28 June 2011

Biar Tak Ada Follower Janji Ada Yang Baca

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Ceh baru je bercita-cita nak dapatkan 1000 follower tahun ni, buat pulak entry macam ni. Memang talam dua muka betul Anis Adila Aris ni.Orang nak follow, tengok entry ni terus tutup.


Bukan nak cakap yang follower itu tak penting tapi nak cakap yang pembaca tu lagi penting.
Siapa taknak follower beriban, kalau tengok kuantiti follower tu, tersenyum aje sampai ke telinga. Dalam hati " popular dah aku kan, lepas ni boleh jadi macam Fatin Liyana".


Sebenarnya belog yang kita follow ni tak semestinya kita baca. Kalau tak caya,cuba korang tengok senarai belog yang kau follow, berapa kerat sangat yang korang baca? Yang lain ditinggal kesepian. Sebagai contoh macam aku la, blog yang aku selalu singgah mesti aku hafal link dia. Senang bila nak pergi, taip aje. Kalau nak cari dalam list kat dashboard, sampai juling-juling la mata aku.


Belog ni bukan macam facebook, kalau dah add baru boleh tengok gambar semua. Belog boleh dibaca oleh semua dan tak semestinya yang membaca tu seorang blogger.
Penat menaip tapi kalau tak ada yang baca, buat apa kan! letihkan jari menaip, kepala otak memikir aje. Jadi kepada yang ada sedikit follower, tak perlu nak keluh kesah sebab ada yang membaca belog kita tu.


baca aje, tak perlu follow...
(acece  dalam hati sebaliknya)

Segmen Dan Jom Dapatkan 1000 Follower Bulan Ini

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Selamat pagi sayang semua *sesiapa yang membaca di pagi hari*


Hari ni tiba-tiba rajin nak masuk segmen, tajuk segmen ni memang menarik minat hati nurani di pagi hari yang ceria ni. Awat aku tertarik sangat dengan segmen ni?


Memang dah terdetik di sudut hati kecil aku " bagusnya la kalau tahun ni dapat 1000 follower". Ikutkan nak mintak kat semua orang suruh follw belog ni sempena hadiah birthday hari tu tapi follow tidak boleh dipaksa, jadi biarlah niat tu terpendam macam tu aje. * berpuitis aku pagi-pagi buta ni*


Lagipun pakcik Nurudin cakap nak buat belog kalau follower aku dah sampai 1000. So, nak tengok la pakcik ni kotakan janji ke tidak. Aku tak dapat bayangkan lah kalau pakcik Nurudin buat belog. Adakah dia akan menjadi popular mengalahkan abang ben? hehe


Bercita-cita seperti aku, moh la ramai-ramai join segmen ini dengan klik sini. :D


1000 pembaca pun dah cukup :D





27 June 2011

Best Sangat Ke Couple Dengan Lelaki Jambu ?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hye sayang-sayang semua, hari ni nak cerita-cerita ringan je dengan korang semua. Kita cakap pasal "lelaki jambu". Mengikut kamus dewan ciptaan Anis Adila Aris, lelaki jambu bermaksud "seorang lelaki yang memiliki paras wajah yang cute mute yang membuatkan  perempuan cair seperti dileburkan dalam kepanasan 150 darjah celcius"


sebagai contoh
*sila cair sekarang*
Sesiapa yang tidak pernah mempunyai boyfriend yang jambu, pasti jarang mengalami perkara-perkara sebegini...

Situasi 1 : Der, aku nampak boyfriend kau jalan dengan awek cun giler, nak banding dengan kau bagai langit dan matahari. Aku rasa baik kau tinggalkan boyfriend kau sebab dia tak sesuai dengan kau! Dia prince, kau beast.

Situasi 2 : Alahai cutenya bf kau, bila kau nak clash dengan dia? Nanti dah clash, bagitau aku awal-awal ye, boleh laju-laju aku ngorat ex bf kau. * awal-awal doa orang tu putus*

Situasi 3 : Kring...kring.. ( bunyi telefon) Angkat laju-laju dan ada seorang perempuan cakap " Baik kau jangan kacau dia, dia bf aku sekarang. Dia dah tak suka kat kau!"

Situasi 4 : "Awat saya jalan dengan abang ni, semua perempuan asyik pandang kita aje."

