15 April 2011

Taknak Pergi Kelas Dah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ni adalah kelas terakhir untuk sem Januari-Mei 2011, jadi lepas ni tak ada dah aku kena bangun awal-awal pergi kelas. Masa untuk qada tidur, tengok movie, update belog sampai korang bosan baca entry aku.*Amboi, aku cakap macam dah habis exam je, woi Anis Adila Aris, kau baru habis kelas, bukannya habis exam.*


Dan hari ni jugak laju-laju balik rumahku yang tercinta, ye aku dirumah sekarang ni. *angkat-angkat kening* Mulanya ikut taknak balik study week ni tapi kawan-kawan semua balik, so aku taknak la mati kutu duduk kat kolej Mawar tu sorang-sorang.
Mak aku pun cakap tak payah balik sebelum ni, meh baca dialog aku dengan mak aku..


Anis : Mama, nak balik la hari jumaat ni, lama kot cuti. Nak buat apa kat kolej ni.
Mama : Tak payah la, awak balik dah habis RM 50 pergi balik. 
Anis : Ala ma, kalau Anis duduk sini pun sama gak, beli makanan 2,3 hari, habis gak RM 50.
Mama : suka hati awak la Anis..eee...
dulu-dulu selalu lukis rumah macam ni, hebat uh, 2 tiang dah cukup

1 comment:

faisal said...

yeah..leh relax..tapi tunggu time nak final je..good luck.semoga berjaya..

http://faisalapardi.com/