10 April 2011

Contest Kisah Chentaku

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




Dulu dah pernah cerita macam mana aku dengan si mulup puaka aka Nurudin Nazrin couple kat dalam belog ni. Tapi sebab nak masuk contest ini, aku sanggup taip balik semula, ye la hadiah menarik woo..


Ceritanya bermula begini...... *entri ini akan panjang berjela*


Lepas je SPM, aku yang kebetulan tengah single selepas ditinggalkan oleh seekor monyet jantan yang ada betina lain. Serius waktu tu sangat la bosan, macam ape ntah, ye la selama hidup ada orang teman mesej, ni tiba-tiba tak ada.


Suatu hari, aku teman la bff aku, Afiqah jumpa orang yang duk meseg dia selama ni dan kebetulan budak ex-classmate aku masa form 1, Naim. Aku ingatkan Naim tu la budak yang jadi orang tengah aku dengan ex bf aku masa form 1 dulu tapi rupanya orang lain. Aku lupa sebab Naim dengan budak jadi orang tengah aku tu satu kelas dengan aku sekejap je, lepas tu diorang pindah.


Suatu hari lagi, aku dengan Afiqah ni keluar lagi, kitorang pergi cc, ye la zaman tu mana ada laptop. Tiba-tiba si Afiqah ni cakap kat aku ada budak nama Nurudin Nazrin nak nombor aku. Aku ni kan gatal sikit, aku cakap bagi aje la. Rupanya Nurudin Nazrin tu la yang jadi orang tengah aku dulu. Baru aku teringat pasal Nurudin Nazrin ni, budaknya dulu kecik-kecik aje, rendah dari aku, putih. Pergi sekolah pakai songkok. Dia la yang selalu, bila jumpa aku je
" Wei Anis, si tutttt kirim salam" dan dia jugak la yang aku suruh kirim salam balik kat ex bf aku tu.


Tiba-tiba si Afiqah ni cakap si Naim dengan Nurudin tu nak jumpa kitorang. Sekali lagi, aku kan gatal, aku pun setuju aje. Bila dah jumpa, aku terkejut gila-gila tengok si Nurudin Nazrin, dia bukan macam dulu, tinggi dari aku, dah gelap sikit, besar. Sangat lain nak banding dengan dulu.


Lepas jumpa tu, kami pun meseg la. Yang tak boleh bla, baru je 2,3 mesej si Nurudin Nazrin ni dah tanya " Kau suka aku tak?" Aku dengan pengalaman dulu-dulu, jawab la " suka tapi sebagai kawan. Kenapa kau tanya macam tu, kau suka aku ke?" Dia taknak jawab, dia kata dia bagitahu malam nanti. Bila malam tu, aku tanya la balik kan, dan dia cakap....
 " Aku dari form 1 lagi suka kau,sebab tu la aku jadi orang tengah kau dengan tuuuttt sebab aku nak rapat dengan kau. Aku selalu kalau jumpa budak SMKT (sekolah lama aku), aku tanya pasal kau dan kirim salam"
wooo gila terkejut, hari pertama selepas 5 tahun tak jumpa, terus meluahkan perasaan. Apakah? Biasalah budak tak pernah ada awek gelojoh sikit..haha.. Aku terharu gila kot sebab dia ingat lagi benda yang kitorang buat masa form 1, main titik kat buku petak-petak, aku selalu pergi kat meja dia tanya pasal bf lama aku tu. Serius aku tak ingat langsung pasal semua tu, kewujudan dia kat kelas aku dulu pun aku tak beberapa ingat.

Malam tu kitorang tak couple lagi, selepas beberapa minggu ke hari, 9.12.2008 kitorang pun declare sebagai pasangan kekasih sampai la sekarang.


gambar pertama kami berdua. Muka masing-masing baik je..

gambar terbaru :)



Aku dah jumpa soulmate aku, korang dah ke belum? jom join jugak. Hadiah menarik woo, tak caya tengok sini.



pisssttt : Banyak dah nama si Nurudin Nazrin di mention dalam belog ni, antaranya
1, 2, 3,4, 5 dan banyak lagi.



5 comments:

nur anis said...

nampak perbezaan dulu and yang latest..sweet..^_^

cLeO zaRa said...

nice love story!
same-same comey n makin matang. ^_^
mudah2-an sampai ke jinjang pelamin ye. amin~

Anis Adila Aris said...

nur anis

dulu baik aje, sekarang dah gile..

Anis Adila Aris said...

cLeO zaRa

tq dear, doakan perhubungan kami..hehe

ecadwinkyasha said...

sweet couple...mendoakan yang terbaik buat anda berdua :))