30 December 2010

UiTM Bergurau Dengan Aku

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Mula-mula korang baca dulu entry ini.. klik sini ye


dah baca? ok sekarang korang tengok ini..






nak tahu sebab ape? 
dia kate aku tak ikot pelan pengajian UiTM masa diploma, aku tak ambik koko waktu sem 1..
Aku memang tak ambik sebab aku ambik pengecualian sebab aku pergi PLKN dulu, tapi kan kalau la pengecualian aku tak diluluskan tapi kenapa result aku masa sem 1 macam gambar di bawah


takde pun mention yang koko aku failed..arrggghhhhh

Aku dah tak tahu nak cakap apa, ahad ni aku daftar di UiTM Seri Iskandar, bukan UiTM Shah Alam.


Saya Ada Wan Yang best

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Dah berapa hari tak update belog ni, waa mcam mane nak jadi macam Hanis Zalikha yang ada follower beribu-ribu kalau update belog pun malas ni. Ish..
Hari ni aku nak cerita pasal wan aku, Aku panggil wan aku mok, biasalah cucu pertama kan, tengok mak-mak sedara panggil mok, aku pun tiru la. Mane boleh lain dari orang.
Aku rapat sangat dengan wan aka mok ni sebab memang dari kecik aku tinggal kat kampung sampai la dah besar macam ni. 
Wan aku ni tau je apa makanan yang aku suka, memandangkan aku ni balik kampung sekali sekala sebab study, jadi bila aku balik, apa yang aku nak makan mesti dapat.
Aku cakap je apa yang aku berkenan kat hati ni, kadang-kadang tak yah cakap pun, niat dalam hati nak makan apa, esok bangun pagi, tengok-tengok  dah atas meja.Wan aku ni macam boleh je baca hati aku.
Sebagai contoh la, semalam aku ada cakap kat wan aku macam ni
"mok, anis dah lama tak makan pulut yang warna coklat makan dengan kelapa tu"
bila bangun je pagi tadi, dah ada atas meja. memang superb la. Korang ada? 



26 December 2010

Kesian Lelaki

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Entry ini akan membuatkan sesetengah orang akan tersentap.
Jadi jika taknak ambil risiko, janganlah baca ye. Jangan marah aku ye kalau tersentap, jangan nak caci maki diriku ye sebab aku dah warning.


Kesian aku tengok suami yang isteri dia tak tutup aurat. Dapat dosa free macam tu je la. Tak akan la tak tahu dosa bini tu ditanggung oleh si suami juga kalau si bini buat dosa. Yang aku pelik, si suami tak rasa rugi ke tayang bini kat orang lain yang sepatutnya buat tatapan si suami seorang.


Tadi mak aku cakap, bila kita pandang orang yang tak tutup aurat kita pun dapat dosa. Kesian la kat kaum lelaki ni, tak buat salah pun dapat dosa. Ye la,bila keluar mesti jumpa orang yang membuka aurat, jadi bertambahlah dosa-dosa yang sedia ada tu.
Sebab tu la waktu aku belajar kat UiTM Perak, budak kos aku tak boleh free hair.
Lecturer aku cakap, kesian budak lelaki dalam kelas dapat dosa free tengok perempuan tak bertudung.


Aku pernah terdengar ceramah agama, nak bezakan perempuan menutup aurat dengan perempuan tidak menutup aurat seperti makanan yang disimpan dengan elok dan makanan yang didedahkan.
korang pikir la mana satu yang elok.



dan aku amat terasa kalau orang cakap
 "perempuan bertudung ni bukannya baik sangat"
helloooo..at least kitorang dah terkeluar daripada list dosa tidak menutup aurat!! ( tanda seru bermakna penegasan, sila baca dengan nada sinis)

dan kepada kaum wanita di luar sana, meh la kita menutup aurat, tak rugi pun. Nak cakap tak ada style, orang bertudung zaman sekarang lebih ber'style" dari orang yang free hair.










Contest Muslimah Anggun 2

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



aku di tag oleh cik ummi
tak mau cerita banyak, siapa nak join klik sini
gambar dipertaruhkan adalah..


pemenang  peserta Contest Muslimah Anggun 2 :)

ayat menggambarkan diri :
seorang pendiam di awal pertemuan, sebaliknya jika banyak pertemuan :)
(aku hentam je ni..haha)

orang yang di tag
aku bagitau kat shoutbox aje..

