27 February 2011

Mingggu Yang Sesak

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Belog makin sepi. tanpa comment dan follower baru.
Biasalah aku bukannya blogger popular, tak update belog pun beriban juga yang datang singgah.
Siapalah Anis Adila Aris kalau nak bandingkan dengan Fatin Liyana. Bagai langit dan awan. hehe..
Ayat nak touching je kan, persetankan semua tu.


Hai sayang-sayangku sekalian, ( lambai kat laptop cepat dan say "HAI ANIS ADILA ARIS"
Macam tu la, baru la HOT.
Weh, aku ni tak ada point ke nak mengarut sampai macam ni sekali. 


Ok, kali ni serius. Aku berterima kasih sangat kepada kamu-kamu semua yang sudi baca belog busuk ni. 
Even, tak ramai yang singgah dalam satu masa tapi tetap ada. Kalau aku bukak belog ni mesti ada....


siapalah blogger HOT tu ye?

Kepada kamu-kamu yang HOT yang sudi singgah belog ni yang sudi baca belog ini yang sudi follow yang sudi tinggalkan jejak,  saya mintak maaf ye tak sempat nak kunjung semula ke belog kamu semua.
Nanti dah lapang sikit, saya singgah tau. :)

Minggu ni sangat la kencang aktivitinya, dengan aktiviti kolej lagi, aktiviti Perubahan ( Persatuan Ukur Bahan).
Kolej tu kena la pergi, sebab nak pungut kupon, kalau tak, tak dapat kolej sem depan.
Bak kata kawan aku, si Zakia..
Belum cukup besar lagi nak duduk luar
Dia lupa kot yang umur dah nak 20 tahun.
Assignment pun berlambak dikumpul tu,entah bila nak start. Minggu depan nak balik :)
Ok la, nak siap-siap pergi tengok next top model..
Akhir kata, I LOVE YOU!

Menconteng Cupcakes

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Pagi tadi ada bengkel buat cupcakes di kolej aku. Dapat 3 cupcakes kosong untuk diconteng.
Jom tengok gambar, cerita panjang lebar nanti korang mengantuk lak.


inilah cupcake kosong yang kami dapat

sesi menconteng di atas kertas minyak.
cream ni sedap gila, sikit-sikt calit dan jilat

ini aku :)

ini mulut puaka :)


ini kawan-kawan aku 

buat bentuk-bentuk tu pakai benda alah ni la.
plastik + nozel

ini la hasilnya :)

aku dan cupcakes

ini cupcakes rekaan pertama

cupcakes ni khas untuk belog tau..
tengok warna dengan belog aku, sama kan :)

saya sayang cupcakes saya..
*tiba-tiba*

cupcakes kawan-kawan

tangan siapa tu, potong kang

yang lelaki tu la chef Radzi yang buat semua alah ni
cantik sangat bila dia buat

aku nak makan semua

moif??

nak balik da :)
masa untuk melantak

pisssssttt : tadi kan aku mimpi best :)

26 February 2011

Keliling Satu UiTM

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari penat betul teman, bangun pagi-pagi pergi profesional talk.
Petang pulak ada explorace. Check point ada 10, kena pusing satu UiTM Shah Alam berjalan kaki je.
Meh teman nak tunjuk kat kome sekalian, besar mana UiTM Shah Alam.


start dari FSPU dan berakhir juga di FSPU.
Teman tak tau la berapa kilo dah hilang berat ni ha. Penat gila macam nak mam.

muka teman lepas explorace
Ok la dapat no 9 dari 20++ kumpulan. Kumpulan pun kump 9.

pissssstttt : malam ni ada BBQ.. yummmy :)

25 February 2011

Birthday si Mulut Puaka

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Sibuk sangat sampai tak ada masa nak update belog ni. Tapi takpe, pelajaran tu lagi penting. Betul tak?
Hari ni 25.2.2011, genap la umur Nurudin Nazrin aka budak bermulut puaka 20 tahun.
Tahun ni dah masuk kali ke 3 aku sambut birthday boyfi ni tapi dari jauh je la. So, tak ada hadiah la sebab tak jumpa. Selamat duit aku.. :D



Tapi tahun ni macam kesian kat si mulut puaka ni sebab selalu tak dapat hadiah, aku buat la video yang entah apa-ape ni. Terima aje la seadanya ye. Kawan-kawan kalau rasa nak pengsan (sebab terlalu "BEST"), sila lah tengok video kat bawah ni. :)


22 February 2011

Award dari cintabungablogspot

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Semalam memecahkan rekod tak bukak laptop dan juga tidak online sebab menghabiskan baca sebuah novel dalam masa sehari je. Hebat tak? Hebat tak?


