30 April 2011

3 Hari Yang Mendebarkan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini 30 April 2011, aku dah selesai jawab 4 final paper untuk sem ini. Start dari hari Khamis, 28 April sampai la hari ini berturut-turut ok. Dah nak muntah masuk dewan peperiksaan. Meh nak cerita sikit sepanjang exam ni.


Kita start dengan hari pertama. 28 April 2011, exam CTU iaitu pasal perhubungan etnik. Kena banyak membaca, dah la macam sejarah waktu sekolah menengah dulu.Cerita pasal perlembagaan la, macam mana merdeka la. Memang semangat kebangsaan dalam diri aku dah makin tebal sebab baca benda tu. So far ok la aku jawab exam, sebab apa aku baca masuk. Tapi yang objektif tu ada gak yang aku tembak aje pakai M16.


tak yah nak suka sangat la kan sampai senget mulut
Hari kedua, 29 April 2011 hari Jumaat ni memang memeningkan kepala aku. Hari ni ada 2 paper dan kedua-duanya subjek core untuk course aku iaitu Measurement paper 1 dan 2.
Exam measurement ni kena kira element dalam bangunan. Siapa nak buat rumah tu, boleh la bagi aku kira semua benda kat rumah korang tu. Paper 1 keluar roof dengan door, drawing gila payah. Memang "best" la kan aku jawab exam tu, entah benda aku kira pun tak tahu.Paper 2 pulak kena kira plumbing, ok aje tapi macam aku buat salah je..haha ..

macam ni la muka aku lepas exam, serius macam apa entah jawab exam  tu.

Dan hari ni, 30 April 2011. Exam Construction Technology, paper ni kena banyak sketch. So far ok la kot, sebab apa yang aku baca masuk tapi ada gak yang merapu je aku lukis.
Dan hari ni aku nak balik rumah even exam seterusnya hari Selasa ni. balik free sape taknak weh..hehe

semangat bawak beg pergi exam
sekian report peperiksaan untuk 4 paper terawal. Nanti aku exam aku cerita lagi k :)





28 April 2011

Inner Itu Saya Punya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


bakal inner aku
Kenapa patut aku yang menang?
Masuk ni dah kali ketiga saya masuk contest Puan Zetty. Start dari Puan Zetty bujang yang waktu tu bergelar Cik Chenta *contest Senyuman Paling Menawan*,dah berkahwin dan ada belog baru * contest Candid Terbaik* dan sekarang dah nak jadi ibu pun * contest " Inner Itu Saya Punya*.  Tengoklah betapa kesetiaan saya masuk contest yang dianjurkan oleh cik  Puan Zetty. 


jadi Puan Zetty tak perlu teragak-agak nak bagi saya 5 inner tu*angkat-angkat kening* sebab saya memang pembaca setia belog puan dari dulu sampai la sekarang. Saya siap promote lagi belog puan kat kawan-kawan saya tau. Saya kalau baca belog puan mesti senyum sorang-sorang macam gambar kat bawah ni. 



Lagi satu Puan Zetty, boleh bayangkan tak betapa comelnya saya kalau pakai inner Puan Zetty bagi tu nanti. haha

kalau Puan nak tahu betul ke tidak saya suka belog Puan Zetty..
cuba la tanya kawan saya ni

(ni kiranya aku tag korang sekali la ye, meh la join)




*penat beno aku merangka ayat kat atas ni*



27 April 2011

Birthday Lelaki Ter"poyo" Di Malaysia

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Berhenti sat study, lepak-lepak sini release tension. Hari ni 27.4. 2010, tak ada apa-apa pun berlaku, tapi esok adalah exam pertama aku dan semalam adalah birthday seseorang.
Seseorang yang ter"sayang"...rasa nak muntah cakap macam tu.


budak poyo :)
Lelaki poyo yang aku cakapkan ini adalah adik ke"sayang"an aku.. Mohammad Haqqim Bin Md Aris. Semalam hari jadi dia la, aku wish  kat dia semalam tapi tak ada apa-apa respon pun. Kuang ajo punya budak. grrrrrrr.. aku buang balik hadiah yang aku nak bagi kat kau ni..
(padahal tak ade pun..kikiki). Ini ada sedikit ucapan daripada seorang kakak yang baik hati.