500 BLOG !

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Nama belog ini adalah nama penuh aku.
Aku adalah wanita gadis yang berusia 19 tahun.
hidup sederhana di Temerloh, Pahang.
Quantity Surveyor soon to be :)

kenapa aku mahu jadi blogger?
nak luahkan apa terpendam, nak kongsi pengetahuan, nak tambah KAWAN :)

Dosa Diampunkan Dengan Begitu Mudah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Dari Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah menciptakan malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi di bahgian timur, dan sebelah lagi mencapai bumi di bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua-dua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah . Ketika seorang perempuan atau lelaki daripada umatKu membaca selawat kepadaKu, maka Allah memerintahkan malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan Nur di bawah Arasy. Malaikat yang keluar kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tesebut sampai hari Kiamat."



25 December 2010

Dating kali terakhir untuk tahun ini :(

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Memandangkan esok my boyfi akan bergerak ke Pulau Pinang untuk mendaftar sebagai pelajar UiTM pada 27 haribulan, jadi hari ini adalah hari terakhir untuk kami dating pada tahun ini.
Orang temerloh sekalian boleh bersenang hati kerana tak akan nampak muka aku lagi di Temerloh itu.
Dan tadi kami telah pergi makan di McD..my boyfi belanja..














24 December 2010

Layout di Facebook

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



cantik tak layout facebook teman..

teman nie bukan kedekut ilmu, jadi teman nak ajar la kome-kome sekalian nak dapatkan layout yang cantik macam teman...  
ke kome dah tau, teman je yang lambat..
peduli apa teman, teman nak cerita gak..

mula-mula kome-kome bukak page ini
lepas tu kome pilih je mana-mana layouts korang suka.


selamat mencuba !!!


pissss: saje guna bahasa Perak, takot rindu ke Perak bila di Shah Alam 





200 BLOG MENCARI HARTA KARUN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera






Soalan 1 :
nama pemilik blog – miss nana
soalan 2 :
 nama pemilik belog- cikgu ema
entri terakhir : 200 blog!!
soalan 3:
nama blogger – miss farah
soalan 4 :
Produk-produk yang dijual adalah ikan keli segar, ikan keli berempah, ikan talapia berempah dan yang terbaru ikan keli salai. Dijamin halal, suci dan bersih
soalan 5
rasanya ada gak la dalam 20 orang blogger akan join mencari harta karun ni


pendapat saya tenteang segmen ini ialah...



Segmen ini memang mencabar kesabaran saya sebagai kesabaran, bayangkan nak blogwalking kat 200 blog dan mencari semua jawapan bagi soalan-soalan yang diberi. Selain itu, segmen ni macam bagi satu semangat untuk saya supaya mendapatkan semua jawapan walaupun bersusah payah buka semua 200 blog yang tersenarai. Segemen yang direka oleh en. Ben ada manfaat tersendiri, bukan sekadar hanya mengejar kebendaan iaitu hadiah yang lumayan tetapi mengajar erti berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Selain itu, saya dapat blogwalking kat blog yang tak pernah pun saya jumpa sebelum, secara tak langsung  merapatkan silaturrahim antara blogger-blogger. Saya rasa segmen ini memang menarik, lain daripada yang lain. (waa..rasa buat karangan)
101 patah perkataan..:)

Saya Nak Duduk dalam Bloglist Cik Lulu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

blogwalking dan terjumpa ini.
Ganjaran lumayan ye..
Belog korang akan tersenarai dalam blog list cik lulu ni, kira-kira cik lulu ni akan menjadi peminat belog korang la kalau tercalon kerana cik lulu akan selalu blogwalking di belog korang semua.
Cik Lulu hanya mencari 50 blogger yang bertuah. (harap-harap aku adalah salah seorang :))

nak join jugak jugak?
klik sini

23 December 2010

Impian Tercapai

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
hari ni pergi buat x-ray di mentakab, kena salin baju bersama-sama kanak-kanak yang baru nak masuk form 1.
Payah bebeno kalau tak ada tempat persalinan, ni tidak kena tanggal baju depan orang.
Stop la cerita pasal salin-salin baju ni, nanti korang imagine lebih-lebih lak.