Berbalik kepada tajuk, aku dapat award tau. Tak payah nak jadi artis pun nak dapat award. Jadi blogger pun boleh. 
cintabungablogspot ni salah seorang blogger yang selalu komen-komen entri aku. Terima kasih banyak :)


inilah award dari cintabungablogspot..nama sebenar dia Siti Nazirah.
Cantik kan award dia bagi.. Ada bunga lagi, dan dia buat award ni dalam masa 2 minit je. Cantik tak? Cantik tak? (nada Eric Leon...betul ke aer nama tu)..haha
Dia pun cakap siapa-siapa nak buat header boleh cakap kat dia. Nanti dia TOLONG buatkan. Diulang TOLONG ye, tak payah bayar-bayar. Baiknya hati Cik Nazirah kita ni. Apa lagi, jom singgah belog dia..
cintabungablogspot



20 February 2011

Kisah Nakal Anis Adila Aris

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Semalam bergayut dengan Aqila Fakhira, best friend masa di MRSM Kuantan. Kitorang cerita balik masa zaman sekolah dulu. Serius, memang banyak kenangan aku kat sana. Aku masuk MRSM masa form 4.


nie la Aqila Fakhira.
dulu satu kelas, satu bilik, meja duk sebelah dalam kelas.
Ikutkan masuk MRSM jadi makin baik la, tapi kat MRSM la aku banyak buat masalah. Biasalah budak baru nak naik katakan. MRSM Kuantan ni dekat dengan Bandar Kuantan dan juga Teluk Cempedak. 

Waktu aku form 4, aku dah buat masalah. Kena tahanan maktab seminggu sebab “fly” ke bandar Kuantan dan Teluk Cempedak. Telefon kena rampas. Kira waktu tu aku jadi dak "hot" gak la sebab kes aku "fly" uh. Aku buat masalah nie dengan makcik Qila nie la. Baru masuk dah buat masalah.

Lepas kes tu, aku dengan Qila ni memang rasa dipinggirkan la. Semua pakat mengumpat kitorang berdua. Aku rasa pahala bertimbun kot masa tu. Waktu akhir tahun, kakak-kakak senior mintak maaf kat aku dengan Qila sebab diorang nak exam. Tapi hati kami kan hati batu...

ni budak kelas aku. 5 Amanah. Aku ambik akaun, so drop bio.


Bila dah nak habis form 4 tu semua macam ok balik. Macam orang dah tak ingat la masalah yang kitorang buat tu. 

Masuk je form 5, dah jadi senior. Memang semakin rancak la tak mematuhi peraturan maktab. Antaranya, tak pergi solat jemaah, tak turun study, tak pakai stokin ( semua dak perempuan kena pakai stokin kalau keluar), outing pakai baju biasa aje, bawa hp ( dr f.4 lagi dah bawak), tak pergi "morning call", masuk library print lirik lagu (print free) dan banyak lagi. 

ni kat Teluk Cempedak. Ikutkan kena pakai baju kurung batik maktab kalau nak outing.
Tapi pakai baju T-shirt maktab je.

bagi alasan nak joging kat Taman Gelora.
Rupa-rupanya pergi pasar malam.
orang duk study, kitorang duk main-main dalam kelas.

ni roomate aku masa kat MRSM.
duduk dari kiri : Anis, Kron
berdiri dari kiri : Sharatu Ain, Ain Johari & Aqila Fakhira.


Roomate aku pun best jugak. Semua ambik bio kecuali aku dengan Aqila. Kalau time nak exam ni, diorang sibuk nak study bio, kami bersenang lenang. Akaun kan SENANG..hehe..