Situasi 5 : Boyfriend aku kalau aku call, mesti busy memanjang. Kadang-kadang aku dengar  suara perempuan, bila tanya dia cakap makcik.Entah ye ke tidak.

Lepas tengok 5 situasi ni, korang rasa best ke dapat bf lelaki jambu? Aku tak kata semua lelaki jambu macam tu tapi kebanyakan macam tu la. Untunglah kalau dapat bf muka jambu yang baik hati

:P

26 June 2011

Punca Budak Bermasalah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Semenjak jadi cikgu ni, banyak jenis budak yang aku jumpa. Ada yang langsung taknak dengar cakap. Bila cakap " korang ni kalau taknak belajar, duduk rumah je la" diorang akan jawab " duduk rumah bosan cikgu". Tengok budak-budak ni, kesian pulak. Sekarang memang tak fikir untuk masa depan tapi nanti dah tua, barulah nak menyesal. Tapi dari mana puncanya diorang jadi macam ni? Bagi pendapat aku, ada 3 sebab.


Diri Sendiri
Memang la diorang still budak-budak lagi tapi Allah dah anugerahkan akal untuk berfikir. Dulu masa aku umur 13 tahun pun dah fikir pasal masa depan. Sebab tu ada kata-kata "tiada siapa yang boleh ubah diri kita selain diri sendiri". Kalau sayang diri, mesti kita buat yang terbaik untuk diri sendiri.

Ibu Bapa
Kebanyakan aku tengok budak bermasalah ni datang dari rumah sendiri. Kurang kasih sayang orang cakap. Mak bapak bekerja siang malam sibuk cari duit tapi anak-anak terbiar tak cukup kasih sayang. Cerita dalam tv pun dah banyak bagi contoh. Korang yang baca ni, nanti dah ada anak, jangan abaikan. Lagi satu, didikan dari rumah pun penting, lagi-lagi didikan agama, nasihat berguna dan banyak lagi. Jangan harapkan cikgu sekolah je nak didik anak-anak. Lagi satu ibu bapa kena jadi contoh yang terbaik. Ada je budak sekolah bila tanya "kenapa tak solat?" diorang  jawab " dah mak ayah saya pun tak solat". Tak boleh nak buat apa-apa la kan.

Kawan-Kawan
Aku pernah dengar satu ungkapan ni " kalau kawan dengan pedagang minyak wangi, kita akan berbau wangibegitu besarnya pengaruhnya kawan-kawan. Sebab tu kena pandai pilih kawan. Kita yang baik ni pun kalau dah berkawan dengan orang tentu hala, terpesong jugak akhirnya. Budak-budak sekarang ni, kawan-kawan tu lagi penting dari keluarga sendiri. Bayangkan la.....



teringat masa sekolah dulu buat karangan punca remaja bermasalah :D


Aku Dah Agak !

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Masa mula-mula cuti dulu, aku ada buat entry ini. Aku dah agak benda ni akan terjadi. Tadi masa timbang berat, memang dah naik pun. Setakat naik setengah kg, aku tak heran tapi kalau dah ber " kg..kg" ni memang aku heran.



Dulu aku ada buat tips kurangkan berat badan, sekarang aku nak bagi tips tambah berat badan pulak. Bukan payah pun, korang makan sarapan, pagi dan petang dalam jumlah yang sama. Lepas tu ada masa yang senggang tu kunyah la pape yang patut. Senang kan?
Selamat mencuba..hehe

25 June 2011

Aku Bukannya Reti Bergaya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku ni suka sangat tengok perempuan-perempuan yang cantik ni. Untunglah badan jadi cantik. Tapi kadang-kadang rupa tak cantik mana tapi bila kena gayanya, cantik jadinya. Serius nak sangat pakai baju yang meletop-letop macam orang lain tapi aku ni bukan berani. 