Nie aku nak cerita, adik aku si Ainaa dapat beh baru, biasalah nak masuk darjah satu. Aku nak bagi beg aku yang tak guna tu taknak, nak jugak beg roda.


empunya beg roda dangan beg rodanya


abaikan sepah di belakang tu ye.

memandang handphone aku buat hal, dan tadi aku dapat ni..



piss: padahal kegawatan ekonomi

Nuffnang Pujuk Aku

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Online di pagi buta, buta la sangat kan. huhu.
Tadi buka belog Zati abd Lappy dan dia menceritakan yang dia dapat BE.
Aku pun terdetik la hati aku nak buka Nuffnang "tersayang" dan aku jumpa nie


nak tahu apa itu jipaban sustenance, klik la ye kat tepi belog ini ;)

Aku dapat BE.. uwaaa.. rasa macam terharu.. baru je terasa hati dengan Nuffnang hari tu dan Nuffnang pujuk aku denagn bagi BE.
sayang Nuffnang lebih la hari ni :)

SAYALAH BLOGGER ITU


Anis Adila Aris
Anis Adila Aris
Anis Adila Aris
Anis Adila Aris
Anis Adila Aris
Anis Adila Aris
Anis Adila Aris
Anis Adila Aris
Anis Adila Aris
Anis Adila Aris

pisss: segmen Encik ben yang paling senang :) 

22 December 2010

Nuffnang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera ..
Hari ni adalah episod meluahkan perasaan. Siapa tak suka, boleh lak pangkah awal-awal.
Aku tak paksa pun korang baca apa yang aku nak mengarut sekejap lagi.


stakat 5o sen, malas la aku nak blur bagai.

Nak katakan belog aku ni tak berupdate, menipu sangat la. Orang lain start lambat dari aku pun dah nak cecah RM10 dan disini aku rasa tertipu.
Tapi entah la kan.Malas nak cerita banyak kan, nanti ramai lak yang tak puas hati dengan aku. Biasalah korang kan mendapat pendapatan sampingan dari benda alah ni.
nak kata tak ada orang lansung datang belog ni, ada gak la dalam lebih 50 orang datang singgah


siapa yang bijak pandai, boleh bagitau kenapa jadi begini.
sekian terima kasih.


20 December 2010

Mimpi Pagi Selalunya Terbalik

Faham tak apa maksud tajuk di atas. Meh sini aku terangkan, selalunya mimpi di waktu pagi bertentangan dengan yang akan berlaku di realiti. Dulu macam nak percaya atau tidak tapi hari ni kepercayaan meningkat jugak la dengan fakta tersebut.
Nak tahu kenapa?

Biasalah gadis bujang seperti aku ni kan, lepas solat Subuh, mestilah menarik semula selimut dan hanya mengira
1,2,3 tukar tidur.
Sekejap je kalau nak tido waktu pagi ni. dan pagi tadi aku mimpi aku pergi jumpa ayah aku tapi ayah aku tak peduli pun kat aku, mama dan adik-adik.
Tapi dalam pukul 11 am, tiba-tiba aku terdengar bunyi kereta naik ke halaman rumah. Dalam otak aku hanya pikirkan abah dan apa yang aku agak betul.

Korang bayangkanlah abah aku yang kena strok 3 bulan dulu bawa kereta dari Kuala Lumpur ke Pahang.
Abah dah ok sikit dari hari tu tapi masih tak boleh bercakap, berdiri pun masih tergoyang-goyang. Abah memang kuat dalaman. Tapi abah sekarang dah sensitif, sikit-sikit abah menitiskan air mata. Berbanding dulu tak pernah pun aku tengok abah menangis.

gembira tengok abah. semoga Abah cepat sihat. :)

19 December 2010

Ramai Perempuan Buat Belog Sebab Perempuan Suka Cerita Hal Peribadi Kat Orang Lain

Tajuk entry dah nak sama panjang macam cik epal dah ni.
Blogger-blogger perempuan sekalian sentap tak bila baca?
sama la dengan teman ni ha.
Nak tahu sape yang berani sungguh mengeluarkan kata-kata ini..
dia adalah.....
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
..
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
..
.

..
.
.
.
.
.
.
kakak emak teman ni la..
senyap je la nak buat macam mana..
tak akan nak menderhaka sebab belog.

