09 April 2011

Waktu Mustajab Berdoa

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Memandangkan tak lama lagi musim peperiksaan akan datang, jadi kebanyakan student akan menjadi stress sebab nak study bagai nak rak, nak ingat benda-benda yang penting, etc. 
Jadi waktu-waktu macam ni la pentingnya kita dekatkan diri kepada Allah. Banyakkan buat solat hajat, baca Al-Quran, berhentikan lah dengar lagu-lagu hard rock metal, pop rock dan lain-lain tu. Jadi aku nak share waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa.



1.Ketika hujan
Jadi jangan nak merungut hari hujan sebab tak dapat keluar dating, cepat la tadah tangan dan berdoa.
2.Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
Yang selalu kita buat selepas solat, itupan dah terkejar-kejar nak tengok laptop. ( macam cakap pada diri sendiri aje)
3. Waktu antara azan dan iqamat
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat"
4.Ketika iktidal yang akhir ketika solat
Niat dalam hati apa yang kita nak, jangan lafaz mulut lak, tak pasal-pasal solat semula.
5.Ketika sujud dalam solat
Jangan nak lekas sangat habis solat tu, sujud lama biar lama sikit. 
6.Ketika khatam Al-Quran
7. Sepanjang malam, terutama di sepertiga malam yang akhir pada waktu sahur.
Waktu-waktu nak exam ni, bangun la solat hajat dalam pukul 3 pagi, mintak doa banyak-banyak kat Allah, Allah kan Maha Mendengar :)
8. Sepanjang hari Jumaat
Terdapat saat ijabah ( saat diperkenankan doa) iaitu dari terbit fajar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
9. Antara waktu Zohor dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.
kalau dah doa banyak-banyak, tak ada la muka strees camni jawab exam 

5 comments:

nurAMALLINA said...

memang patut saya kena berdoa sekarang.

cik najihah said...

thanks for sharing dear :)

Anis Adila Aris said...

nurAMALLINA

doa cepat-cepat..hehe

Anis Adila Aris said...

cik najihah

welcome dear :D

Cik Embun said...

semoga doa kita semua dimakbulkan.. amin..