Waktu birthday orang, aku ni kira kepala nak merancang nak kenakan orang. Tapi masa aku form 5, hari jadi aku, aku kena jirus 2 baldi air busuk, dapat hadiah katak, telepon kena sorok. Memang teruk gila aku kena.

Waktu wat kerja sekolah, memang tak sah la kalau tak "copy paste" kerja orang. Kitorang selalu cakap camni..
 Standart budak MARA la..
pisssssstttttt :kalau tak nakal dulu, mesti aku dah belajar kat oversea kan..








19 February 2011

Exchange Link Menarik di Belog Gulai Tempoyak Ikan Patin

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Ini bukan biasa-biasa punya exchange link. Exchange link ni ada gambar. Sebagai contoh..
klik je kat gambar, dan akan terus ke belog orang tersebut
ini aku curi dari empunya belog

kalau korang tak faham ape aku mengarut, korang pergi sendiri kat tuan punya belog..
dia orang Temerloh tau, dan abang kepada blogger popular Nisa A


apa lagi klik la..

ni la gambar untuk dipamerkan
harap-harap ramai la klik..hehe

Apalagi termenung tu, cepat la join sekali.. menarik tau.

18 February 2011

Jom Merapatkan Hubungan Silaturahim

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku ada facebook tapi payah sikit nak approve orang. Sebab tu aku tak letak pun link fb aku kat belog ni. Kira-kira facebook aku untuk orang yang aku kenal je.
Jadi untuk merapatkan hubungan sesama blogger..
aku buat page ini :)


sila klik sini dan kalau sudi like la :)

Penangan Blog Ben Ashaari

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ni dari pagi plug kat dalam bilik tak boleh guna. Bangun pukul 930 am dan tidur balik pukul 1230 pm. Bosan sampai tak tahu nak buat apa, tidur adalah perkara terbaik. Study, memang tak lah.
Bangun balik pukul 230 pm, solat, baring-baring dan selak-selak buku, selak aje ok.
Tiba-tiba lampu meja dah terpasang, waaaa... plug meja dah ok.
Terus bukak laptop dan laju-laju bukak belog sendiri.
Bila buka je dashboard belog, ternampak ini..


kali pertama aku dapat comment sebanyak itu
refresh takut tersalah

Kebanyakan comment di entri ini . Dan sepantas kilat tengok di belog Ben Ashaari, rupanya terselit link belog aku didalam satu entry Ben Ashaari.
Satu lagi kejutan, tadi sebelum aku offline, follower aku seramai 237..
sekarang..
meningkat dengan begitu mendadak

Amacam hebat tak Ben Ashaari? hehe

pissssstttt : kepada semua yang sudi tinggalkan comment, apa tah lagi yang follower belog yang tak seberapa ini. Terima kasih tak terhingga. Nanti, saya jalan-jalan kat beloh korang ye :)





Selamat Pagi Korang..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Hari ni tak ade kelas, best kan..jealous la tue. Aku berjaya bangun pagi hari ni, pagi ke pukul 930 am?
Ok la tu dari minggu lepas..dah tengah hari baru nak bagun..hehe
Entry ni nak ucapkan 'Selamat Pagi " kat semua pembaca belog ni waktu pagi..hehe.. Siapa yang baca tengah hari ke, malam ke, tukar sendiri ye Pagi tu.. Benda la aku melalut ni kan.




waktu kecik-kecik selalu lukis macam ni.. :)

Siapakah Ben Ashaari?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



siapa tak kenal dengan Ben Ashaari, boleh kira blogger popular di dunia belog ni.
Terdetik hati nak buat entry ni bila bukak facebook tadi dan terjumpa ini



aku taip nama Ben Ashaari kat Facebook aku dan terkeluar benda ni.
Ambik kau..macam-macam ade.
Group,Pages,Links dan 2 Facebook BEN ASHAARI.

Aku start tahu pasal belog Ben Ashaari ni tahun lepas, banyak belog yang bercakap mengenai Ben Ashaari ni,
last-last aku pun pergi la kat belog dia dan aku follow belog dia.
Penulisan dia sempoi sahaja, tak ada la nak buat serabut kepala nak baca. Belog dia pun simple aje.