Sodap Hingga Menjilat Jari

Di malam hari sambil tengok cerita Tunang Paklang, Drebar Paklang ni, aku nak upload la satu dua gambar yang akan membuatkan korang telan air liur banyak kali.

ini bukan la cecah biasa yang hanya gula campur kicap.
tapi ditambahkan dengan lada kecik dan belacan goreng.
Rasanya tak usah dikabo la.
sekali rasa nak lagi.

ditambah dengan pauh muda. 
memang ummppp ..

cepat lap cecair yang keluar dari mulut tu..


Hidup Penuh Angan-Angan

Pernah tak korang lepas je tengok cerita kat tv, movie ke.. nak jadi macam tu? macam dalam cerita tuh.
Aku selalu sangat tapi lepas tengok cerita orang putih la, tengok cerita Melayu, tak ada sedikit pun tertinggal dalam hati.
Kita boleh tengok perbezaan cerita kat Malaysia  dengan negara luar.
Malam tadi, buat pertama kali aku tengok cerita trasformer, dulu aku pikir apa la nak tengok cerita robot tapi bila dah tengok. Memang meletop la!!! Semua macam real, diorang memang kreatif.
Bila lah ye negara kita nak hebat macam tu.

Tag Ngade-Ngade

Dah tuannya bagi tajuk ni ngade-ngade, aku follow je la..haha
nah baca jawapan ni Farah

‎1. What is my name in ur handphone

Plkn Farah & Plkn Farah 013 (senang aku nak cari Farah mana..hehe)

2. Who are me to u

Acik, adik beradik di PLKN :)

3. What u like best in me

Budak banyak cakap dan suka cerita kau

4. What u hate in me

Sebab kau comel sangat 

5. Word to describe me

Parut..haha

6. I LOVE/LIKE/HATE me

ilysm 

7. Song for me

Lagu PLKN boleh tak?haha

8. Colour for me

Blue, rasa macam sesuai je :)

9. Advice for me

Jangan takut nak bercinta lagi.. Pengalaman kan pengajaran yang berguna :)

Yang wajib menjawab tag ini
(siapa tak jawab, esok sakit perut..hih)

nabila faryzza
farah fatinah
lala
adilah morad
sesiapa yang baca entry ini

pisss: sapa dah jawab, plis tinggalkan link korang kat komen sini.. boleh aku baca pendapat korang tentang aku :)


Macam Mana Nak Kekalkan Hubungan?



Tadi meseg dengan si boyfi., dia kat aku bomohkan dia sebab dia tak pernah rasa nak cari awek lain.
Kali pertama aku dapat pakwe yang tulus hati macam ni.
Nak harapkan monyet-monyet yang dulu, selalu aku dikecewakan.
memandangkan aku ni dah cukup berpengalaman dalam cinta monyet ni dan aku dah wat sedikit penyelidikan la kenapa hubungan seseorang tak kekal lama.


Hukum Karma


Bukan aku nak cakap apa la kan, setiap perbuatan kita akan dibalas. Dulu, aku selalu gak berlaku curang. Waktu couple dengan orang ni, aku skandal dengan orang lain lak. Bila nak serius, orang tu lak mainkan aku. So, waktu aku couple dengan boyfi sekarang, semua yang aku yang aku buat dah dibalas.


Tak Setia


Ada je mamat hanndsome sikit nak ngorat, terus lebur meleleh. Sanggup tinggalkan orang yang dah lama kita kenal untuk orang yang kita tak ahu perangai dia macam mana. Dulu, masa mula-mula couple dengan boyfi sekarang, ada gak la dingorat tapi aku teguhkan hati, tetapkan iman yang aku dah ada pakwe.
lama-lama orang tu bla la dari hidup aku dan aku terus berbahagia.


Tak Faham Perasaan Pasangan


Waktu orang tu tengah marah, kita ajak lak manja-manja. Waktu orang tu nak manja-manja kita tengking dia. Mana nak kekal la kalau macam tu. Tak faham dengan situasi. 


Terpengaruh Dengan Cakap Orang


Dulu, penyebab aku selalu calsh, ni la sebab utama. Orang sibuk buat cerita pasal bukan-bukan. Sebelum aku couple dengan boyfi sekarang, aku bagi syarat, kalau dia ada dengar cerita orang, tanya aku dulu. Alhamdullilah, even kami dihujani dengan pelbagai cerita buruk pasal diri masing-masing, kami bawak berbincang dan kami kekal samapi sekarang.


pisssss: kalau ada lagi, aku update

18 December 2010

Aku Sedih Dengan Belog

Mak aku dah bising

dari siang ke malam, malam ke pagi, pagi ke petang,,ngadap je la komputer tu
Nak tahu kenapa mak aku bising?


