30 November 2010

Saya belajar masak =)

Korang pernah tak tengok cerita Dalil Cinta, cekerama TV 3?.
Sape yang pernah tengok, ingat tak babak yang Syarifah Amani kena masak ikan keli masak asam pedas, pastu dia sembur je pencuci pinggan kat ikan keli tu supaya hilang bau.
Ikan keli memang berbau hanyir, kalau tak pandai cuci, memang tak hilang bau  tu.

Dan tadi mak aku bagi  2 ekor ikan keli suruh aku siang. Maybe mak aku taknak aku kena marah dengan mak mertua aku nanti sebab tak reti masak ikan keli.
Dan aku buat pertama kalinya aku siang ikan. Diulang pertama kali aku siang ikan dan diuji dengan ikan keli.
nak tahu apa jadi???


AKU BERJAYA

nak tahu tak cara-caranya? (angkat-angkat kening tanda BANGGA)

1. belah dua ikan keli tu
2. cuci ikan keli tersebut dengan asam jawa. Buang lendir, buang darah, cuci sampai ikan tu rasa kesat.
3. kelar bahagian badan ikan keli tu.
4. kalau nak goreng, letak kunyit, letak garam.
5. masak la apa yang korang suka.

Aku masak ikan keli masak sambal. Aku tanya mak aku, berbau tak. Mak aku kata OK dan aku tengok adik aku makan tak pandang kiri kanan dah. ( sekali lagi angkat-angkat kening)

nak je aku cakap kat mak aku " maknanya Anis dah boleh kawin la ye ma??"

pisss: semalam juga, kali pertama aku siang ayam. nak + skill masak..=))




28 November 2010

Perempuan Terlanjur

Nak tahu kenapa perempuan nie boleh terlanjur?

1. Lelaki
2. Ketagih
3. Ikat pasangan

Kenapa lelaki jadi punca? Lelaki yang selalu ajak perempuan nak buat benda mengarut ni sebab lelaki tak risau tentang hilangnya teruna mereka.Bukan dapat bezakan teruna atau tidak tapi berbeza dengan perempuan,pecah dara, badan jadi londeh, macam-macam lagi nak digambarkan jika perempaun tak ada dara ni. Memang la perempuan gak yang bagi tapi kerana apa? kerana sayang kan? Kalau tak sayang tak akan saja-saja nak serah macam tu je.Cuba lah kalau mat bangla yang tepi jalan tu ajak perempuan ni buat bukan-bukan, mesti taknak sebab tak sayang. Tapi lelaki ni bodoh, dah dapat pastu tinggalkan. Nak perempuann suci je tapi diri sendiri entah berapa kali ternoda tapi Tuhan Maha Adil, lelaki baik untuk perempuan yang baik.=))

Point yang kedua, kenapa kalau perempuan yang sudah terlanjur akan berkali-kali mengulangi perkara yang sama? Sebab, mereka dah ketagih nak buat benda ngarut ni. Bila dah dapat sekali, nak lagi. So, lepas tu dengan murah hati memberi kepada sesiapa pun maruah diri mereka.Bayangkan kalau perempuan ni tak kahwin sampai sudah, berapa banyak kali dia akan lakukan zina?  Sebab tu pentingnya nikah dulu, kita ada pasangan untuk memuaskan kehendak kita dengan halal.

Kamu pernah dengar tak yang si perempuan ajak lelaki buat perkara tak senonoh tu? selalunya berlaku kerana yang perempuan nak ikat buah hati supaya menjadi miliknya selama-lamanya. Dia ingat bila dia bagi segalanya, kekasihnya akan terus mencintai diri dia dan mengahwininya. Kalau dapat lelaki baik, bernasib baik. Kalau dapat lelaki buaya, kesian..

pisssss : Boyfi aku cakap elakkan daripada dosa berantai. Cerita ni salah satu dosa berantai. Dosa akan berlarut, walaupn orang lain yang buat, kita yang kena. Ayok!!