Kalau korang tengok, gambar aku dalam belog ni banyak gambar sama je sebab aku ni kalau keluar pun pakai biasa-biasa aje.Jeans, t shirt dan sarung je tudung dah cukup. Jangan terkejut la kalau nampak aku kat dunia realiti tak macam gambar dalam belog ni


kalau pakai lawa-lawa x boleh duduk suka hati macam ni
macam makcik-makcik je aku pakai
cardigan + tshirt + jeans

kalau dating pun sama aje

kalau kat kolej, aku pakai macam ni aje

pergi jalan Kuantan pun pakai macam makcik
Perasan tak, gambar dalam belog aku ni pun banyak nampak muka aje. Sebab aku pakai aje tudung, tepek bedak sikit lepas tu tangkap gambar. Padahal pakai baju tidur aje. Ok dah pecah rahsia. Bye

gambar contoh 

Asyik Mimpi Kawin Aje

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sejak kebelakangan ni selalu mimpi pakcik ni. Semua mimpi menunjukkan kami dah kahwin. Banyak kali dah aku mimpi aku nikah dengan pakcik ni.Kalau petanda tak lama lagi kahwin memang tak la. Masing-masing tak ada duit lagi.  Doakan lah yang terbaik buat kami ye. 


klik untuk motion merepek


rindu sebenarnya tu yang termimpi-mimpi



24 June 2011

Muka Liyana Jasmay = Muka Anis Adila

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Jangan nak muntah awal sangat la kan lepas baca tajuk entry. Baca sampai habis, baru muntah ye. Kemam dulu dalam mulut muntah tu. Aku terpanggil nak buat entry ni bila ramai sangat cakap. ( ceh, baru 3, 4 orang cakap dah kata ramai). Bahan bukti ada di bawah.









terpaksa buat caption nama , takut korang tertukar..haha
Berdasarkan gambar di atas, korang rasa sama ke? Aku tak kata muka aku sama dengan dia, orang lain yang cakap. Aku nak dapatkan kepastian dari korang je. So, any coment?

entry dah habis, sekarang dah boleh muntah


Perkara Yang Lepas Jangan Dikenang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Semua orang mesti ada kenangan masa dulu-dulu. Yang manis tu memang seronok la nak dikenang tapi kalau yang pahit? Nak buang tak boleh, kenangan ni bukan macam kertas. Kalau tak guna, ronyokkan dan campak ke tong sampah. Kenangan yang pahit tu, selagi tak hilang ingatan selagi tu la ada.


Macam aku, kalau nak fikir kenangan pahit tu, banyak bebeno. Kalau duduk diam, otak dah tak tahu nak fikir pasal apa, mesti terbayang je kenangan dulu-dulu tu dalam kepala. Kalau yang sweet tu, boleh la senyum sorang-sorang. Kalau yang pahit, menangis la aku sorang-sorang. * dah macam orang gila jadinya*


Tapi kita anggap aje la perkara yang lepas tu sebagai ikitibar. Bak kata orang dulu-dulu  "yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan iktibar". Sematkan benda yang positif je, kita anggap aje la mesti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kalau kenangan dulu-dulu ada tercalit dosa silam, kita mohonlah keampunan dariNYA, Allah maha pengampun.


Jadikan kesilapan dulu pengajaran untuk hari mendatang

* awat aku rasa macam orang tua taip entry ni*



23 June 2011

Bertahun Lamanya Tak Potong Kek Hari Jadi

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Lama sangat dah tak potong kek hari jadi diri sendiri, potong kek pandan tu selalu la. Kebetulan birthday aku sama dengan seorang cikgu yang duduk sebelah aku kat bilik guru, Kak Zi.


Pagi tadi pergi sekolah macam biasa, masuk je bilik guru. Aku nampak kek atas meja sebaris meja aku. Cikgu-cikgu ni tau hari jadi aku sama dengan Kak Zi. Aku fikir mesti kek untuk Kak Zi tu. Lepas je perhimpunan, ramai cikgu wish "happy birthday". Mujur aku cikgu, kalau aku budak sekolah, dah kena baling tepung ni.


Aku pun senyum malu-malu. Bila nak potong kek, aku tak ada lah nak sibuk kan. Duduk diam-diam je kat meja. Kak Zi ajak potong kek, tak sangka ada jugak nama Anis atas kek. Serius, kek yang sangat sedap, kalah secret recipe wa cakap sama lu.


super duper delicious
nampak tak nama saya? hehe

kongsi pun kongsi lah

sesi potong kek ..hehe
Mintak maaf kualiti gambar takde lah ok mana. Lupa nak bawak DSLR letak mana *ceh, padahal tak ada*. Aku pun tak meletup mana, pakai baju pinjam aje.

Btw tak ketinggalan nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang wish  "happy birthday" di alam nyata, alam belog mahupun alam facebook. Terharu ada yang buat entry untuk aku. Tq makcik Najihah.





