23 October 2010

study week bermula

bila study week bermula....
  • siap-siap dah kemas barang nak balik rumah, cuti lama kan.
  • budak-budak ligat tanye kawan " weh! ada movie baru tak? cerita kartun pun jadi la.. aku dah bosan nie...
  • selongkar laptop masing-masing, cari balik game-game yang ada dalam laptop. ( biasalah nak memenuhi masa lapang katakan)
  • broadband masing-masing on 24 jam, even line slow gile pun, sanggup tunggu sampai line ok. yang tak ade broadband, sanggup jalan jauh cari tempat yang ada wireless.
  • menatap buku yang tak berkaitan. sebagai contoh, novel cinta, komik, dan lain-lain lagi.
  • setiap pagi, kalau pukul 10 tak sah kalau masih nyeyak di atas katil yang empuk.

20 October 2010

kalau taknak, pulangkan

Tadi aku terjumpa satu cerita ni kat dalam facebook dan aku nak kongsikan sama-sama.
Menitik gak la air mata aku lepas baca nie..
untuk pedoman dan peringatan dalm kehidupan.


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

19 October 2010

markah untuk test ctu

dulu aku pernah post kan yang aku ada test ctu. Ctu tu kiranya pelajaran Pendidikan Islam la kat universiti ni. ada 3 soalan tetapi kena jawab dua. Setiap satu soalan ada cabang soalan lain.
soalan pertama aku dapat full mark 15/15..
soalan tu berbunyi begini
a)senaraikan tiga masalah sosio-budaya
b) berikan dua contoh Qawaid Fiqhiyah



soalan a tu, aku jawab memang menggunakan kepala otak aku sendiri, yang b tue memanh aku ada gak tengok nota sikit-sikit tapi nselebihnya aku buat sendiri tau.

Soalan kedua pulak.. 
a) terangkan dua cara manusia mengenal alam sekitar
b)berikan bentuk hubungan manusia dengan alam ghaib

aku just dapat 6/15 sebab aku tak cukup masa nak jawab.




aku dah ketagih

perasan tak? hari ni dah 3 kali aku post entry dalam masa sehari.
Ambik ko, kalau tak post tu, berbulan lamanya. Sekali dah datang mood tu, 2,3 entri aku taip. aku peduli apa, blog aku kan. Suke hati la aku nak buat apa..
http://www.emocutez.com
cerita pasal ketagih, aku dah jadi ketagih balik ke laptop ni, kalau hari tu tengah zaman ada kelas, sehari tak bukak laptop pun takpe tapi sekarang celik je mata terus laju-laju bukak laptop. (tak payah la laju sangat)
biasalah godaan syaitan laknatullah musim nak exam nie.
jangan malas ye anis adila.. study..study.. MySpace

rasa nak itu membuak-buak

sejak dua menjak ni, selalu tengok gambar-gambar kawan-kawan yang belajar kat oversea. macam seronok je.
kalau duk kat negara yang ada 4 musin tu, lagi la happy. Pengalaman yang tak pernah dialami. kat Malaysia ni ada gak musin tapi musim buah-buahan, tak pun musim tegkujuh. MySpace
tapi bila pikir balik, banyak yang kena buat persediaan sebelum sambung belajar. kena kuat mental dan fizikal. Asalkan tinggal kat perak ni pun dah nangis-nangis nak balik, ape lagi kat negara orang. Dengan kena fasih bi nya. lecterur bi kat sini baru cakap bi tinggi sikit je, dah tak lepas-lepas kamus dari tangan. Tak kan la bila belajar kat oversea nanti, orang lain sibuk bukak buku rujukan, kita bukak kamus bm-bi. MySpace
kalau ada rezeki, sampai la aku ke negara orang tu, kalau bukan negara kat Eropah, kat Indonesia pun jadi la.
kalau tak sambung belajar, pergi haneymoon ke, pergi bekerja ke. Mane la tau, aku kahwin dengan orang kaya, tiba-tiba lelaki yang aku dah jumpa tu jadi kaya. MySpace