Menyayangi Adik Sendiri

Rasa sayang tu jadi membuak-buak bila adik beradik take care sangat pasal diri kita.
Lagi-lagi si kecil yang masih mentah.
Aku ada 3 orang adik beradik sama mak dan ayah dan aku adalah anak sulung.
Jarak kami antara adik beradik agak jauh la, aku dengan adik kedua 6 tahun manakala adik aku yang kedua dengan yang ketiga 7 tahun.
Nama adik aku yang kedua adalah Mohd Haqqim Bin Md Aris manakala adik bongsu aku adalah Ainaa Annisha Binti Md Aris.
Korang perasan tak semua adik aku mesti ada huruf double dalam nama diorang tapi aku tak ade??
Mak aku cakap, nama adik-adik aku ni didaftarkan oleh ayah aku, mungkin aku ayah aku suka huruf double kot. Kadang-kadang ayah aku salah tulis nama aku jadi Anis Adilla. 
Walaupun kami hanya 3 adik beradik tapi suasana rumah tak ubah macam 10 orang adik-beradik. Kitorang selalu menyakat, yang paling selalu kena sakat mestilah Ainaa. Aku dengan Haqqim akan sakat dia sampai dia nangis lepas tu kitorang buat bodoh.
Bila dia kena marah dengan mak aku je, mesti aku jerit " Siapa kena marah??" pastu si Haqqim jawab " adik".
Pastu kitorang kira 1 sampai 6 guna jari, yang 1 dan 6 tu tunjuk tumbs up.
Tapi bila Haqqim kena marah pun , Ainaa pun buat macam tu gak. Aku je yang tak kena apa-apa. Haha..
haqqim nie selalu kena buli dengan aku, kalau dia nak main laptop mesti kena buat sesuatu dulu, baru aku bagi pinjam. Jahatkan aku??
Tapi aku suka tengok adik aku yang Ainaa tu, dia kalau beli barang mesti ingat kat aku dengan abang dia. Kalau pergi kedai dengan wan aku, mesti beli 3 keropok, 3 ais krim. Baikkan dia?
Pape pun aku sayang diorang sangat-sangat.=))



25 November 2010

Natural Beauty Contest


Sekarang ni makin menjadi-jadi lak aku  masuk contest..
Kali ini aku join contest Natural Beauty yang dianjurkan oleh adik-adik comel Syamim dan Affat.
Mereka ni masih muda lagi, baru 15 tahun, baru habis PMR.
Sangat kagum sebab muda-muda lagi dah aktif blogger..

Syarat-syarat penyertaan:

1- Mesti ada blog, takde blog pergi sign up blogger, NOW!

2- Mesti LIKE fan page Natural Beauty Contest (Ada kat tepi blog nie haa)

3- Takyah follow pun takpe, tapi nak follow lantak kau ah kan.

4- Gambar yang disertakan TIDAK DIBENARKAN EDIT menggunakan picnik, photoshop, photoscape dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk edit kerana ini contest NATURAL BEAUTY. Make-up tebal juga dilarang keras ye.

5- Gambar boleh bersama dengan Bestfriend anda, Boyfriend anda atau Pet anda. Mesti paling cute dan comel -__- Kalau sorang-sorang pun boleh juga :)

6- Tag kepada 5 orang terdekat yang awak yakin akan join :)

Bagaimana contest ini berjalan (Baca dengan teliti)

*Mula mula awak buat entry pasal Natural Beauty Contest di blog anda. Tepek muka kau tu.

*Letak link entry anda tersebut di fan page Natural Beauty Contest.

*Untuk mempastikan kami dah tahu awak buat entry tu, kami akan LIKE wall post anda tu lepastu kami akan upload gambar anda di satu album di fan page itu.

*Suruh kawan kawan anda LIKE gambar anda tu. 5 Gambar paling ramai orang LIKE kami akan pilih salah sorang sebagai pemenang hadiah utama.





Oleh itu, aku telah memilih satu gambar yang aku anggap semulajadi cantik..uwaaaa..


 gambar sorang-sorang je... =))
no make-up no edit..