Selamat Tinggal Zaman Belasan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Tepat 12.00 am, 23 Jun 2011, umur aku genap 20 tahun. Selamat tinggal umur belasan, selamat tinggal kehidupan hingusan. Aku sudah besar. (besar la sangat, bangun pagi pun mak kena jerit-jerit  suruh bangun)


20 tahun menghirup udara kurniaan Allah, 20 tahun sudah menumpang di atas dunia ini, 20 tahun meminjam anugerahNYA. Alhamdullilah, masih mampu berdiri, masih mampu bernafas, masih mampu melihat dan mendengar. Masih belum sampai ke penghujung nyawa. Terima kasih Ya Allah, ciptakan aku sebagai seorang khalifah di muka bumiMu ini.


Harap diri ini mampu melakukan amanah yang diberi, memperbaiki diri jadi lebih baik, jadi insan yang lebih dekat denganNYA, lebih diberkati, manusia yang masih bersyukur, masih mampu mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. Harap tahun ini lebih baik dari tahun dulu.
Hanya keberkatan daripadaNYA hadiah yang paling bermakna. Amin.


i'm 20 ;D

20 June 2011

Budak-Budak Sekolah Zaman Sekarang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sejak menjak jadi cikgu ni, barulah aku faham perasaan seorang "cikgu". Ingat senang ke nak ajar budak-budak ni seperti bebel-bebel kat depan lepas tu bunyi loceng, keluar kelas.
Seorang cikgu ni memegang amanah yang besar untuk mendidik budak-budak sekolah ni.


Baru aku tahu kenapa cikgu marah sangat kalau budak-budak bising dalam kelas, cakap masa tengah mengajar, tak bawak buku yang disuruh. Aku faham perasaan tu. Buat aku yang berhati lembut ni rasa nak menangis aje budak-budak buat macam tu. *ceh, bukan rasa nak ketuk  sorang-sorang ke?*


Dulu kan waktu aku sekolah, gila takut nak dengan cikgu. Nak cakap " cikgu, saya nak pergi tandas boleh tak?", tu pun aku praktis banyak kali sebelum jumpa cikgu. Nak cakap dengan cikgu pun pandang bawah aje, tak berani nak bertentang mata. Apa lagi nak tanya soalan-soalan mengarut yang tak masuk exam.


Tapi budak-budak sekarang ni, mengalahkan wartawan Melodi tanya soalan. Tak cukup mulut nak menjawab. Soalan paling popular setiap kali aku masuk kelas " cikgu, ada facebook tak?". Advance betul budak-budak ni. Aku bagi kerja sekolah ikut facebook baru tahu. lagi satu, budak-budak ni tak takut pun dengan cikgu. Bukan aku yang masih muda ni je yang kena, cikgu-cikgu yang dah lama pun sama aje. Adoi.


Betul la cakap cikgu-cikgu lama ni, "budak-budak ni tak boleh nak layan sangat, nanti naik kepala". Ok, mintak maaf ye kalau cikgu jadi garang lepas ni..hehe * devil laugh*


senyap tau, cikgu nak ajar..hehe


Result Tak Tinggi Janji Cantik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Mari kita start bercerita mengenai result exam yang aku dah tahu hari jumaat lepas. Nampak sangat dah berkulat baru nak cerita kan tapi peduli apa aku, janji ber"update" belog aku ni.


cuba teka berapa pointer saya..hehe
Sebenarnya cuak jugak nak dapat result kali ni sebab result pertama masa degree ni, ramai lecturer cakap senior ramai tak lepas kalau budak fast track ni. Tapi Alhamdullilah semuanya ok, even tak dapat dekan tapi ok la untuk permulaan.

Berbaloi la result tu dengan apa yang aku usahakan. Dah suam-suam kuku je study, memadai la dengan result pun suam-suam aje. * kena tak simpulan bahasa tu*  Sem depan cuba lagi. Nak tahu perjalanan masa exam tu, klik sini.


18 June 2011

Entry Tak Berguna

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Seperti tajuk entry, serius entry ini tidak berguna. Kalau tak nak baca pun tak apa, cepat laju-laju tutup. Terima kasih yang masih membaca. woo, lama benor tinggalkan belog nie sendirian. Puas hati korang, tak melambak keluar kat dashboard korang entry dari Anis Adila Aris.