aku dah jumpa dia 2

dah beberapa bulan  hari meseg, dia ajak aku couple. gila gentleman mamat nie..
mula-mula macam biar je, takut pisang berbuah buat kali ke berapa entah. Dah berapa kali aku kecewa oleh monyet-monyet sebelum aku kenal dia.
tapi bila aku ada problem, teringat kisah aku dengan monyet-monyet dulu, aku cerita kat dia. Dia dengar je isi hati aku, kadang-kadang bagi nasihat yang bernas, kadang-kadang nasihat yang entah pape.
Akhirnya aku jatuh cinta MySpace dengan mamat ni.
First time dating, kononya nak bawak aku pergi KFC, last-last pergi kedai mamak je.
duduk face to face tapi nak borak guna meseg. malu la sangat kononnya. MySpace
tapi malu tu makin lama makin hilang tapi takde lah sampai aku kentut depan dia. Kalau gelak ke, makan ke, memang takde istilah cover dah. Kadang-kadang sampai berebut-rebut makanan. MySpace
sekarang hubungan aku dengan dia dah nak masuk 2 tahun. 2 tahun bukan la lama sangat tapi kiranya dapat gak aku bertahan dalam hubungan ni. Kami sama-sama jaga hubungan ni, cuba nak memahami antara satu sama lain, cuba nak membolot harta antara satu sama lain, sama-sama cari duit untuk menampung perbelanjaan kahwin kami.. dah terlebih dah nie..
Yang penting aku kenal sayang aku.. (tiba-tiba terngiang lagu 150 juta kali). MySpace

aku dah jumpa dia

korang dah baca belum post aku sebelum ni? Tanda Lelaki Sayang..
sebenarnya aku nak cerita yang aku dah jumpa lelaki tue. MySpace
nama dia Nurudin Nazrin...
aku kenal dia waktu aku kecik lagi, umur 13 tahun. Dia satu kelas dengan aku waktu tu, kitorang selalu study main titik-titik sama-sama.. ala, permainan yang kat buku petak-petak uh.
lagipun waktu tu dia jadi orang tengah dengan pakwe monyet aku. ( perlu ke mention pakwe sebab waktu tu cinta monyet)
Lepas cuti sekolah, dalam bulan 3 rasanya, dia dah tak datang sekolah sebab dah pindah sekolah agama.
waktu tu macam tak kisah pun dia ada ke tak..hehe.. MySpace
selepas dah beberapa tahun, aku pun dah beberapa kali tukar monyet pakwe, akhirnya aku jumpa balik dia.
Waktu tu macam terkejut beruk MySpace
muka dah matang, ketinggian dah bertambah, badan pun cam dah besar sikit. Kalau nak dibandingkan waktu form 1, nampak sangat macam budak kecik. Dah la waktu tu memang aku tengah kesunyian, tak de monyet nak teman aku bergayut, topup RM 5, sebulan pun tak habis-habis. pastu dah jumpa ni, dia ajak mesej. Baru sekejap mesej, dia cakap dia suka kat aku dari form 1 lagi.. dia jadi orang tengah aku sebab nak rapat dengan aku.. waa, terharunya.. MySpace

akan bersambung...... (entri panjang sangat)

18 October 2010

tanda lelaki sayang

ini adalah untuk para wanita di luar sana..
bersediakah kamu untuk entri yang panjang lebar???


apabila lelaki itu benar-benar jatuh cinta dan sayang kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. hati dia yang keras macam batu tu boleh jadi selembut kapas.
selain itu, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Malah, dia sanngup menitiskan air mata apabila hatinya di lukai, namun kita sebagai kaum Hawa ni janganlah mengambil kesempatan daripada keikhlasan lelaki tersebut.


kalau kita sedar bf kita tu terlalu bersunnguh melakukan sesautu untuk kita dengan rela hati, maknanya kita tidak salah memilih bf. perkara ini jelas menunjukkan bahawa dai bukanlah nak permainkan kita atau mengambil kesempatan ke atas diri kita ini.


malah, jika dia selalu senangkan hati kita, dia serius dengan kita. dia ingin pastikan kamu bahagia dengan dia.
tidak hairanlah, selama ini hubungan kamu begitu ceria dengan dirinya.