Orang-orang yang aku yakin akan join adalah..







Kids and Baby Photo Contest


Nabila Faryzza telah tag aku untuk join contest ni. Contest ini telah dianjurkan oleh The Beginning of Everything's Blog.

syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut..

1. anda mesti menjadi follower blog kedua organiser http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.

Pemenang akan memenangi earring dari lazo diamond jewellery.white gold.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2010

Setelah pemilihan gambar dibuat akhirnya aku memilih gambar ini


pemilik gambar bernama Adam Bin Zulkipeli.
berumur 2 tahun.
Anak sedara kepada my boyfi.
Aku tertarik dengan bulu matanya. Lentik sangat.



Tag diberi kepada..
Fara Najihah
Kak Yaya
Kak Ashmieda
Kak wahida
Kak Ezreen
Aliya
Syafiqah
Lina

Credit to Haqqim

Hari ni korang tengok gambar je ye, aku tak ada idea nak mengarang..








Permainan Dulu-Dulu 2

Ada sambungan lak kisah aku yang lepas. Memang saja aku malas nak tulis panjang-panjang, nanti korang malas nak baca.


Masa aku kecik-kecik dulu, bila kat rumah aku tak ada kawan perempuan sebab ramai kawan perempuan yang satu sekolah tinggal jauh dari umah aku. Mak aku mana kasi nak pergi rumah kawan yang jauh-jauh ni. So, aku kawan la dengan sedara aku, diorang ni ikutkan pangkat bapak sedara tapi umur dekat dengan aku.
Wan aku ajar diorang ni mengaji.
Mereka adalah Khairul, Nizam dan Mamat. Mereka adik-beradik. Khairul 4 tahun tua dari aku, Nizam lak sebaya dengan aku, Mamat ni muda 4 tahun dari aku.
Dulu, aku ngekor je la apa budak ni buat. Antaranya...


Main Sorok-Sorok
Seronok tau main sorok-sorok ni. kawasan rumah aku besar, biasalah rumah kampung. So, banyak la tempat yang boleh dijadikan tempat persembunyian.Antarnya atas pokok. Aku ni pakar tau bab-bab panjat pokok rambutan dengan manggis. Kadang-kadang tak menyorok pun, ikut tukang cari dari belakang tapi penat la nak lari-lari.


Main Rounders
Korang tau tak ape?? Benda ni ala-ala game kriket tu tapi pakai kayu biasa dengan bola besbol. Memang penat la kalau bola tu melantun jauh, lagi-lagi kalau masuk dalam semak. Aku sampai sekarang tak main benda tu sebab bola tu hilang masuk dalam semak, aku cari tak jumpa.


Pergi Mengail
Aku rasa benda ni bukan game tapi salah satu aktiviti aku waktu dulu la. Kat kebun getah atuk aku ada kolam kecil. Kat situ la selalu aku ngail ikan menggunakan kayu panjang, lilit dengan tali tangsi, letak mata kail dan umpan cacing. Ganas tak aku??? Tapi aku ni cepat bosan, bila tak dapat ikan, aku mula la main-main. Baling batu dalam kolam la,pastu aku pun kena marah dengan budak-budak tu.


Pernah dulu, aku nak ikut budak ni masuk hutan, pastu diorang bagi macam-macam alasan kat aku.
Banyak kerbau ganas la. Aku cakap la aku boleh panjat pokok, pastu diorang kata pokok kat dalam tu semua tinggi mana boleh panjat. So, aku pun tak ikut sebab takut.

23 November 2010

Permainan Dulu-Dulu 1

Aku ni tinggal kat kampung Lubok Kawah, nama unik kan??
Dulu hingga sekarang ni aku tinggal kat rumah atuk dan wan dengan mak dan adik beradik aku.
Ayah aku selalu kerja pindah-pindah.