Malam tadi aku tak tidur, lepas solat subuh baru la melelapkan mata yang dah bersengkang sepanjang malam ni.
Tidur sampai pukul 1petang (harap-harap mak boyfi tak baca la belog aku ni) bangun tidur terus buka laptop tengok belog. Usha belog ini, belog sana..berhenti sekejap mandi, solat, makan.
Masuk balik bilik teruskan online sampai sekarang. Tak jejak ke tanah pun hari ni..hebatkan aku?
Tapi aku sedih tak ramai yang singgah belog ni hari ni, ye la..aku tau la aku ni bukan Hanis Zalikha, Fatin Liyana.
Serius tau sedih, rasa macam nak merajuk la dengan belog. :'(

Aku Berlakon Lagi

Gempar ye statement di atas, korang suka kan statement macam orang-orang popular ni. Entry yang lepas mengenai aku di dada akhbar pun ramai yang singgah. Ini bermakna kena la aku jadi artis untuk menarik orang datang belog ni (ayat mintak pelempang)
Btw tq kepada semua yang sudi datang baca belog yang banyak merapu ni.hehe
Berbalik kepada cerita, dulu kan aku ada nak cerita yang aku ada berlakon di UiTM untuk subjek koko.
Semasa aku sem 2, aku masuk kelab drama, aku kan suka benda-benda macam ni. Aku tekadkan hati even tak ada seorang pun kawan aku nak ikut jejak aku sama-sama masuk kelab drama. Dalam kelas, senyap je sebab orang lain ada geng tapi lama-lama ok la.

Dekat nak habis sem, kami ditugaskan buat pementasan teater. Orang yang ajar kami tu Acu namanya. Acu suruh kami buat skrip sendiri dan aku buat la satu skrip bertajuk pejuang ....... (aku dah lupa tajuk)
yang mengisahkan tentang kisah waktu zaman peperangan dulu-dulu. Seorang tentera yang bernama Yusuf terpaksa tinggalkan keluarga untuk berperang dan tewas semasa peperangan. Semasa Yusof pergi, Leha (bini Yusof) tengah mengandung anak ketiga.

Aku memegang watak Leha ( perempuan mengandung yang ditinggalkan)..mesti korang cakap camni..
eee.dah la dia wat skrip pastu berlakon lak, mesti syok sendiri
Kitorang diuji bakat untuk berlakon tu, so aku terpilih. maybe aku ni macam perempuan mengandung..haha.. Suami aku pulak ialah Afieq Jibriel.

waktu berlatih, masa kena bertentang mata dengan si suami.. malu kowt..haha

berbincang dengan tenaga krew (ceewaah,,x boleh bla). Yang duduk mestilah perempuan mengandung.:)

pelakon-pelakon

semasa hari pementasan


tengok perempuan mengandung tu.,haha


masa ni tengah berlakon, waktu ni baru start cerita.




Bring Out The Happiest You !!


Pernah tak korang jiwa kacau? Kejap rasa happy, kejap moody.
Biasalah hidup kita ni tak boleh lari dari masalah tapi apa pun kita berhak untuk gembira kan..kan..
aku ada tips untuk GEMBIRA..khas untuk pembaca...hehe

know who you are

kita mesti kenal diri sendiri dengan lebih mendalam, tahu apa kelebihan dan kekurangan diri kita. Lepas tu terima diri seadanya. 
jangan nak sibuk kenal orang, diri sendiri tak tahu macam mana.

be open

tidak berfikiran sempit, melakukan perkara yang di luar kebiasaan.
Tapi janganlah korang cuba benda yang memang salah di sisi agama dan undang-undang. Maksud aku, kenal kawan baru, pergi tempat yang baru dan buat perkara yang baru. Dunia baru la katakan.

be active

kuat sikit diri tu, jangan nak lembik je macam sotong. Ada tu badan besar, tapi hati tak kental langsung. Biasalah dalam hati ada taman.
Kita mesti berusaha untuk kita capai apa yang kita nak.
Luahkan apa yang kita suka dengan tak suka, mesti korang lega.

live in the present moment

kena buat matlamat hidup. Apa yang kita nak 10 tahun lagi tapi jangan obses sangat. Dah buat target, so kita kena berusahalah nak capai matlamat kita tu.

invest in other's happiness

paling penting, kita berusaha buat orang lain gembira. Membahagiakan orang lain macam kita dapat faedah daripada pelaburan.
Korang perasan tak, kalau kita buat orang happy, gelak, mesti kita rasa senang hati. ;)

Berusaha untuk gembira

buat perkara yang boleh datangkan kegembiraan pada korang.
Gembira tu adalah hak mutlak diri sendiri tau.




