13 April 2011

Ben Ashaari Bicara Kasih Ayah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Segmen pasal ibu, tak sempat nak join, kali ni laju-laju aku join. Kalau cakap pasal abah aku, belum sempat nak cerita, dah berair mata ni. Adoyai..


Md Aris Bin Idin, satu-satunya abah yang aku ada dalam hidup aku. Dari aku kecik lagi, aku bukan macam budak-budak lain yang sentiasa dapat tengok muka ayah diorang, dapat manja-manja setiap hari, balik dari sekolah, tengok ayah yang jemput semua. Dari aku kecik, abah memang kerja jauh ( luar dan dalam negara), mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Bila abah balik sekali sekala, masa tu la baru dapat nak manja. Sebab tu aku tak berapa rapat dengan abah. Tapi even abah kerja jauh mana sekalipun, abah tak pernah lupa nak call rumah setiap hari.Tanya khabar pasal kami semua.


ni gambar abah semasa di Dubai
Tahun lepas, masa bulan puasa, betul-betul satu dugaan besar buat kami sekeluarga. Abah yang selama ni kuat dimata kami, jatuh sakit. Abah kena strok, waktu tu mujur mama ada dirumah abah kat Kedah. Sehari sebelum abah kena strok, mujur aku sempat cakap dengan abah dan tak sangka itu kali terakhir aku dengar suara abah.


masa abah di hospital
Bila aku melawat abah di hospital, serius air mata aku terus jatuh tak berhenti. Ye la, selama ni aku nampak abah sihat, abah kerja kuat, kali ni aku nampak dia terbaring atas katil hospital. Dah la masa tu, aku dah lama tak jumpa abah. Serius, aku memang sedih gila, aku tak berhenti menangis sebab aku takut kalau apa-apa jadi kat abah. 

Nasib baik, umur abah masih panjang. Sekarang abah semakin pulih, dah boleh jalan sendiri, cuma bercakap je boleh sikit-sikit. Aku bersyukur sangat, Allah masih beri kesempatan untuk aku merasai kasih sayang seorang ayah. Abah dah tak macam dulu, dulu abah tegas tapi sekarang hati abah cepat sangat tersentuh. Aku harap sangat satu hari nanti, aku boleh balas jasa abah besarkan aku sampai sekarang.

abah dah semakin sihat :)
Abg Ben ada tanya "Apakah cara terbaik mendidik anak kita di zaman yang penuh mencabar ini ?" Bagi aku ketegasan dalam kasih sayang tu la satu-satunya dapat lahirkan anak-anak yang baik.

pissssstttt : Masa abah sakit, kali pertama aku dapat suap abah makan :')
                  * doakan abah saya sihat seperti dulu ye*



24 comments:

Fuuyooh said...

Pak aji datang tawaf kat belog ni dan pak aji doakan supaya abah awak chat..

cik najihah said...

kite penah mengalami situasi yg same.. :(

wanie misa amane said...

sama dengan cik najihah. Alami situasi yang sama jua :(

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

go uncle..uncle mesti sihat utk anak2 uncle yg bijak2 ni ;)

doa sis...moga abah kamu cepat sembuh & sht slalu ;)

Elih Japahar said...

Aminn...semoga abah kamu cepat sembuh~~ :)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

sedih cik bunga dear :( isk... b'tuah kamo still got him compare with cik bunga nie. uwaaaaa !____!) taknak join segmen nie :(

☀ Izzaty Hedry☀ said...

sob2... seyes t'sntuh bca entry awak...;(




http://cekedismanis.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

Anonymous said...

nak jumpe ayh awak....:D

Anonymous said...

nak jumpe ayh awak....:D

Dekcik said...

moga abah awk sehat..


singgah lah blog dekcik..
bce ngah penuh hayati..

http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

RoseNatasha said...

insyallah semoga abah anis panjang umur & sihat selalu :)

rose penah alami situasi ni, but bkn dgn ayah, tp with my uncle yg dh mcm ayah rose sendiri.

http://cikrosenatasha.blogspot.com/2010/08/hye-you-smokers.html

mas saari said...

singgah baca entri tentang ayah!
begitulah pengorbanan seorang ayah..

sangat sedih...

fashah84 said...

salam..

kasih ayah sampai ke syurga..tiada duanya..

MyMye MyMya said...

Singgah sini baca entri :D

cik najihah said...

ey awak..aku pun balik minggu ni..aku balik esok..

Hazrina Erin said...

ayah adalah yg terbaik!^^

mari2 singgah^^
http://whenisaidsomething.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

cik najihah said...

aku balik seminggu lebih..
hahah berkampung aku kat umah..
bole je kot tapi meh la jemput aku weh aku x tau nk g gane ni

Anis Adila Aris said...

terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan abah!!!

hanya Allah boleh membalas jasa kamu semua :)

nurAMALLINA said...

saya doakan abah awak sihat selalu :)

bersamalah kita menyayangi abah kita..

Cik Cempaka said...

sedihhhh

ayah kite pun meninggal kene strook..tiba2 jer dah pergi...

NiSha said...

sama mcm Abah Nisha sangup kerja jauh2 nak cari sesuap nasi tuk anak2 dan isteri tercinta.. Nisha pun sedey kalau abah nisha jatuh sakit..

dr Segmen Abg Ben
singgah and follow Sini
http://heandsheloves.blogspot.com/

fRaMe+LenSeS said...

tade yang lebih tacing dari kisah Ayah dan Mama.

Nadh sayang ayah nadh jugak.. ;)
Salam singgah salam ziarah dari nadh..
kita jadi anak soleh solehah untuk Ayah ye. yang mendoakan kebahagiaan depa dunia dan akhirat..

Nadh datang melawat ni.. ;)
kisah anak Ayah Budak Nakal

Deni Bagus said...

saya pernah kerja dengan pak haji di indonesia, sudah lewat 13 tahun lalu, bagaimana kabar beliau sekarang

Anis Adila said...

Deni Bagus

Ayah saya sudah meninggal dunia pada 10/5/2014. Sudah dua tahun dia kembali ke rahmatullah.