Apa yang buat aku terkejut, lepas je aku follow dia, dia follow aku balik. Even waktu tu belog aku ni entah apa-apa. Kat sini nampak sangat dia tak memilih pun nak follow belog orang.
waktu ni follower aku tak sampai 100 orang pun


Apa yang boleh dibanggakan dengan Ben Ashaari ni, dia boleh tarik ramai blogger join segmen dan contest dia buat walaupun tak ada hadiah pun. Tapi dia akan letak link belog  senarai blogger yang join, dan menang. Maknnya begitu ramai orang nak Ben Ashaari promote belog diorang (termasuk la aku :D)
Ini ada beberapa segemen yang aku join..klik sini dan sini.

Ben Ashaari ni sangat la rajin update belog. dalam sehari ada gak la dalam 3,4 entry dia update. Mesti ada je. Memang tak heran dalam masa yang singkat, dia boleh dapat follower yang ramai.

Jadi kalau nak jadi macam Ben Ashaari, mestilah RAJIN!!!!

pisssstttttt : ini bukan entry untuk mengampu Ben Ashaari, entry ini kerana aku kagum dengan dia dalam dunia belog.





Cuba Bagi Idea

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Serius tak tahu topik apa nak dibincangkan dalam belog nie. Kekeringan idea.. Tolonglah aku, bagi la cadangan benda apa yang patut aku cerita kat belog ini.
Ada apa-apa korang nak tahu cakap je la. Aku akan cuba bagi tahu..
Tu la orang cakap jauh perjalanan luas pemandangan, masalah aku ni duduk kat dalam UiTM ni aje. Yela , tak ade sape sudi nak bawak aku ni jalan-jalan. Jadi bila tak berjaan ni, tak ada pape la yang dapat nak kongsi dengan semua.


ni la jadinya kalau tak tahu nak buat apa.

15 February 2011

Cerita Makan di Seksyen 2 Shah Alam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Tadi keluar makan malam dengan Zakiah, Miedah dan Eja di Seksyen 2, Shah Alam. Siapa yang tinggal kat Shah Alam tau kot kedai yang jual ABC yang sedap gile kat KFC tuh..
Yang aku nak cerita ni, kawan aku si Miedah ni order daging masak merah.
Bila sampai makanan yang dipesan, ambik kau...




nak sangat daging masak merah, merah betul makcik tu masak 

nak makan pun was-was jew. Budak ni cakap, darah tertumpah dalam lauk.
pissssssttttt : Nasib baik rasanya sama je macam daging masak merah biasa. 

Kenali Kekasih Yang Satu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Hari ini, marilah kita mengenali dengan lebih rapat lagi kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW.
Di sini, aku sertakan video yang menceritakan perjalanan hidup Rasullullah SAW dan detik kewafatan Rasulullah SAW.





Tips Mengesan Lelaki Buaya Darat aka Playboy

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Berkaitan dengan entry yang lepas, rasa tergerak hati nak bagi tips untuk mengesan lelaki-lelaki yang tak berguna ni. Ini mengikut pengalaman aku la yang dah berapa kali terjatuh hati kat mamat-mamat yang konon hot tapi perangai macam hampeh.
Meh kenal lelaki buaya darat.


Bila dengan kita, sikit-sikit tengok telefon.Lepas tu meseg dengan orang lain la.
 Bila kita nak cek telefon, dia tak bagi. Kalau dia bagi pun lepas dia tengok telefon dia lama gila. Bila tanya kata tak ade pape.
Padahal padam meseg-meseg awek lain. 
Kalau nak jumpa, kena buat temujanji bagai. Macam la kita ni jumpa dengan Adun Daerah.
Kalau jumpa ikut masa yang ditetapkan oleh dia. Kononnya sibuk bekerja la,
 padahal ada temujanji dengan awek lain.
Bila kita call ke, sms ke selalu tak dapat.
 Kalau call, kadang-kadang tak angkat,kadang-kadang off. 
Sms tak berbalas. Kalau dapat call pun, lepas 5 minit macam tu,
 call balik terus tak dapat sebab tutup telefon.