Dulu waktu kecik-kecik, macam-macam game ada nak wat main tapi tak ade lah macam budak-budak sekarang. Main PS2 la, main game dalam komputer dan macam-macam lagi.
Zaman aku dulu, permainan bermusim tau, contohnya kalau dalam waktu tu main daun terup mini uh, dalam sebulan pastu tukar permainan lain lak tapi ada permainan yang tak ikut musim. Kita boleh main bila-bila je..


Main tuju selipar

Permainan memang top la sampai aku tingkatan 2. Dulu-dulu waktu tingkatan satu, aku sekolah petang.. Pagi-pagi lepas perhimpunan asrama kena riadah. Jadi, permainan ni la kami main. Kami rembat la selipar-selipar akak-akak yang sekolah sesi pagi nak buat main. Pilih selipar nak buat pukul orang tu memang yang besar-besar, bila tuju kat pihak lawan biar sampai berbirat badan orang tu. Waktu tu memang semangat la nak main. Sampai tercabut-cabut tudung.haha




Main Lompat Getah

Permainan ni memang terbaik la, macam-macam skill kalau nak main.Permainan ni start dari paras bawah kaki sampai la kepala. Kat kaki tu memang kacang je nak lompat tapi bila dah sampai pinggang tu memang tak lah kan. Jadi, waktu tu la boleh guna gunting la, kaki panjang la. Bila nak main ni, pilih kawan-kawan yang tinggi je sebab senang menang. Aku lak bila nak main ni, nak pakai seluar track yang berbunyi uh, bila lompat uh sedap je dengar bunyi seluar ikut rentak kita lompat.haha..



Batu Seremban

Ini lagi satu permainan bila aku kebosanan. Kutip batu kat tanah , pastu ajak kawan-kawan main batu seremban. Aku tak ade lah pandai mana game ni, tapi kalau main dengan orang yang pakar uh, memang berjanggut la nak tunggu turn aku. Pastu aku tak reti bila nak timbang batu tu, jadi dapat sikit je la mata.   Dulu-dulu aku main guna batu je, tapi orang sekarang ni dah buat cantik-cantik guna kain perca, dalam tu letak beras ke, pasir ke. Aku pernah nak buat tapi kena marah dengan mak aku.

Main tutup botol

permainan ni lebih kurang dengan batu seremban tapi yang lain nya kita jentik penutup botol ni.
Dulu kan botol-botol air gas guna botol kaca, so penutup dia kita buat main. Macam-macam skill jemtik ada nak menang dan seperti biasa aku takde lah pandai sangat permainan ni.



21 November 2010

Aku Nak Kahwin

Tajuk entry agak menggedik.
Tapi aku serius!!!
Kalau lah mulut ini mudah berkata-kata, meluahkan apa yang terbuku di hati.
Aku bukan apa, aku penat menanggung dosa yang aku dapat secara percuma.
Ye.. aku sudah mempunyai kekasih hati, kekasih hati yang memahami, yang menyayangi aku seadanya.
Ya Allah, Kau percepatkan jodohku. Aku ingin menjadi insan yang soleh disisimu.
Kenapa lepas kahwin baru aku nak jadi insan yang soleh??
Aku tahu aku tak dapat menahan godaan syaitan yang sentiasa menggoda aku melakukan kesilapan dari hari ke hari, yang sentiasa menaikkan hawa nafsuku semasa aku bersama insan yang aku sayang. Aku dah tak dapat bertahan.
Jika aku telah dijodohkan dan menjadi yang halal untuk dia pasti aku menjadi orang yang lebih beriman. Yang akan menjadi hamba yang sentiasa mentaati perintahMu.
Apabila aku baca entri mengenai kisah nikah gantung, aku teruja tapi apakah daya perkara itu tidak dapat diluahkan oleh mulut. Banyak perkara yang menghalang.
Dari segi umur, keadaan pasangan, keadaan aku sendiri yang masih dianggap mentah untuk mempersoalkan tentang perkahwinan. Terpaksa aku bertahan dalam dunia yang menggoda manusia untuk melakukan larangan Allah SWT.
Hanya kepadaNya aku berserah. Kau lebih mengetahui. Amin..

