11 April 2011

Sebalik Nama Anis Adila

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Korang tau tak apa maksud nama korang? Meh aku nak cerita sikit pasal nama aku.

Nama aku, Anis Adila ni diberi oleh parents aku, ye lah tak kan bf aku lak kan bagi. Anis diambil sebab dekat dengan nama ayah aku, Aris. Adila pulak sebab dekat dengan nama panggilan mak aku, Shila (nama penuh Rosilawati), so jadi la Anis Adila.

Sebenarnya aku dah ramai jumpa nama orang sama dengan aku, kalau korang taip nama Anis Adila kat fb tu bersepah keluar.

ni baru Anis Adila, belum lagi Anis Adilah..
berapa banyak kembar nama aku ada..
Sebenarnya nama Anis adalah nama anak lelaki, kalau tengok dalam buku nama-nama Islam, nama Anis terletak dekat nama anak lelaki. Anis ni bermaksud teman yang rapat dan setia. Siapa yang baik dengan aku, tahu la macam mana ke"rapat"an tu. hehe. 
InsyaAllah, setakat ni tak ada lagi la kawan-kawan yang jadi musuh, semuanya yang aku kenal masih baik. Adila pula bermaksud adil. Adil ke tidak aku ni, aku tak tahu. Yang tu kena orang la menilai aku macam mana.

Aku sangat suka nama aku sebab aku rasa nama aku sedap dan maksud nama pun jelas. Aku pernah dengar, masa Hari Perhitungan kelak, kita akan dipanggil mengikut nama. Kalau nama tu elok maksudnya, cepat la kita dipanggil. Lagi satu, kalau orang panggil aku pun, tak ada nak buat singkatan. Panggil je Anis, tak ada la nak jadi Nis ke, Aa ke. Maknanya sekali diorang panggil elok-elok nama aku, mereka doakan juga aku.


Anis Adila :)
Jadi nanti bila nak bagi nama anak, jangan la yang payah-payah nak sebut, biarlah singkat tapi menarik. Lagi satu elok maksudnya. Ustaz aku pernah cakap,nama anak-anak ni tak boleh diberi sebelum anak tu lahir sebab takut nanti syaitan akan pegang nama tu. 

pisstttt : nama korang camne pulak? meh la kongsi :)




9 comments:

nurAMALLINA said...

baru saya tau nama tak boleh bagi sbelum lahir, nice info anis adila.

HAJAR hasan said...

ouh~ nmpknya. anis adila kat dunia ni ramai. kan kan kan! btw, x thu pun psl x boleh bg nme anak sblm lahir. thanks for sharing. ;)

cik najihah said...

hai name saye panjang..tapi sy suke gebob jadi sy cik gebob ngee

Anis Adila Aris said...

nurAMALLINA

tahun lepas ustaz saya cerita, tu la..nanti waktu mengandung jgn sibuk nak cari nama anak..hehe

Anis Adila Aris said...

HAJAR hasan

ramai bebeno Anis Adila, dah common pun..hehe

biasalah nama glamour.. :D

Anis Adila Aris said...

cik najihah

ye la, ko tu tak habis2 dengan cik gebob..

cik najihah said...

hahah trade mark gitu hihi

Anis Nasri said...

eh eh name kite pun anis jgk :D
sy sukeeee sgttt dgn name sy...
thanx to our parents sbb berikan name ni kan kan kan :D

Anis Adila Aris said...

Anis Nasri

hehe, jumpa lagi orang yg bernama Anis :)

betul la tu, tq bebanyak kat parents kite bg nama yg sedap :)