31 January 2011

Siapa Nak Free Shawl?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Butik Alesya akan memberikan 50 shawl PERCUMA kepada sesiapa yang promote Butik Alesya ini.
Murah hati sungguh pemilik Butik Alesya ini :)


Butik Alesya menjual pelbagai jenis dan warna selendang, tudung, dan lain-lain lagi jenis hijab.
Bila pakai, orang pandang  tak kelip-kelip tau..





apalagi jom la kita terjah Butik Alesya ini ;)

Tempat Sendiri Jugak Yang Terbaik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Kemana-mana pun kita pergi, tempat sendiri mesti yang terbaik. Even aku ni hanya tinggal di Temerloh, , bukannya bandar besar, setakat ada The Store tempat paling gah di sini, panggung wayang tak ada, apatah lagi bowling tetapi Temerloh juga tempat best. 
Wajib keluar ke bandar Temerloh kalau balik rumah waktu cuti, (hari-hari keluar kalau ada yang teman).
Kalau nak beli barang pun, tunggu nak balik Temerloh dulu baru nak beli barang.
Walaupun duduk kat bandar, dah pusing-pusing satu Kuala Lumpur pun, di Temerloh juga tempat pilihan nak menghabiskan duit.

even cuaca lembab-lembab, wajib keluar.
(pakai baju yang jumpa semalam..hehe)
pissssstt: ada tak blogger lain dari Temerloh, boleh dating cuti-cuti ni..hehe

Contest Gadis Shawl Menawan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Jumpa contest ini di Facebook Geng Blog Pink..Rasa dah lama tak masuk contest jadi aku beranikan diri nak masuk contest ini. Penganjur belog ini adalah empunya belog Little Love Always.


inilah penganjur contest yang cute :)
Malas nak serabutkan pemikiran korang dengan ayat-ayat yang salah tatabahasa bagai.. Tengok gambar yang telah dipertaruhkan :)


Gambar ni diambik oleh adikku "sayang" pakai tepon biasa aje. Bukanlah DSLR ke ape.
Baru balik dari jalan-jalan, terus rasa nak jadi model tak berbayar :)

aku tag ini kepada

Rose Natasha
Farah Najihah

sesiapa nak join klik sini ye, tarikh tutup 18 Februari 2011

Bahagia Kerana Kekecewaan Dahulu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Semenjak Nisa A, empunya belog Saya Suka Menaip reblog entry aku yang ini. Ramai bebeno suka entry itu. 
Sebenarnya benda itu berkaitan dengan kehidupan aku jugak. Sebelum aku kenal boyfi sekarang, berapa kali aku kecewa. Jom aku kongsi cerita aku.


Sebelum aku kenal dia, aku dah jumpa ramai lelaki. Macam-macam perangai aku dah jumpa, dan setiap perhubungan tu mesti berakhir dengan kekecewaan. Bila dah lama-lama aku dah jadi seorang pemilih, aku dah pandai nak nilai seorang lelaki tu. dah tau lelaki tu jenis jujur ke, playboy ke, just nak main-main ke. Semua aku dah pakar..hehe


Bila dah banyak kali clash, lama-lama dah lali dengan semua kejadah tu. Tak adalah macam mula-mula clash, meraung tak ingat dunia. Chill je, teruskan hidup macam biasa, boleh pikir nak cari bf baru pulak :)


Bila dah banyak kali kecewa, bukan sekali dua tau. Senangkan aku jatuh cinta..haha.. 
Akhirnya aku jumpa seorang lelaki yang aku fikir dia yang terbaik dari bekas-bekas tupperware aku dulu. Ye. aku tahu belum confirm lagi dia tu jodoh aku tapi selama kami couple 2 tahun ni, tak ade lagi la dia buat benda-benda yang boleh buat aku rasa nak bunuh dia.


Kiranya macam aku dah jumpa soulmate aku, aku boleh jadi diri sendiri bila jumpa dia, kongsi segala benda dengan dia. Boleh cakap banyak-banyak, gelak kuat-kuat, makan comot-comot. Kedua-dua belah family pun dah tau pasal hubungan kami. Kesimpulannya, aku jumpa yang terbaik lepas aku kecewa banyak kali.

