18 November 2010

Hari Raya Korban

Selamat Menyambut Hari Raya Korban @ Haji.


Kalau dah Raya Haji ni, no wonder la kalau minggu pertama selepas Raya, hari-hari makan daging,
Pelbagai jenis masakan untuk daging di masak.


daging bakar

sup daging

daging masak kicap

daging goreng

hari raya pertama, Wan aku buat nasi dagang. Aku makan 3 pinggan sehari. Super Duper Delicious
raya kedua pulak, Makngah aku buat Laksa Penang. Boleh bla gak la..

lepas ni, jom pakat joging setiap pagi ye.
Nak buang balik lemak-lemak yang dah ada dalam badan ni.





tag dari acik ( Farah Najihah)

Tadi pergi berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog.
Dan saya menjumpai Farah Najihah ada tag sesuatu kepada aku. 
Kelapangan masa ni boleh aku jawab.

Apakah nama blog anda dan mengapa sedemekian?
Nama blog aku Anis Adila Aris. Anis Adila Aris adalah nama budak cantik aku la.
Sengaja aku gunakan nama aku supaya senang orang ingat nama aku.
Bila buka blog aku, pembaca tahu nama aku dan senang nak ingat.

Apakah URL blog anda dan kenapa sedemikian?
akuqute.blogspot.com
aku kan cute.haha..

Method penulisan blog?
Bila aku rasa ada benda nak kongsi, aku kongsi.
Kadang-kadang ada bahan nak di tulis tapi akibat kemalasan yang menebal dalam diri, aku lupakan je.

Perasaan bila tengok blog orang lain cantik?
Kagum la sebab blogger rajin nak edit blog.
Tapi yang penting bagi aku, blog yang cepat keluar, tak semak, sedap mata memandang.

Bilakah blog ini ditubuhkan?
Tahun lepas kot, masa aku sem 1.
Waktu tu Kak Yaya yang ajar aku nak buat blog.
Maknanya dah lama gak la kan aku join dunia blog ni tapi tak berapa aktif.
Sejak dua menjak ni je aku rajin.

Orang pertama jadi follower?
kak yaya la..=))

Tag ini diberi pula kepada..
Nabila Faryzza
Kak Ashmieda
dan pembaca-pembaca yang disegani

piisssss; tq acik tag angah. ilysm









16 November 2010

cuti saya bermula

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba..
saya sudah CUTI SEMESTER!!!
kepulangan saya telah telah ditemani oleh budak manis bernama NURUDIN NAZRIN.
Terima kasih kerana membawa beg saya yang berat, terima kasih kerana menemani saya, terima kasih kerana menjaga saya, terima kasih belanja saya makan, terima kasih bersama saya..=))
Tahniah juga kepada NURUDIN NAZRIN kerana dapat melanjutkan pelajaran di UiTM Bukit Mertajam di Pulau Pinang. Semoga belajar bersungguh-sungguh ye. 
Kepada pembaca, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
Semoga pengorbanan pada tahun ini lebih bermakna.


piss: esok nak makan daging banyak-banyak..Meh la datang rumah saya, makan NASI DAGANG.

12 November 2010

Sebelum Tidur

baca nie, aku benda yang terbaik nak kongsi dengan pembaca sekalian..

Sebelum tidur, ambil masa 1 minit je untuk melakukan perkara yang berikut.
Kalau amalkan dalam masa 40 hari, InsyaAllah boleh jadi habit.

1.Bacalah surah Al-Ikhlas 3 kali.
 Baca surah Al-Ikhlas umpama kita khatam satu Al-Quran

2.Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan Nabi sebelumnya 3 kali
 Apa yang kita dapat??? Kita mendapat syaffat Nabi di akhirat kelak.. InsyaAllah..

