23 September 2010

hidup cam dak gedik


tadi aku dengan kawan-kawan tengok cerita piranha..
ceritu agak 18 PL la. Kami cepat-cepat siapkan assignment dan set baik punya tempat dan menonton cerita tersebut.
Dah la cerita tak ada subtitle even bi pun. Mula-mula tengok cam bosan, sound yang tak berapa dengar membuatkan kami agak je orang tu cakap apa.
Lepas dah masuk je part 3 cerita tu, kami dah start menjerit-jerit. Tak payah subtitle pun sebab banyak action je. Piranna tu gigit rambut orang dalam cerita tu, aku lak yang lebih kibas rambut. haha..Dan ceritanya ala-ala final destination gak la.
Pape pun malam ni sangat seronok menggedik menjerit-jerit bersama Zakiah, Hamidah dan Nabila. =))


pissss : macam tak ada kaitan je tajuk dengan isi..

21 September 2010

anis + zakia + eja + mieda

kami tengah menyiapkan assignment construction technology, buat model, cat model..
selepas tugas kami selesai....










aku diganggu.. !!!!!!!

dan anku terpengaruh!!

memang kami tengah wat assignment!

itu matlamat kami sem ni

eja budak baik
aku budak chantek
mieda baby
kiah cheerleader
kami semua budak busuk bagus

19 September 2010

i'm falling in love with Sean Faris

Bila aku tengok dia, hati aku berbunga-bunga..
Wah.. Indahnya ciptaan Tuhan ni.
cair aku bila tengok dia..meleleh-leleh.
bila tengok badan dia.. berketul-ketul
tergugat Iman aku. (beristighfar)
tetapi die sangat la handsome.
super duper cute!!!
tersenyum aku sorang bila tengok dia senyum.
cantiknya gigi dia..
mancungnya hidung dia..
manisnya kulit tahi lalat dia kat bibir.
memang perfect lah nak wat jadi laki aku ni..
tapi aku tau angan-angan je kan..
tapi kan tak mustahil gak kalau dia terbaca blog aku ni..
tapi mesti dia tak faham aku cakap melayu ni.
sebaris ayat untuk dfahami oleh awak Sean Faris
i'm falling in love with u Sean Faris. ILYDSM

my love .. =))

he is super duper cute

wooooooowwww!!! delicious.. ;P

cantiknya gigi..


raya tahun ini

Dah seminggu lebih 1 Syawal sudah berlalu tetapi bak kata orang kita beraya sebulan kan. Raya kali ni aku tak ada pun beraya kat rumah orang. Aku pikir aku pergi pun bukan dapat duit raya pun.
Tetapi akhirnya bila hari Khamis, 7 Syawal, classmate aku waktu sekolah rendah ada buat open house.
Aku pun pergi la dengan Norhanis dan Maya. Kat sana jumpa la Abu Anas, Asyraf, Atikah dan tuan rumah Iftitah.


inilah kawan-kawan aku waktu sekolah rendah

Selepas tu, aku dengan Maya dan Norhanis pergi beraya ke rumah Afiqah busuk comel. Aku ajak my boyfi sekali. =))






 aku tak sengaja la wat pose camtu, bukan aku nak menggedik.



12 September 2010

Minta Pendapat


Pemakaian tudung yang mana sesuai untuk aku?

dari kiri : tudung biasa, anak tudung & selendang..

Datuk Sosilawati dijumpai terbakar !!

erm.. ada yang katak badan tu milik kanak-kanak, ada yang mengesahkan badan tu milik Datuk dan 3 orang yang lain.
Kita tengok berita esok ye..

09 September 2010

Raya bersama Lisa Surihani

Semalam aku dengan Lisa Surihani pergi beli baju raya sama-sama. Kami beli baju kebaya, baju kurung, baju dalam kurung pahang. Lepas tu kami berbuka bersama-sama. Dia belanja saya, dia baik sangat. Korang pernah ke??? Tiba-tiba aku dengar telefon aku berbunyi...
mimpi rupanya =P

Angan-angan je la aku nak beraya dengan Lisa Surihani yang super duper cute tu. Jumpa pun tak pernah.
Sebenarnya aku nak cerita yang raya kali ni macam tak meriah bagi aku tapi tak tau la tiba-tiba meriah ke seok, mane la tau kan.

Walau apa pun, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG MENYAMBUT BULAN SYAWAL INI.

pisssss : laksa lemak & laksa penang dah siap, esok marilah datang ke rumah. =))

08 September 2010

Atuk & Nenek

cucu, kalau cucu baca blog ni, betul tak muka nenek dengan atuk macam ni sekarang..




yang penting nenek masih chantek nak berbanding dengan atuk.
kan cucu kan..

Jangan Kacau Hidup Aku Lagi!!

Dah penat aku dengan karenah kau, dah penat aku dengan layanan kau. Aku dah jauh dari bayangan kau, jadi kau boleh berambus dari hidup aku.
Memang dulu, aku menyintai kau sepenuh hati aku, Aku gilakan kau, aku buat apa yang kau nak, aku lakukan apa yang kau pinta tapi apa yang aku dapat?
kau tinggalkan aku masa aku dalam kesusahan, kau tinggalkan aku tanpa kata, kau benci aku, kau ada perempaun lain.
Bila ada seseorang yang kutip aku, jaga aku, bagi kasih sayang kat aku, aku bahgia sekarang dan kau muncul, tak ubah seperti kau menjilat kembali ludah kau.
Aku takkan jatuh cinta lagi dengan kau, kau ingat ni cerita Adamaya??
Jangan kau mimpi nak dapatkan aku balik. Kau dah jauh dari ingatan aku.
Mengenali kau adalah perkara yang paling salah aku pernah buat dalam hidup aku.
Aku benci Kau!!!!!!!!!!!!