Kebaikan Menyelongkar Barang Ibu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Hari ni aku nak cerita pasal fesyen zaman sekarang. Aku ni baru je nak ambik tahu pasal fesyen semasa. Biasalah dah meningakat remaja la katakan, nak pakai baju semua nak nampak bergaya je, nak ikut trend terkini. Bukan macam dulu, ikut dan je nak pakai pape pun.


Apa yang aku perasan la kan, fesyen dunia ni akan recycle. Maksud recycle adalah, fesyen zaman-zaman dahulu diguna semula. Kalau tak caya, baik korang cari gambar-gambar mak ayah korang masa muda-muda, sama tak dengan apa yang orang ramai pakai sekarang ni?
Sebagai contoh la, pemakaian legging, vintage's cloth, dan banyak lagi.


Balik semula kepada tajuk cerita ni, tadi aku menyelongkar la almari rumah aku ni, dan aku terjumpa 2 benda best.
ni la barang mama aku.. beg dan blaus.

bukan sebarang beg, bonia kowt.. nak beli tak mampu..kitar semula je la ape yang patut

silk tau ni, memang best la aku melaram pakai baju orang

30 January 2011

Gigi Baru Nak Tumbuh

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
korang..korang... pernah tak dengar pasal gigi bongsu? (sila baca dengan nada gedik)
Gigi aku dah start sakit, pergi kenduri pun, makan tak lalu. Bila tanya kat mama, tunjuk gigi..mama cakap
Gigi bongsu kau nak tumbuh la tu
meh la aku nak cerita kat semua pasal gigi bonsu, yang dah tahu senyap, tak mau bising-bising. Kau buat-buat tak tahu ye.



Gigi geraham bongsu adalah gigi molar ketiga (terakhir). Manusia biasanya mempunyai 4 gigi geraham bongsu, 2 di atas dan 2 di bawah,biasanya keluar antara umur 18-25 tahun.
orang cakap, siapa yang dah tumbuh gigi bongsu ni dah boleh dikategorikan sebagai dewasa.
Maknanya kalau dah dewasa, boleh kawin la kan..hehe..gatai na..

Orang cakap bila tumbuh gigi bonsu ni, ada yang sakit sampai demam bagai, ada yang sihat walafiat je. Jadi, aku tergolong dalam golongan yang sakit tu la, banyak sangat dosa aku ni kot, Tuhan bagi rasa sakit gigi ni biar kurang sikit dosa tu kot.

sakit sangat la tu kononnya..
ok la, itu sahaja nak cerita..tak boleh cakap banyak-banyak, nanti makin sakit. ( padahal menaip je kot)

29 January 2011

Aku di Istana Kehakiman Putrajaya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
hari tu, aku ada cerita yang aku nak pergi mahkamah, bukannya aku ada perbicaraan ke, nak saman orang ke, didapati bersalah ke. Bukan-bukan (geleng kepala). Tak cukup duit lagi nak upah peguam nak saman orang, kalau la aku kaya, ramai dah kot yang aku saman ni. Tak cukup jahat lagi nak didakwa atas apa-apa kesalahan.


Sebenarnya aku ke Istana Kehakiman Putrajaya semalam kerana ada trip, kira-kira rombongan sambil belajar la. Mesti korang ingat aku ni ambik Law kan, pergi trip tengok mahkamah bagai. Aku ni sebagai pelajar Ukur Bahan ada belajar law, jadi kena la tau sikit-sikit pasal law ni. Aku ni belum cukup pandai nak berbahas dengan orang, berpantun pandai la jugak.


Kerana aku bukannya bakal lawyer, malas nak cerita banyak-banyak.. Kita tengok gambar je la ye..


tunggu bas nak pergi Putrajaya

nak tangkap gambar sorang, tak sangka ramai posing kat belakang

kawan-kawan :)

bilik pameran

sibuk tangkap gambar, tak baca pun ape yang tercatat

situasi di dalam mahkamah

macam buke sejarah

di perpustakaan



semua yang menyertai rombongan ini

ambik banyak-banyak padahal benda yang sama



cik Aina.. lecturer law kelas aku


Dapat pakwe bermulut puaka

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Selamat jugak aku sampai kat rumah petang tadi. terima kasih ye Nurudin Nazrin temankan.
Ini entry laju-laju, nak cite pasal orang yang dapat pakwe bermulut puaka.
Ade seorang perempuan ni, dia ada belog. tadi bila si perempuan ni duduk minum dengan si pakwe dia. Perempuan ni nak la tangkap gambar, tiba-tiba si pakwe kepada perempuan tu bercakap

Tangkap la gambar beg tu, tulis banyak barang bawak nak balik

Tangkap la gambar air bandung dengan teh o ais ni, mention kat satu dunia order air ape

Tangkap gambar banyak-banyak, pastu cerita la pasal semua kat dalam belog.