Selamat Hari Jadi yang ke-14. Semoga bahagia dunia akhirat. Semoga menjadi anak yang soleh. Semoga menjadi seorang lelaki yang tidak poyo. Semoga menjadi seorang pakwe yang setia. Semoga jadi adik yang sangat pemurah belanja aku topup. Semoga makin handsome. Semoga menjadi pandai.Semoga sembahyang kau makin sempurna...haha


pisssstttt : Dia ni la yang jadi "photographer paksaan" aku..hehe



26 April 2011

Fokus Untuk Dekan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Akhirnya broadband ni slow jugak, terima kasih kerana memahami. *kali pertama gembira sebab line bb lembab*. Boleh aku belajar dengan tenang. :D


Kami Nak Dekan !!


Saya Pun Nak Jadi " Blogger Of The Year"

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku tahu la siapa la aku ni nak dibandingkan dengan blogger-blogger yang hebat tu tapi disebabkan belog Anis Adila Aris taknak kehilangan zaman, aku pun join jugak :)



jom ramai VOTE di sini :)
Bila-bila pun boleh vote. Terima kasih luangkan masa korang. xoxo

3 Ogos 2012---> Tarikh Malapetaka

Assalammualaikum dan selamat sejahtera






Aku ada terbaca satu entry yang menggemparkan sebagai umat Islam di belog ini. Pada tahun hadapan, 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433 Hijrah kebetulan hari Jumaat, akan terjadi sesuatu ke atas muka bumi ini.






Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu.". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)



Aku adalah buat research sikit-sikit pasal ni, ada yang cakap Hadis ni tak sahih tapi tak tahulah kan. Kita sebagai umat Islam ni, haruslah tingkatkan ibadah dan jauhi laranganNYA.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. :)

Baru Nak Excited Abg Ben Tinggal Jejak Tapi...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Ikutkan nak study tapi online kejap, tengok dulu apa yang patut kat dalam blog ni ha dan ternampak sesuatu di shoutbox


wooo.....
Terus dalam hati berkata-kata
Waaaa... Abg Ben singgah belog aku la, tinggal jejak lagi kat shoutbox. Ni mesti nak review belog aku la ni..hehe
Bila klik link tu, tiba-tiba keluar page ini..


aik??
Sejak bila Abang Ben ni dah tukar blog, aku rasa blog dia macam bawah ni, awat keluar Jutawan Klik lak.. 



Ni mesti PENIPU, aku report kat Abang Ben...ayyokk... nanti Abg Ben mengamuk tak tahu.


pisssstttt : Baru nak bergumbira...ishh

25 April 2011

I Want To Be A Good Muslimah :)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki"                       (Hadis Riwayat Ahmad) 
Ingin menjadi wanita solehah bukanlah perkara yang sukar, hanya dua perkara

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Diri ini begitu alpa keindahan duniaMu sehingga terlupa betapa indahnya syurgaMU


Peewwwiitt..Follower ke 499

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Tak sangka gak entry mencari follower yang ke 499 menjadi sambutan, ye la bukan follower yang ke 9999 pun kan.


Rupa-rupanya peng"komen" pertama entry adalah orang yang dicari-cari..hehe


amboi....
Mintak maaf la,  akhir-akhir sem ni kering sikit. Nanti la cek buat contest ke, giveaway ke, adalah hadiahnye. Nanti join la ye tapi tak tahu bila. Yang boleh cek tolong, link kan belog hang je :)

awat blogger lelaki 4 terakhir tu
Kepada kamu bhaihaqi ( macam nama cousin aku), jangan bersedih ye jadi follower ke 500.
Tangan memel lebih pantas menekan follow dari kamu..hehe


Kepada follower yang ke 498, terima kasih sudi mem"follow", kalau tidak sampai sudah tak dapat follower yang ke 499..hehe


*baru aku perasan , 3 orang ni dari UiTM Jengka, korang pakat aer*


Kepada yang follower-follower yang sebelum ni, terima kasih jugak kerana sudi follow belog busuk ini. Rajin-rajin la tinggal jejak kat belog busuk ni, InsyaAllah kalau ada masa terluang aku singgah belog korang balik :) Sayang korang ketat-ketat. xoxo


pissssstttt : semakin dekat exam, semakin rancak lak aku update belog ni.. adoi..

