30 April 2011

3 Hari Yang Mendebarkan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini 30 April 2011, aku dah selesai jawab 4 final paper untuk sem ini. Start dari hari Khamis, 28 April sampai la hari ini berturut-turut ok. Dah nak muntah masuk dewan peperiksaan. Meh nak cerita sikit sepanjang exam ni.


Kita start dengan hari pertama. 28 April 2011, exam CTU iaitu pasal perhubungan etnik. Kena banyak membaca, dah la macam sejarah waktu sekolah menengah dulu.Cerita pasal perlembagaan la, macam mana merdeka la. Memang semangat kebangsaan dalam diri aku dah makin tebal sebab baca benda tu. So far ok la aku jawab exam, sebab apa aku baca masuk. Tapi yang objektif tu ada gak yang aku tembak aje pakai M16.


tak yah nak suka sangat la kan sampai senget mulut
Hari kedua, 29 April 2011 hari Jumaat ni memang memeningkan kepala aku. Hari ni ada 2 paper dan kedua-duanya subjek core untuk course aku iaitu Measurement paper 1 dan 2.
Exam measurement ni kena kira element dalam bangunan. Siapa nak buat rumah tu, boleh la bagi aku kira semua benda kat rumah korang tu. Paper 1 keluar roof dengan door, drawing gila payah. Memang "best" la kan aku jawab exam tu, entah benda aku kira pun tak tahu.Paper 2 pulak kena kira plumbing, ok aje tapi macam aku buat salah je..haha ..

macam ni la muka aku lepas exam, serius macam apa entah jawab exam  tu.

Dan hari ni, 30 April 2011. Exam Construction Technology, paper ni kena banyak sketch. So far ok la kot, sebab apa yang aku baca masuk tapi ada gak yang merapu je aku lukis.
Dan hari ni aku nak balik rumah even exam seterusnya hari Selasa ni. balik free sape taknak weh..hehe

semangat bawak beg pergi exam
sekian report peperiksaan untuk 4 paper terawal. Nanti aku exam aku cerita lagi k :)





6 comments:

Wani said...

wahhh . bizi betul ~ :))

NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN.. said...

nana pun bosan sebb da tak dapt guna pc....tak dpt update blog la jawapnyer...

sharifahzakiah said...

sempattt lagi blik dear . huhu gudluck ek :)

Anis Adila Aris said...

Wani

bz bebeno dengan exam..hehe
takpe, lepas ni cuti 4 bulan..hehe

Anis Adila Aris said...

NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN

ni mesti sebab bos ade kat office kan..hehe

Anis Adila Aris said...

sharifahzakiah

sempat even sekejap.. padahal dalam hati risau gila nie