Belajar Di Malam Hari

Korang mesti ingat.. waa..rajinnya Anis Adila Aris ni study malam-malam buta.
Mesti ada gak yang cakap, eee...semangatnya Anis Adila Aris study waktu cuti-cuti ni, tak sabar nak sambung degree la tu.
Hello, aku tak ada lah ulat buku sangat dan tak adalah semangat gila nak sambung belajar.
Aku tengah belajar toturial pasal belog tercinta ni.
Nak cantik kan, mesti rajin. Bukan aku yang cantik, belog ini. Ye la, taknak korang menyampah dengan belog aku ni. Biar bila korang singgah sini sekali, nak singgah lagi.
Lepas tu bila online, dah buka facebook, sign in belog sendiri, pastu laju-laju tengok belog aku lak, nak tengok ada entry baru ke tidak. (perasan diri macam popular, biasalah nak sedapkan hati)
btw, terima kasih banyak-banyak la siapa yang sudi membaca entry-entry aku yang merapu ni.
Nanti aku cuba bagi entry yang berguna pulak ye. Baru ada faedah berblogger ni. :)

17 December 2010

Kontest Belog Terkemas


tadi jalan-jalan jumpa la contest yang senang ni.
ada blog, boleh join contest..
limit kepada 500 blog sahaja..
cepat-cepat join..sebab dah 400++ dah yang join, padahal tarikh tutup lambat lagi.
cepat klik sini

aku berikan tag kepada
Nabila Faryzza
Lala
Farah Najihah

16 December 2010

Blogwalking Dengan Laju


Blogwalking banyak blog tanpa sebarang masalah dan menjimatkan masa.
berminat? klik sini

aku nak kongsi bersama bloger-bloger yang hot yang baca entri ini..
jom join ramai-ramai.
;)

Saya Terima

tajuk post macam nak approve orang melamar je kan.. dush..dush.. ok dah sedar ke alam realiti.
tajuk post ni berkaitan dengan entry yang lepas. 
Selepas dah meeting dengan my mum, melihat komen-komen yang memberangsangkan dalam entry yang lepas.
jadi aku dengan sebulat hati menerima tawaran tersebut tanpa ragu-ragu.( ceh, tak ragu-ragu apa, tadi dok risau takot tak ada kawan nak pergi).
Kenapa ye aku terima..


Mama dan abah suruh terima. Dulu, sebelum abah sakit abah ada suruh aku apply benda ni dan sekarang dah dapat, aku kena masuk. Kalau abah tahu, mesti abah suka.


Nak habis belajar cepat, boleh tolong family. Semenjak abah sakit, masalah kewangan timbul. Jadi, aku rasa ni la satu-satu cara boleh aku tolong mak aku dengan cepat.


Dapat kurangkan jumlah pinjaman PTPTN. Tak adalah banyak mana hutang aku dengan PTPTN nanti. Boleh buat hutang lain pulak. 


Tinggal kat Shah Alam, dekat dengan rumah, makngah pun tinggak dekat je dengan aku. Sekurangnya ada sedara yang boleh menumpang manja. Tak adalah macam duduk kat Perak, sebatang kara.


tapi ada yang aku risaukan..


sekarang ni UiTM ni tak bagitahu dengan lebih terperinci pasal pendaftaran nanti. Dia hanya cakap daftar online. Aduh..


pasal kediaman. Kediaman tak disediakan. wah..macam mana tue..ish.


Barang-barang aku di Perak. Banyak kot. Semua barang ada kat stor hostel di Perak. Masalahnya, stor buka 2 hb dan aku perlu berada di UiTM Shah Alam pada hari yang sama. Boleh tak nak sewa jin seekor nak suh ambik barang aku kat Perak?


Aku Dalam Dilema

klik untuk paparan lebih besar

sebenarnya aku dapat tawaran untuk lanjutkan pengjian aku ke degree tapi aku tak tahu nak terima ke tak..
boleh bagi nasihat tak kat aku??