Ada Orang Tak Puas Hati

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Entri tadi membuatkan ada seseorang tak puas hati..



Aku ni tak boleh kalau ada yang tak puas hati ni, so dengan gigihnya aku cari dekat follower aku gambar si Jiji Yu ni dan..


Siap kira lagi follower yang ke berapa lagi pakai kalkulator tau, terima kasih ye Jiji Yu kerana jadi follower yang ke 85 :)

pissssttt : siapa lagi tak puas hati, meh habak mai..


Mencari Follower Yang ke 499

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Belog ni pelik jugak, kalau hari tu laju je meningkat follower, bila kita duk tunggu-tunggu ni, tak ada pulak dia naik-naik.


Aku mencari follower yang ke 499. Bagi special sikit, kalau tak yang 499 tu tak akan jadi yang ke 500 kan. hehe
Tapi jangan gatal-gatal lak yang dah sedia follow ni nak unfollow, debik kang. Aku kenal la siapa yang dah follow aku..hehe *ayat ugutan*


siapa la orang tu ye??

24 April 2011

Sampai Hati Korang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Cuba tengok gambar kat bawah ni, menyirap beno teman


Apakah?
Hari ni ada 2 orang je yang singgah belog busuk ni. Awat? busuk sangat ke belog ni sampai korang taknak baca pun. Kecik hati ni...kecik hati tau.

Padahal semalam aku hadkan pembacaan ini untuk blogger, jadi orang yang ada belog boleh singgah. Ke pembaca belog aku ni semua orang yang tak ada belog. 

Takpe lah tak marah pun, silap aku lak tiba-tiba belog jadi mangsa marah aku. ceh.. hehe
Hari ni dah tak marah. :)

23 April 2011

Contest Sehati CWL dan Fara

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


banner contest..serius comel :)
Mulanya aku dah malas nak masuk contest-contest ni, kecik hati sebab tak pernah menang, eh pernah menang tapi ak pernah dapat hadiah...cehh..

Tapi setelah melihat hadiah-hadiah yang akan diberi untuk pemenang, terus dengan senang hatinya aku join contest yang dianjurkan oleh cwl dan cik Fara. Hadiah apa yang menarik sangat sampai boleh pujuk hati aku ni masuk contest ni, moh le tekan dengan penuh kesabaran di sini.

Cik-cik penganjur suruh tepek satu gambar comel kat entry ni, aku ni payah sikit nak cari gambar comel aku sebab banyak sangat kan..hahaha *cukup Anis Adila Aris*

habis comel dah aku pilih ni
Aku ni kan baik orangnya jadi taknak la nak menang sorang-sorang aje kan, aku nak kawan-kawan aku ni menang sekali. Kawan-kawan yang bertuah adalah


pissssttt : Cik-Cik penganjur yang comel, dapat hadiah saguhati pun ok untuk mengubat lara di hati ni :)





Amboi Garangnya Rozita Che Wan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


belakang tu ex sekolah aku :)
Mula-mula malas nak ambil hal pasal kes ni tapi ternampak MRSM Kuantan terlibat, dengan penuh semangat aku baca sampai habis.


“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.


Dah habis baca belum, kalau belum jangan baca apa yang aku nak tulis lepas ni. bagi aku standart la budak lelaki kalau gaduh-gaduh sikit ni. Setakat gaduh-gaduh kecik tu, aku dengan adik aku lagi teruk sampai dia cucuk lengan aku dengan pensil kayu tu sampai sekarang ada lagi bekas.

Benda ni jadi isu besar sebab melibatkan ANAK ARTIS, kalau tak sampai sudah tak ada orang ambik tahu pun. Dulu masa aku kat MRSM Kuantan tu, macam-macam aku dengar orang gaduh tapi tak ada pulak kecoh sampai macam ni. Standart la budak membesar.

Tapi mesti orang cakap, "boleh la tak kena kat family kau". Ye aku tahu kalau kena kat family aku pun, mesti aku maki hamun habis-habisan tapi kalau setakat tak ada apa-apa effect pun, gaduh budak-budak ni aje, buat bodoh je la.