Cakap la nanti, tq boyfi belanja bla..bla..bla..
perempuan yang berpakwekan mulut berpuaka

tau takut nak tunjuk muka..mulut bukan main lagi...



Sungguh puaka ye mulut si pakwe.. ( nasib baik la si perempuan tak masukkan gambar pakwe yang berkelakuan seperti bapok) 

28 January 2011

Pengaruh Laptop mengatasi Assignment Yang berlambak

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Mintak maaf la ye kepada pembaca belog Anis Adila Aris yang tegar kerana saya tak update belog selama 2 hari. Anis Adila Aris sibuk sangat dengan pembelajaran di universiti sekarang. Biasalah, sekarang dah pegang jawatan assistant class rep, bz la sikit.
*sila meluat dengan ayat-ayat di atas* rasa taknak ngaku pulak yang diri sendiri taip ayat-ayat macam tu.


Sekarang dah awal pagi, rasa tak ngantuk sebab siang tadi dah bantai tidur sampai ke petang, lagipun takut nak tidur sebab sorang-sorang dalam bilik. 
tapi masalahnya esok kena bangun pukul 6 am sebab nak pergi court kat Putrajaya, nanti aku cerita kenapa aku gi sana.
Selain tu,komen nie nak cite kat aok sume, esok kome dah nak balik Temerloh, kome dapat cuti seminggu, cuti raye cina. *cakap Temerloh sebab mood nak balik rumah*


Berbalik kepada tajuk cerita kita, tadi aku cubalah nak buat assignment Measurement, nak kira door, pastu buat tak sampai setengah jam, dah buat benda lain. Mula-mula cuba baju nak pakai apa esok, pastu bukak laptop sampai la sekarang,
Meh kome tunjuk keadaan sebenarnya..



ambik ko, dengan drawing besar gedabak, pensil warna, kalkulator (padahal kira tolak tambah je),
SMM, assignment waktu diploma (kantoi copy je asignment lama).
Hanya QS je tau apa semua ni..



tapi tiba-tiba laptop dibuka, drawing dan segala jadah tadi disisihkan dengan begitu mudah.
Dah taknak pandang benda-benda bawah laptop.
Kuang ajar aer ko laptop, aku baru nak rajin..ko datang kacau.

24 January 2011

Masuk Sini Jadi Malas

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Dulu mula-mula masuk, semangat berkobar-kobar nak belajar, siap wat time table untuk study lagi.
Dah nak habis bulan 1, macam ni jugak gayanya. Bila dah bukak laptop, tak boleh nak berenggang.
Ayoyo..macam mane ni..Camne nak dapat dekan sem ni. Study pun malas..
ok la, nak tutup laptop, nak tidur. (bukan nak study) *pengsan*

Bila CUti Dah Habis

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


hai kawan-kawan semua, amboi aku  tak update belog sehari, terus turun ye bilangan orang singgah belog ni. Cuba la singgah hari-hari, baca entry-entry dalam belog ini yang dulu-dulu, banyak tau info yang berguna. (konon-konon la, padahal untuk keuntungan aku di Nuffnang)


Bukan aku tak mau update tapi semalam sibuk sangat nak balik Shah Alam. Rasa tak puas lagi duduk kat rumah, bangun seawal selewat  yang boleh, makan tak payah nak bayar, boleh tengok tv, dan macam-macam lagi la yang mengasyikkan duduk kat rumah ni. Betul la orang cakap, rumahku syurgaku. kena sangat la tue.


