture k!! =)))

air sungai yang sangat jernih dan tak berapa dalam...
cantik sangat

kawan-kawan yang disayangi

selepas turun dari canopy, masa nie tunggu abang BOTAK tu jemput kami nak pergi mandi air sungai tp gambar mandi tak leh di upload.. BAHAYA!!! nanti jadi 18sx plak blog saya ni..

on the river!! hehe..
=))


malam tue kami pergi night walk, jalan dalam hutan sebab nak tengok binatang dengan lebih dekat. Saya dapat tengok rusa tau..


10 July 2010

bergembira bersama di TAMAN NEGARA 1

ingat lagi tak post saya mengenai saya ambil lesen kereta , akhirnya saya lulus dengan cemerlang walaupun penat tunggu masa ujian samapai ke petang.
Dan keesokan harinya saya bersama Fiqah, Diela, Jaja, Maaitah dan Mardiah telah pergi ke Taman Negara. Kesian kepada rakan-rakan yang tak dapat ikut, takpetakpe nanti kita pergi lagi..
muka jaja dan fiqah yang teruja nak naek bas

muka masing-masing yang keseronokan
(kenapa la aku hitam sangat waktu nie)

kami dah sampai!!!

bersiap sedia nak naek bot



keterujaan masih tidak dapat dihilangkan

insan berbaju hijau yang membantu percutian kami,..cceewwwaahhh

peace lagi!
muka masing-masing macam suka gilew!!






kami dah start mendaki bukit untuk naik canopy..
muka masing dah penat gilew..
tp nak lagi senyum tue..









kembali mengarut

ish..ish.. dah berabuk blog nie.. kena kemas balik nie..
bukan tak selalu bukak, selalu sangat tapi just nak baca blog orang len je..
contoh-contoh blog yang diminati ialah..

penulisan blog mereka cool gile and then mereka cantik..
biasalah orang cantik sukakan sesutu yang cantik..( ops!!! jangan kau nak perasan kat sini ye)

Mintak maaf kepada follower sekalian kerana sudah lama tak update blog ni, cuti yang panjang hanya habiskan masa untuk tidur, makan masakan wan yang meleOp & dating bersama pakwe yang comot. Ye la, kalau dah balik uitm dihatiku tue nanti, dah tak ade can nak wat semua perkara yang best tue..

Walaupun saya dah habis cuti semester, tapi sayya akan cerita perkara yang telah dilakukan waktu cuti, ala-ala cam karangan PERKARA YANG DILAKUKAN SEMASA CUTI SEKOLAH. Dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu suruh wat karangan tue bila habis cuti.