Lelaki yang mempunyai seribu satu alasan. kadang-kadang alasan tak logik.
Sebagai contoh, kononnya kemalangan teruk sampai koma bagai, tapi lepas tu jumpa tak ada kesan luka pun. Bawak kereta pun ok aje. Jadi bersiap sedia la jauhi orang yang macam ni.
Bila dia nak sesuatu kat kita, bukan main manis lagi ayat. Siap bagi macam-macam lagi. Tetapi lepas dia dah dapat apa yang dia nak, terus hilang entah kemana. 

Ada perempuan telefon kita dan tanya "awak ni awek simpulan bin simpulan ni ke"
bila kita tanya siapa, orang tu tak cakap apa-apa.
Maknanya orang tu adalah salah satu awek buaya darat tersebut la.

pissssstttt : aku bagi tips ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.






14 February 2011

Contest Si Manis Berbaju Kurung

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


syarat-syarat penyertaan, sila klik sini

di tag oleh Rose Natasha

mengharungi lecak-lecak nak pergi kenduri :)


tag diberi kepada
syarifahzakiah
najihah fara
cintabungablogspot

pisssssstttt : tarikh tutup contest ni sama dengan birthday budak mulut puaka :) 


Best Sangat Ke Hidup Jadi Playboy Ni


Hari ni kita nak cerita pasal insan-insan yang bergelar " Playboy". Jadi entry ini pun berkaitan dengan insan bergelar lelaki. sebab lelaki la yang selalu dapat gelaran ni, kalau pengkid aku tak pasti lak diorang gelar apa kalau banyak pasang perempuan ni.


Aku pernah la kenal dengan mamat ala-ala romeo ni. Selalunya mereka ni tergolong dalam golongan lelaki-lelaki yang mempunyai paras rupa yang boleh bla gak la, bila orang perempuan tengok akan cair meleleh je, dan start berangan yang si lelaki tu jadi pakwe korang.


Tetapi ada juga lelaki yang mukanya tak ade la handsome mane, kalau sekali tengok terus tak ingat dah muka tu tapi dia mempunyai kelebihan "sweet talk". Bila dia bercakap, memang akan tergoda habis la.


Entah apa yang bestnya jadi "playboy" ni. Dah la nanti kena cop "budak playboy" dengan budak perempuan, maruah dah tergadai kat situ. Pastu kau ingat kau boleh bahagia la kalau permainkan hati-hati perempuan ni. Ingat!! doa orang teraniaya makbul tau. Andaikan kau dah sakitkan hati sorang perempuan ni, mesti dia menyumpah bagai nak rak kat kau, kau pikir dia sumpah benda-benda elok ke? Mestilah tak. Paling cikai pun, harap hidup kau tak bahagia. Bayangkan sepuluh orang doakan benda yang sama, tak ke makbul doa tu.


Rugi ke jadi setia ni? Apa salahnya mencintai seseorang dalam satu masa. Tak ke bagus. Duit tak habis, bak kata pakwe aku la " double awek, double la perbelanjaan aku". Lain la kau anak orang kaya, tapi ada jugak dah la curang pastu siap pinjam duit kat awek sebab nak tangung awek lain lak. Memang tak la kan.


pisssstttt : jom tengok tutorial :)

13 February 2011

Senyum Tanpa Gigi

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




ni macam nak taknak je senyum

nie betol-betol senyum tak nampak gigi

nak join jugak ke? klik sini


tag diberi kepada..

syarifahzakiah
cintabungablogspot
kak yaya
kak ashmida
munirah sabri







12 February 2011

Adik Beradik Bercinta

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sebelum ni ramai cakap muka aku dengan bf sama. Yang sakit hatinya aku ni kakak dan dia adik. 
Hello..tua sangat ke muka aku ni. Nurudin Nazrin tu yang muka cam budak-budak. 


gila kalau betul-betul jadi.

same ke? mesti tak kan.. Sebab aku comel, dia comot...
*pengsan*

yang ni baru betul-betul adik beradik. 

amacam? lagi sebijik kan :)


pisssssttt : mesti korang menyampah, hari-hari tengok muka Nurudin Nazrin dalam belog ni kan..