Aku ni dari form one rasa benda ni, bila nak habis cuti tu, rasa macam badan ni lemah je nak balik asrama, rasa macam nak stop kan je masa, tengok jam kat dinding tu macam laju je jarum panjang tu bergerak. Benci i tau.
Tapi tunggu la cuti empat bulan nanti, muntah aku raa duk kat rumah tu, Ye la, dari form one, mana pernah duk rumah lama macam tu. Lepas SPM pun, aku kena pergi PLKN. Tengok je la macam mane nanti.

sebelum naik bas. Dress up macam nak gi kebun je kan. Dengan pakai baju besar gedabaknye.
Adik aku cakap, "Bapak besar baju ko"
aku jawab " biarlah, tutup aurat kan"

22 January 2011

Resipi Nasi Ayam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Bersama saya Chef Anis nak ajar cara-cara nak buat nasi ayam.
 Nasi ayam ni sedap tau, membuatkan aku makan sampai 2 pinggan penuh. (sebab ni la berat kau tak turun-turun)


Bahan-Bahan Masakan
1. Ayam (jika buat seekor, belah la dua)
2. Bawang Putih dan Halia ditumbuk halus
3. Bawang Merah dipotong dadu 
4.Lada Merah ditumbuk bersama bawang putih
5. Kicap nasi ayam, kicap biasa pun boleh 


mula-mula kita perap ayam yang dah dipotong tu, perap dengan bawang putih dan halia yang dah ditumbuk halus, bersama-sama garam dan ajinomoto(secukup rasa). Perap selama sejam atau 30 minit.
Lepas perap, kita rebus ayam yang dah diperap tu. Rebus dalam 20 minit atau setengah jam, sehingga ayam empuk ye puan-puan semua.


Selepas dah rebus, air rebusan tersebut jangan dibuang sebab boleh dibuat sebagai sup dan untuk masak nasi. 
Ayam dah siap direbus, kita asingkan ayam tersebut dan letak sedikit kicap untuk warnakan ayam tu.


inilah air rebusan ayam tadi 
Selepas itu, tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai garing, masukkan air rebusan mengikut kuantiti beras dan masak seperti biasa. kalau nak nasi bau wangi, letak daun pandan masa nak masak nasi ayam tu.


tumis bawang besar sebelum masak nasi

nasi dah masak.



Bila nasi dah masak, rasa-rasa dah nak makan, ambik ayam yang direbus tadi dan goreng dalam minyak yang panas. Goreng sekejap je sebab ayam dah masak, cuma nak garingkan ayam tu je. 


ni la ayam yang direbus, warna hitam tu kicap.

lepas dah goreng tu, boleh la potong kecik-kecik. Tak akan la kau nak makan seekor ayam tu seorang. Ingat gergasi ke ape.



Sekarang nak buat sambal, tak akan la nak makan ayam dengan sos je kan. Lada merah tu korang tumbuk sampai halus, pastu ubuh bawang putih, asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
jadi la macam nii, kalau nak pedas, campur dengan lada kecik.



ok dah siap, boleh la melantak 2,3 pinggan, Senang je, kakak-kakak, adik-adik yang duk rumah sewa tu boleh la cuba buat.

21 January 2011

Gambar Bendera Israel di Lapto/pc Anda Semua.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


tadi blogwalking dan terjumpa sesuatu di belog Cik Yaya ini..


cuba korang...


Buka komputer/laptop korang pada direktoriC:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926 .
Korang akan ditemukan dengan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka).



apa lagi.. cepatlah hapuskan..

Si Buruk Jadi Cantik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


hari ni nak kongsi dengan kawan--kawan perempuan semua tentang apa yang buat muka aku yang sebelum ni..seperti gambar di bawah..


muka agak gelap dan warna muka tak sekata

nak tangkap gambar pun, nak tak nak je..

gambar ni masa tahun lepas, bulan 6 rasanya.

dan di gambar bawah ini adalah muka selepas aku gunakan produk tersebut.

tak edit tau ni
nak tangkap gambar pun ada confident.
muka ni bukan makeup ye..

ni la produk aku gunakan..

produk wonderful..
3 jenis je aku gunakan

krim siang. pakai bila nak keluar.

krim malam nie pakai sebelum tidur,
aku pakai 2 kali sehari tapi sekarang seminggu 2.3 kali je.

ni toner malam
pakai sebelum tidur jugak, sebelum pakai kri malam.

kiranya lebih kurang setengah tahun aku pakai benda ni. family aku semua pakai yang ini. Mama aku, mak sedara aku pun. Makngah aku yang dulu teruk jeragat pun hilang. 
Alhamdullilah, setakat ni jerawat pun tak teruk. Jarang la dapat.
Tetapi benda ni susah nak dapat. kat Temerloh ada la, tempat lain aku tak sure.
Rasa berminat, bagitahu la.