Babe, start je aku jadi cikgu hari tu, masa tak adalah bz mana. Aku pun bukan banyak kelas nak kena ajar, minggu lepas banyak relief je sebab tak dapat jadual lagi tapi tak tahulah kenapa malas sangat nak update belog. 


Start khamis, memang busy gila, banyak benda berlaku. Aku pun banyak benda nak story, ok la kan, lama tak update, ada la bahan sikit nak mengarut dalam belog ni. Cerita pasal kat sekolah, atuk sakit, drive jauh dan bagai-bagai. (bagai-bagai tu salah cara penggunaan, dalam exam jangan guna)


btw, nak sangat ucapkan terima kasih banyak-banyak yang masih sudi baca belog busuk ni even tidak berupdate dan sudi komen. ok la, penat. BYE :D


kami dapat pointer yang sama :D

14 June 2011

Lepas Ni Panggil Aku Cikgu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Dulu masa kecik-kecik selalu duduk kat bilik sorang-sorang, lepas tu cakap sorang-sorang. Kadang-kadang kononnya tengah kena temu buat oleh wartawan la, tengah jumpa doktor la, jadi cikgu la. Kalau orang dengar mesti fikir aku cakap dengan hantu padahal kuat berangan. Biasalah orang dapat adik lambat, main sorang-sorang je la.


Tapi tu masa kecik, dah lama aku tak buat perangai macam tu. Tapi start tadi, lepas aje aku dapat satu call aku jadi balik macam masa kecik dulu. Aku cakap sorang-sorang macam tengah mengajar orang. Berhantu sungguh panggilan telefon tu ye.


Ok la, aku malas nak mengarut banyak, nanti korang bosan nak baca. Aku berterus terang aje la ye, aku bakal menjadi cikgu ganti kat SMKTJ bermula esok. Aku ajar science  dan matematik.Fullstop!


dulu budak sekolah...

sekarang cikgu sekolah pulak
Macam-macam tengah fikir ni, nak jadi cikgu garang ke lembut? Nak ajar dalam bi ke bm?  Boleh ke nak pakai shawl nanti? Adoi... tolong cek cepat..

12 June 2011

Aku Tidak Seperti Dulu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari makin hari mood nak ber"blog" makin berkurang, aku tak ada idea nak diluahkan, tak ada apa nak dikatakan. Semakin hari semakin hilang keghairahan nak menaip di dalam belog ini. Aku rasakan "kosong", kegembiraan ber"blog" makin lama makin lenyap. Tolong aku, kembalikan kegembiraan itu. 



11 June 2011

Aku Komen Tapi Korang Tak Tahu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Bila aku blogwalking, kebanyakan blog baru tak buat comment approval. Bila aku comment, terus keluar comment tu. Kalau aku comment entry dulu-dulu, macam mana korang nak tahu ye.Tak akan la setiap hari korang cek kat semua entry korang, tengok ada comment baru tak. Penat kan? Kalau korang buat comment approval, korang boleh tau siapa comment entry korang. Lagi satu korang boleh pilih nak approve atau  tak comment orang-orang tu. Siapa yang comment macam puaka tu boleh la kita delete kan..hehe


kalau belog buat comment approval, akan keluar macam ni, jadi aku pasti korang akan baca comment aku


Korang ikut apa yang aku suruh ni ye, tapi kalau tak nak buat pun tak apa. Tak dosa pun kalau tau ikut.


cari setting dan tekan

akan keluar macam ni dan tekan comment

pastu cari "comment moderation" dan buat always.
ok dah siap, 3 langkah je. Bukan banyak pun. Kalau nak tips lain boleh tengok entry ini.

selamat mencuba :D

(awat gambar aku yang lebih besar ni)

10 June 2011

Apa Itu Nuffnang?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




Ramai blogger baru tak tahu apa itu nuffnang, sama la dengan aku masa mula-mula buat belog dulu. Tapi bila dah lama-lama faham la sikit. Meh la aku nak kongsi dengan  korang apa itu nuffnang.


Nuffnang ni kiranya macam side income untuk blogger, dia akan paparkan iklan di belog kita. Yang aku tahu, ada dua cara untuk dapat duit, satu buffered earning (BE) dan kempen.