Bak kata Nurudin Nazrin " budak-budak laki kena ganas sikit, baru boleh jadi orang hebat"

Teringat kisah dulu-dulu masa kat MRSM Kuantan .. jom baca sini dan sini :)



22 April 2011

Rindu Bebeno Kat Belog :)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Anis Adila Aris kembali menceriakan hidup korang semua, saja nak bagi korang rindu kat aku sebab tu aku diamkan diri sekejap. baru sekejap tak online dah dapat beribu-ribu email tanya kenapa tak online.Tanya khabar aku ni. Terima kasih la, buat susah korang aje. 
Tengok, senang-senang aku dapat dosa free sebab tipu korang. hehe


Biasalah aku kan sibuk study sebab tu tak online, ok tipu lagi. Yang ni yang betul, aku hantar laptop untuk diservis dan diformat, waa.. dah tak ada bunyi bising, keypad laptop ni pun berkilat-kilat dah aku tengok. Murah woooo hantar servis dalam u ni, kalau kat luar dah mahal sekali ganda.


Sini aku sajikan gambar tatapan untuk korang semua, ce teka ce teka gambar ni kat mana..


sorry gambar blur, nak tengok jelas belilah.........
nanti aku cerita :)



19 April 2011

Begini La Gayanya Kalau Duduk Kat Rumah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Esok dah nak balik Shah Alam sebab tak lama lagi dah nak final exam, kalau ikutkan nak duduk rumah sampai sudah tetapi kalau gaya macam aku ni, aku hantar kertas exam yang bertulis 


"sorry puan, saya tak tahu nak jawab ape, saya harap puan boleh bagi markah free kat saya"
Nak cakap tak ada balik buku, ada aje. Penat aku memikul beg ke luar pagar UiTM Shah Alam tu sebab berat dengan buku. Tetapi bila dah sampai rumah, dah nampak tv, line internet laju gila even aku tinggal kat kampung aje, layan si adik aku ni, buku-buku tu tak dibukak langsung, terperuk aje dalam beg sampai la esok dah nak balik.


doakan kejayaan saya 8)

Gambaran Hari Kiamat

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat, ‘Bilakah terjadinya?’ Katakanlah, ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu keda-tangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.’” (Al-A’raf: 187)
 Ini bukanlah gambaran sebenar tapi hanya memperingatkan kepada semua supaya kita jangan lupa kepada perintah Allah dan menjauhi segala laranganNYA.

Aku Benci Blog Nie

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


benci dalam sayang :)
nak tahu kenapa? 

Rumahku Syurgaku

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku tak tahu nak update ape, tak ada idea la weh. Tiba-tiba tengok kawasan rumah, rasa nak kongsi dengan korang semua. Nanti popular sikit rumah aku, google rumah di Lubuk Kawah, keluar la gambar rumah aku.


Ini bukanlah rumah aku tapi rumah atuk aku, dari kecik aku tinggal kat sini dengan family aku. Dari dulu lagi tak ada istilah balik kampung sebab memang aku dah duduk kat kampung. Best woo, duduk kat kampung ni. Pagi-pagi dengar ayam berkokok, bunyi unggas berkicauan*tak boleh bla ayat*. Serius sangat tenang duduk kat kampung.


Standart rumah kampung, besar halaman rumah tu boleh buat 2,3 buah rumah lagi,kalau nak main bola sepak pun boleh. Ada pokok yang banyak. Kau cakap je nak makan buah ape, datang petik aje tapi kena tunggu musim la.hehe


pandangan dari depan, rumah aku ni atas bukit

store, barang-barang yang dah tak guna letak sini

pandangan dari tepi belah kanan rumah

ni la pondok tempat wan dengan atuk aku dating setiap petang

hasil tanaman wan aku

tempat parking motor

belakang rumah penuh dengan pokok pisang

reban ayam

pokok ni la aku main panjat-panjat masa kecik dulu

nak main tangkap-tangkap gambar pun boleh

18 April 2011

Ruby Dress Giveaway

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Terima kasih kepada kak cik kerana tag saya :) harap-harap bernasib baik, dapat la dress ni. Boleh tangkap gambo depan cermin, konon-kononnya cantik. nak join, klik sini.