3.Beristighfar 3 kali
supaya mendapat keampuanan daripada Allah SWT

4.Perbanyakkan bertasbih kepada Allah SWt
Bismillahirrahmanirrahim, Subhanaallah, Alhamdullilah, Allahuakbar..
ia umpama kita menunaikan ibbadah umrah.

pisss: amalkan, banyak syafaatnya.


   

saya suka membaca

waa....title tak boleh bla.. macam dak skema pun ade.
Untuk makluman kawan-kawan, aku ni boleh dikira suka gak la membaca.
Kalau pergi mana-mana, nampak je sesuatu menarik untuk di baca, aku ambik dan terus tidak menghiraukan dunia luar.(ayat tak boleh bla)

tapi...
membaca untuk pembelajaran aku lemah sikit.
aku lebih memilih untuk membaca blog orang daripada nota ekonomi yang sudah dibuka untuk dibaca oleh aku nie.
Bangun pagi, kononya nak study, dah baca doa bagai, tiba-tiba aku nampak laptop.
dalam hati berkata " takpe anis, ko buka jap je laptop"
dan sekarang dah dekat 2 jam aku mengadap laptop ni.
nota yang aku buka tadi di bawah laptop..huhu

sambung balik dengan tajuk tadi,
aku ni suka baca blog perempuan yang cantik yang cool.( faham tak?)
cantik + cool..
nie senarai blog yang aku selalu singgah..

Hanis Zalikha
Ajwin Ajeera
Chenta Zetty
Fatin Liyana

aku pun ada gak singgah blog orang lain.
jangan pulak terasa aku tak baca blog korang semua.
ini adalah contoh blog-blog orang yag cantik bagi aku..

dah, aku nak membaca nota yang aku dah buka 2 jam yang lalu.=))

pissssss: aku nie suma benda suka perempuan yang cantik. Jangan cakap aku lesbian dah la.

hEllO

terima kasih kerana membaca =))

erm....


nak tulis pe yek kat cni ?

urm tulis je lah...

nama saya nurudin...

saya kene paksa tulis blog.

tp sbb sy kacak..

saya tulis la jgk.

kalo x nnt si jelita ucuk mara kite..

so...

tujuan sy tulis blog nie...

SaYa KeNe PaKsA..(that's one fancy word..wuuu~~)

tp blog nie juz kite 2 jew tau kan...

so saya nak bgtau kat awak...

saya SaYanG awak...

ChEnTa awak...

RinDu awak..

awak jgn bosan tau dgn saya...

saya sentiasa b'sama dgn awak..

suka dan duka...

si jelita ucuk xmo nangis2 da au mcm dlu2..

hehe.... awak da ad saya..

saya harap awak bahagia dgn saya..

oh one more thing..

don't be naughty when i'm not around..

i give u my trust 100%..

hehe..that's all lah..

next time i wrote again k...

lurve u soo much.. :)


pissss: u see, how cute he is...=))
entry ini diambil dari blog yang direka untuk kami berdua...

11 November 2010

alangkah indahnya ciptaan Tuhan

aku ni sebenarnya suka sangat tengok orang yang cantik,
kalau dah nampak tu, tak lepas-lepas nak pandang..
kalau korang tengok aku, aku asyik usha korang je, maknanya korang cantik la tue..

cantik bagi aku macam ni..

damn hot!!
hot mama..





ramai lagi, penat aku nak masukkan pic mereka nie.. orang biasa, bukan artis pun ramai yang cantik..
contohnya...

ops....termasuk pic sendiri pulak da..

pissss: abaikan je gambar yang terakhir ni ye..haha

10 November 2010

line broadband laju

waa... pagi-pagi buta aku dah post cerita. 
Actualy, aku memang tak tido lagi, memandangkan paper last lambat lagi, so aku menghabiskan masa dengan main game dan on9 di pagi buta ni. Line laju kowt..tengok blog orang lain pun, cepat je keluar gambar semua.
Dah jadi hobi lak baca cerita orang, tapi itu bukan bermakna aku ni busy body ye.


pisss... nak upload pic baru je sebenarnya...