07 September 2010

Mata Aku Rosak

Cuba kamu semua tengok gambar di bawah ini.





nak kata benda video, hanyalah image semata-mata. Korang nampak kan apa yang aku nampak??

Tiada Mood Untuk Beraya

Lagi beberapa hari je nak raya tapi aku still tak rasa pun nak raya.. Nak tau kenapa??



  1. Abah masih sakit walaupun Abah sudah boleh keluar hospital.
  2. Mama dan adik tak boleh raya lama-lama sebab nak balik semula ke Seremban.
  3. Baju raya aku tak siap lagi even 1 pun. Maybe aku takde baju raya tahun ni.
  4. Assignment yang berlambak kena submit lepas raya.
  5. Kebosanan hidup aku.

06 September 2010

Aku Nak Kahwin


Gatal gamaknye Anis Adila aris ni nak kahwin, kecik lagi dah gatal.
Kecik??? Umur aku dah 19 sekarang, masih kecik lagi ke. Kalau zaman wan atuk aku dulu dah boleh sorang anak pun.
Nak tengok syarat-syarat untuk bakal isteri
  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang



Tengok dalam senarai. memang aku dah layak nak kahwin tapi orang zaman sekarang tengok syarat ni

  • Mendapat segulung ijazah
  • Sudah Bekerja
  • Bakal suami hendaklah mempunyai simpanan RM 10000 +++ ( boleh letak hantaran mahal-mahal)
  • Berumur 23++ ( orang tak cakap kahwin awal)
  • kena banyak duit (nak buat kenduri meriah)
  • Pandai Masak
  • Pandai Kemas Rumah
  • Boleh jaga anak
Sebab tu la ramai sangat orang melakukan dosa besar di luar sana.. Ikutkan perkahwinan adalah salah satu cara nak mengelakkan maksiat tetapi jika kita kahwin awal, alamatnya heboh la 1 kampung bawak cerita. Macam-macam fitnah lak timbul.
Bilalah pemikiran orang ni nak berubah.


Blog List ben Ashaari



waa..tiba-tiba kenapa header blog Ben Ashaari ni ada kat sini.
nak tau kenapa klik sini

Blog ini adalah cerita suka duka aku dalam hidup ini. Cuba untuk berkongsi , meluahkan apa yang terpendam,  berkongsi apa yang patut. Aku masih baru dalam dunai blogger ini, pasti masih ada cacat celanya tapi aku cuba ubah untuk menjadikan blog ANIS ADILA ARIS ini blog yang terbaik. Apabila orang membaca tidak rasa untuk tekan pangkah dan terus mengikuti blog aku.


Menjelang Syawal yang akan tiba ni, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan blogger, pengunjung ke blog ini dan rakan-rakan yang selalu menceriakan hidup ini. Harap Syawal kali ini lebih bermakna dari Syawal yang lepas. Amin..


pissss : Nak makan laksa raya nanti, meh la datng ke rumah. =))

03 September 2010

Esok

Jiwa tengah kosong, kepala tengah pening, mata tengah ngantuk.
Nak tidur secepat yang mungkin, bila bangun dah hari esok.
Apa istimewa esok sampai aku tak sabar??
Esok aku balik Temerloh, rumah yang tercinta. 
Kawan-kawan dah balik dan mungkin dah sampai rumah, dah puas jumpa boyfriend.
Yang aku still di bilik, masih menunggu tibanya hari esok.


pisssss : Terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan kesihatan Abah. Hari ni Abah dah keluar wad.

02 September 2010

Kenapa kita selalu jumpa dengan orang yang salah???

kita selalu merungut, sedih kalau kita clash. Kita anggap nasib kita malang sebab selalu ditinggalkan tetapi kita tidak sedar

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah
makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa
dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa
CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Kelebihan Seorang Wanita

Hari ini aku ada jumpa artikel yang menarik. Banyak pulak tue. Aku akan kongsikan dari masa ke semasa ye.
Ini untuk kebaikan kita bersama.


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

01 September 2010

Erti Kemerdekaan





Tajuk post nak gempak je, ala-ala skema macam tue. Padahal nak tunjuk gambar aku malam Merdeka hari tue. Aku dapat tengok bunga api dekat dengan aku, bukan bunga api yang dak dak keci selalu main tue, nie bunga api yang meletup di udara uh..cantik sangat!!

zakiah, chantek anis, midah & eja


semangat kemerdekaan

sape putih?? cepat teka

apa motif aku buat macam tue ye..


nie la bunga api yang cantik tu









Md Aris's Children


1. Kak Wahida + Abg Shukri = Uzma
2. Abg Yap + Kak Ida = Danish
3. Kak Ashmida + Abg Wan = baby dalam perut
4. Azrin
5. Anis + Nurudin
6. Haqqim
7. Hafiz ( tiada dalam gambar)
8. Ainaa
9. Maryam

i <3 my Family..
ada hikmah di sebalik kejadian