tag kepada:



17 April 2011

Jangan Bagi BF Password FB Kamu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Budak mulut puaka ni jarang sangat online tapi malam tadi dia online sampai ke pagi. Dia ajak online sekali tapi aku dah ngantuk, baik aku tidur. Tapi bila bangun je pagi tadi, ada dapat meseg dari dia.
" Cik Anis Adila, sila buka fb anda dengan kadar segera..tq"

Sepantas kilat aku bukak fb pepagi buta tu, sekali bukak, ambik kau..


nampak sangat jelous..

grrrrrrr

kan dah kena bongok sekali

Ingat aku nak berdiam diri macam tu aje, ingat kau sorang ada password fb aku..hahaha *gelak jahat*

hehehe

like la..kesian :)
Bukan setakat ni aje, waktu dia tengah online, aku bukak fb dia. Aku hack fb dia, tengah sibuk dia chat dengan kawan dia, aku menyelit. Kawan dia dah pening..haha
Akhirnya Nurudin Nazrin kecundang.. :D

marah nampak..hehe
yg ada tanda pink tu, aku yang tulis :)
Jadi berjaga-jaga kalau password fb anda diketahui oleh pasangan anda...sekian :)



Kenapa Dunia Belog Kucar-Kacir Sangat Sekarang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sejak dua menjak ni tiba-tiba dunia belog dah tak aman, orang ni sibuk kata dia ditindas, dicaci, orang ni pulak sibuk mencaci, menindas, Sampai bila tak sudah, bak kata Yuyu Zulaikha, " Dunia blog dulu dan sekarang dah berubah".


Bagi aku, setakat nak tunjuk lagak kat dunia belog, baik tak payah la weh. Kalau berani face to face la, cakap apa tak puas hati. Ini setakat caci maki dalam belog, apa la sangat der. Lepas tu tak berani pulak nak letak link orang yang di caci maki, orang yang dikritik, bagi kata-kata kiasan je, kalau camtu aku pun boleh. Saja-saja buat entri nak marah orang tapi sebenarnya tak ada pun.


Ada jugak marah tak tentu pasal bila dia tak puas hati satu entry blogger ni buat. Relaks la der, belog dia, suka hati la dia nak taip apa pun, Itu pendapat dia, kau tak suka senyap aje la. Ni tahu nak jatuhkan orang lain aje. Adoyai.


tak marah, nasihat aje :)
Wahai blogger-blogger sekalian, bumi ini milik Allah, kita menumpang aje. Apa salahnya kita berbaik sesama kita, tak kemana pun kalau hidup nak sakitkan hati orang aje kerjanya. Kalau mati, tak adanya kita bawak belog ni sama-sama. Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui.





Cerita Pasal Copy Paste

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




Kita ni sebagai blogger marah bebeno kalau ada yang copy paste entry kita ye, maki hamun bagai orang yang tiru entry kita tue
"kurang ajar betul orang copy entry aku  ni, aku penat-penat fikir, dia senang-senang je copy, WTFish!"

Tapi kita ni tak sedar waktu buat assignment, buat report nak hantar kat lecturers, kita copy sebijik-sebijik info dalam internet tak pun dalam buku rujukan, lepas tu pastekan aje, edit sikit-sikit dan hantar. *aku tak cakap semua orang buat mcam tu, sebilangan sahaja* Mentang-mentang la tak ada yang bacanya, lecturer sorang aje yang tukang semaknya.


Kalau dalam dunia belog ni pulak, banyak mata yang bacanya, dah ada yang sama sikit, terus dikatakan copy paste. Padahal sehati sejiwa nak taip entry lebih kurang. * fikir positif*
Tapi kalau la ada yang jenis hidup copy paste entri orang aje, apa salahnya letak link pemilik sebenar entry tersebut, tak adalah yang panas hati nanti. Jadi sama-sama la dapat untung.


Pisssstttt :Kalau semua blogger bertimbang rasa, kan aman dunia belog ni. :)



Bloglist Scha

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Ada scha ajak join bloglist beliau, ingatkan Scha Al-Yahya, rupanya Nursyahida Daud :)

Saya bertuah menjadi follower Cik Scha kerana dapat singgah belog dia selalu