Aku cerita pasal kempen dulu, kita dapat duit dari kempen bila ada yang klik iklan yang dipaparkan kat belog kita. Kalau BE lak, ada satu iklan akan dipaparkan dalam belog kita dalam tempoh masa yang ditetapkan, maybe dalam seminggu, dua minggu. Kita akan dapat duit mengikut bilangan orang singgah belog kita ramai.Waktu tu la korang kena pulun naikkan traffik belog korang, baru la masyuk.

Bila korang bukak nuffnang tu kan ada analytics. Aku kalau bukak nuffnang mesti bukak benda tu la. Jadi dia akan paparkan graph macam ni..

Ini menunjukkan bilangan orang yang datang belog korang.

Analitik juga akan tunjukkan blogger yang singgah belog kita, dari mana blogger ni datang. Kat analitik ni jugak la aku dapat tengok ramai blogger popular singgah belog busuk ni.. 

Kalau korang tak faham pape, jangan malu-malu nak tanya :D














09 June 2011

Untunglah Aku Perempuan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


hai kawan-kawan semua, rindu aku tak? mesti rindu kan. Kalau korang kata tak mesti korang tipu kan, tak baik tau tipu, tuhan marah. Mesti korang refresh belog aku banyak kali sebab tunggu aku update entry baru kan...kan..kan. *perenggan pertama dah buat korang tekan pangkah laju-laju kan*


Abaikan ayat-ayat di atas, aku nak start cerita dah ni. Tadi tengah baca yaasin, tiba-tiba tergerak hati nak update belog pasal benda ni. *nampak bebeno tak kusyuk*
Aku tiba-tiba rasa "betapa untungnya aku seorang perempuan", sebab tu ramai je lelaki nak jadi perempuan.


Korang tau tak jadi "lelaki" tu betapa besarnya amanat yang perlu dipikul. Sebab tu kalau dalam keluarga, bapa digelar ketua keluarga. Dia la yang akan membentuk keluarga dia jadi macam mana, sebab tu la korang yang girls ni kena cari lelaki elok-elok buat jadi suami.


Berbalik kepada cerita, korang tau kan yang "syurga dibawah tapak kaki ibu" tapi kalau kita (perempuan)  kahwin "syurga di bawah tapak kaki suami". Tapi yang lelaki tetap "syurga di bawah kaki ibu" Jadi, pi mai pi mai, tang tu jugak. Betapa untungnya perempuan.


Pernah dengar tak, " lelaki masuk neraka kerana empat perempuan" ( kalau tak pernah dengar, klik je) So, besarkan tanggungjawab seorang lelaki. Pernah aku dengar cerita, ada seorang lelaki ni dah nak masuk syurga sangat dah tapi sebab perempuan, dia terpaksa tunggu. Tapi yang perempuan, rileks je. Kalau cukup amal ibadat, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang, laju je boleh masuk syurga. Betapa untungnya perempuan.

Betapa senang perempuan nak masuk syurga, "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki"                       (Hadis Riwayat Ahmad) untungnya jadi perempuan.

Orang je selalu menyusahhkan keadaan, asyik fikir yang negatif, cuba fikir yang positif. Kan banyak kelebihan seorang perempuan, nak tahu lagi, klik sini. Jadi kepada korang yang nak jadi lelaki tu, lupakan aje hajat korang tu.

kami perempuan, kami okay :D













07 June 2011

Tanda Makin Besor

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Wuh, penat bebeno teman pergi jalan-jalan ke  blog "Blogger HOT", dah lenguh kaki ni jalan. Tinggal separuh lagi, esok teman sambung ye. * nampak sangat menipu blogwalking sampai lenguh kaki*


Berbalik kepada tajuk entry, "tanda-tanda makin besor" bukan nak cerita pasal badan aku yang makin mem"besor" dari hari ke hari ni tapi nak cerita pemikiran bila dah makin besor ni . Besor ni bermaksud pemikiran yang makin matang bila usia dah meningkat. Sebagai contoh, bila jumpa dengan mak sedara yang dah lama tak jumpa, dia akan cakap " amboi, dah besor anak leha ni, tak lama lagi dapat menantu la ye" Ok dah faham?