jangan kamu anggap bf kamu sebagai yang kuat membebel kalau dia asyik menasihati kamu jika kamu melakukan kesilapan. ini untuk memastikan hubungan kamu berdua berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


kalau dah sayang ni, macam-macam kita pikir. Contohnya, kita takut kehilangan kekasih hati kita, Termasuk jugalah dirinya. Dia akan memikirkan tentang kesudahan diri kamu. Ini bermakna dia selalu memikirkan tentang hubungan kamu dan bagimana nak memastikan hubungan kamu dan si dia berakhir dengan bahagia. Kalau boleh, biarlah ke jinjang pelamin.


kadang-kadang bf kamu bersikap seperti budak-budak yang merengek-rengek nak itu dan ini. ini bermakna dia mahukan perhatian dan kasih sayang lebih daripada kamu. bila dia merajuk, janganlah segan-segan nak pujuk. jangan pulak kita ni pikir dia mengadangada. Bukan senang lelaki nak ubah ego dia menjadi seorang yang manja.


bila kita hadapi masalah, dialah orang pertama yang akan bersama dengan kita dan kongsi masalah kita.
tandanya dia taknak tengok kita susah hati dan sentiasa mahu lihat kita gembira.


jika dia sentiasa cakap "i love u" kat kita, janganlah kita bosan. ini bermakna dia ingin pastikan kepada kamu bahawa cintanya kepada kamu tidak pernah kurang. dan dia juga nak ingatkan bahawa diri kamu itu sudah menjadi miliknya.


jadi adakah bf kamu ada ciri-ciri yang aku cerita ni. kalau ada, untunglah...





17 October 2010

macam-macam masalah

sejak dua menjak nie macam-macam jadi..
bukan masalah dengan orang tapi dengan printer kesayanganku ini yang telah memberi sumbangan kecil kepada aku semasa aku kegawatan ekonomi ni.
Mula-mula, printer ni tak masuk ink dalam catridge, aku pulak angkat dia tinggi jadi bocor la pulak. pastu aku cam dah give up, taknak tengok print tu dah, konon-konon merajuk dengan printer sendiri...
satu hari tu, aku rasa printer aku ni sangat la berguna, sebab aku kena print banyak assignment.
aku pun buat pandai aku, baiki printer sendiri dan printer aku boleh digunakan.. Sebagai hadiah, aku cium printer aku sekali, gila agaknya cium printer..haha
bila printer aku dah elok, tiba-tiba laptop aku lak yang wat hal, dapat virus shortcut, rasanyya gajed aku nie memang nak boikot aku..haha
sekarang dah boleh guna kedua-duanya.. Laptop dah ok, cuma printer je ada wat hal gak sikit-sikit..

kembali mengarang

Agak lama aku mendiamkan diri dari dunia blog ini.
Kali nie memang aku tiada kesempatan nak mencoret isi hati kat blog nie kerana berlambaknya assignment, tutorial dan macam-macam lagi.
Study week sudah bermula, ada juga la kelapangan masa untuk aku menaip, berkongsi isi hati.
Banyak cerita yang tertangguh untuk diceritakan..
hari ni aku kan start dengan cerita aku ke Pulau Pangkor bulan lepas. Diulangi BULAN LEPAS.
kalau ikutkan dah nak basi pun cerita ni tapi aku tetap nak cerita...


yang pergi ke Pulau Pangkor, budak-budak perempuan kelas aku, diulangi BUDAK PREMPUAN.. kenapa aku kena ulang banyak kali ni?? 
ye la nnti ada gak bawak mulut aku pergi pulau dengan jantan la, bapok la, ape la...




bas nie la yang kami naiki nak ke jeti Lumut..
tambang bas RM6 je dari UiTM Seri Iskandar..

gambar kenangan sebelum kami naik feri.
semua adalah budak perempuan kelas saya. 
2 orang tak dapat ikut..


kami menginap di Pangkor Inn Chalet, kira economy gak la untuk student macam kami nie..

dan aktviti paling seronok adalah snorkling..
seronok gila wa cakap sama lu..
nampak ikan terbang berenang depan mata je..sangat cantik..

tujuan kami wat trip ni untuk meraikan kami dah sekelas selama 3 semester. Budget kami hanya seratus dan ia mencukupi.. =))