budak kecik jadi budak besor
Aku perasan bila dah besar ni, banyak sangat berubah cara pemikiran, tingkah laku, percakapan, keinginan dan banyak lagi. Antaranya...
Cara berfikir dah berubah
Dulu-dulu fikir nak seronok je, tak fikir langsung untuk masa depan ni. Ikut je apa orang suruh buat, suruh pergi sekolah, aku pergi, suruh masuk sekolah ni, aku masuk. Ikut je cakap orang. Tapi sekarang ni dah pandai fikir mana baik buruk masa depan. Dah pandai nak buat pilihan untuk masa depan. 
Keinginan dah berubah
Dulu-dulu nak ada apa yang orang ada, nak mp3 la, telefon baru la, macam -macam la. Tapi bila dah besor ni, tak ada dah nak benda-benda remeh temeh macam tu. Sekarang fikir nak kereta, nak baju lawa-lawa, nak barang kemas, nak kahwin..ops..hehe
Tingkah laku dah berubah
Kalau dulu kepoh tak bertempat. Perangai tak usah cakap la, huu haaa sana sini. Sekarang ni cakap kalau penting je. Dengar orang cakap je, menyampuk kalau perlu.Nampak tak kematangan di situ..haha


Tapi aku tak ada la cakap yang aku ni dah besor sangat, kalau orang rapat dengan aku tau la, yang ada lagi kebudak-budakan tu. Lagipun aku ni muda lagi, umur tak sampai 20 lagi...hehe


masa umur 13 tahun, rindu la pulak :D



06 June 2011

Sayang Sekalian, Disini Ada Pengumuman

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Terima kasih yang tidak terhingga kepada korang yang sangat HOT sebab join Bloglist "Mencari Blogger HOT" yang aku buat semalam. Tak sangka ramai yang join, setakat ni dah ada 66 blogger HOT yang tersenarai. Serius korang memang HOT.


Buat masa ni aku tak sempat lagi nak terjah dan komen-komen kat belog korang sebab tak ada masa dan line broadband yang lembab ni. Balik kerja tadi pun laju-laju masukkan link belog korang dalam bloglist "Blogger HOT" kat side bar ni. Siapa yang tinggal link tapi tak tersenarai, sila letak link korang kat entry ini.

Dan satu lagi,  aku akan berhenti "Mencari Blogger HOT" tepat pukul 12 malam ni sebab terlalu ramai yang dah join. Aku takut nanti ramai sangat, aku lepas pandang belog korang. Tak apa, lain kali aku buat lagi ye.Kepada sesiapa yang salah faham, ini bukan contest tapi hanya bloglist. Aku tak mampu lagi nak buat contest..hehe

sayang korang :D

ada lagi lebih kurang 2 jam lagi, korang nak join :D



Mencari Blogger HOT

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


entry ini akan melekat sampai 12 malam ini, nak tengok entry baru, scroll ke bawah :)


Ini kali ke 2 aku mencari Blogger HOT nak di tepekkan di side bar belog Anis Adila Aris.
Senang aku nak blogwalking, senang nak komen kat belog korang. Kiranya ni satu cara aku nak cari ramai kawan dalam dunia belog macam aku cakap entry sebelum ni.

Syarat-syarat untuk jadi Blogger HOT :
Buat satu entry bertajuk Mencari Blogger HOT
Tepek gambar kat atas dalam entry korang 
Tinggalkan link di entry ini 
Itu sahaja, bukan payah pun. Bila dah jadi bloglist tu, jangan segan-segan lak nak beramah mesra dengan aku. Aku mencari blogger HOT ni sampai 8 Jun 6 JUN, 11.59 malam ini sahaja.

05 June 2011

Dayana AZ Giveaway, My Favourite Number!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Nombor kegemaran aku ialah 0 kerana aku rasa macam tak serabut je kalau nombor 0 nie. Kalau nombor telefon aku tak ada nombor 0 tak sah, dari mula-mula pakai telefon, dah macam-macam nombor aku pakai, semua ada 0. Ini tak bermakna markah aku masa exam banyak 0 ye..tak..tak..
Kepada kamu semua, moh le join giveaway ni, banyak kot hadiah menarik menanti korang antaranya.....

  • ButikPinkku yang akan sponsor , shawl semestinya ! Berapa ? Korang percaya tak 10 ! I repeat SEPULUH ! 
  • Syafeika Edora yang akan sponsor, 1 chibidle (SE made doodle) worth RM 10 untuk seorang blogger.
  • Lulu Caldina yang bermurah hati untuk memberi review blog untuk 2 orang (sticky post selama 24 jam) ! Buat blogger yang ada banner, boleh tampal dekat LULU PAGES selama sebulan.
  • Mas Ahmad Safwan yang insyaAllah akan sponsor beg duit, maybe purse, maybe wallet.
  • Sylista Fashion akan beri pilihan 2 daripada 3 hadiah (2 pairs of earring, Canon Ink for Printer, Buku 'Buat Duit dengan Foto' published by PTS) 
  • Izreenatasha akan memberi HADIAH EXCLUSIVE yang sekarang ni rahsia ;) . 

nak join klik banner :D

Kerana Nora Elena

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Tengah hangat cerita ni kat tv3 sekarang. Kalau dulu Nur Kasih, lepas tu Adamaya, sekarang ni Nora Elena lak. Eh perasan tak, semua cerita yang HOT ni mengisahkan percintaan lepas kahwin. Mesti yang tengok cerita ni berangan kan diri sendiri jadi macam tu kan.
Kalau tak banyak mesti sikit kan? Betul tak? Ye la siapa taknak husband baik plus super duper handsome macam tu. Memang perfect la nak buat laki cuma tak pandai sembahyang je.

Aku tengok ramai post kat fb, jatuh cinta dengan Seth Tan. Sebagai contoh..


Macam-macam page dibuat kat FB untuk cerita ni, antaranya Kami Suka Seth Tan Dengan Nora Elena. Ramai tengok cerita ni, budak lelaki pun layan. Pakwe aku sorang je tak layan.
Aku bagi meseg kat dia " b, nanti jadi macam seth tan ye". Dia call aku, "kenapa anis nak b jadi setan"? 

nasib la dapat bf tak layan cerita melayu..adoi


04 June 2011

Jenis Belog Yang Aku Suka Baca ( series 2)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




Heaven gila bila malam tadi bos kol dan cakap "kak, esok cuti agong kan, tak payah lah datang kerja, cuti ye". Memang best la aku brgolak-golek atas katil ni. Selalunya tidur tapi dah biasa bangun pagi ni, tak tido dah lepas solat. Terus online...ngeeeee.. Ok jom sambung cerita semalam.


Semalam aku ada bagi contoh blog Yuyu Zulaikha sebagai blog yang aku suka baca. Kan aku dah listkan kenapa aku suka baca belog dia. Banyak lagi belog ada ciri-ciri macam aku cakap semalam, satu lagi contoh Mrs VIP. Waktu dia anak dara dulu lagi gila-gila dia taip entry, sampai aku gelak sorang-sorang la baca belog dia. * sorry kak zetty, terngumpat*


Jom, aku senaraikan lagi jenis belog yang aku suka baca...
Letak banyak gambar dalam entry
Suka gila kowt baca belog yang ada letak gambar, tak payah tulis pun tak apa, gambar dah cukup menceritakan segalanya.  Lagipun otak kita ni memang sukakan gambar. Tak percaya? meh kita buat satu ujian... Sekarang aku nak korang fikirkan pasal apple. * cepat bayangkan*Dah bayang belum? Jadi apa yang bermain dalam otak korang? 
..............................
..............................
..............................
...............................
................................
................................
..................................................
.............................
...................
.......
...
.
perkataan apple ke?

atau gambar apple?
ke cik epal???
Betul tak apa yang aku cakap? otak kita ni memang sukakan gambar kan?

Yang rajin sangat tinggal jejak kat belog aku ni
Kalau korang rajin komen setiap entry aku, serius aku akan cam korang dan akan selalu pergi belog korang. Dah ramai yang aku buat kawan dari belog ni, sebagai contoh SyarifahZakiah, Cintabunga ( tapi cik cinta ni dah meraju dengan dunia blog), dan banyak la lagi. Dunia blog ni macam dunia realiti jugak, orang tak kenal, tak akan nak tegur. Betul tak?

Yang buat tajuk entry best
Aku selalu baca blog yang ada dalam dashboard aku, maknanya belog yang aku follow la. Kalau tajuk entry tu menarik perhatian tu, laju-laju aku tekan nak baca. Sama jugak kat group My Team Blogger ke, Geng Blogger ke, semua group kat facebook tu, kalau ada yang best , aku baca. Macam bosan je aku tak baca.

Setakat ni la jenis belog yang aku suka baca. Yang lain tu aku baca jugak tapi tak adalah "SUKA"..hehe