31 July 2011

Kali Pertama Aku Puasa

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Memandangkan bulan puasa akan tiba ni, teringat pulak masa mula-mula puasa dulu, masa tu ketinggian tak sampai 4 kaki, ikat rambut tocang, pakai seluar pendek, bawak basikal tanpa pegang handle. Memang hebat! Masa tu aku tinggal kat Seremban, kawasan perumahan jadi ramai la kawannya dan kebanyakan kawan aku lagi kecik dari aku.

Hari pertama puasa, walaupun letih tak larat nak berjalan tetapi bila dah petang tu, automatik badan yang letih jadi cergas untuk keluar main dengan kawan-kawan. Bila dah ramai-ramai ni memang lupa la semua benda, yang aku tau aku dapat main dengan kawan-kawan. Bila dah penat bermain, rumah makcik jual aiskrim seposen tu yang kami terjah. Sedang elok, ada kawan yang baik hati nak belanja.



Tengak syok menikmati kesedapan ais krim seposen tu, tiba-tiba ada seorang kawan aku tegur " Eh, Anis kau kan dah besar, kau tak puasa ke?".Aku tengah syok kunyah aiskrim ni terhenti, dan aku cakap kat kawan aku " Eh, kau nak tak aiskrim aku ni?, aku nak balik dulu la" Serius waktu tu aku cuak gila, aku balik rumah, aku senyap aje takut mak aku marah kalau dia tahu. Lurus gila aku waktu kecik-kecik kan. Budak kecik memang comel kan..kiki

nak jadi budak kecik balik, boleh?

Apek Tiada Orang Ketiga

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Apek (Khairul Fahmi Che Mat) akhirnya memutuskan pertunangan bersama Elia. Tu la, orang kata, zaman bertunang ni banyak cabarannya. Bercinta bertahun-tahun tak ada berlaku, bertunang kejap dah putus. Tu la, mak aku cakap, nanti tak payah la nak susah-sudah bertunang, kahwin aje terus. Harap Apek dan Elia menemui kebahagiaan.

Sumber : Metro


Eh, Setan Pergi Jauh-Jauh!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Alhamdullilah, bulan mulia bulan Ramadhan datang lagi. Berpuasa sebulan sebelum melantak sepuas-puasnya di Bulan Syawal. Bulan ini ikutkan semua syaitan diikat, jadi kepada kamu semua jangan jadi syaitan pulak. Kawal diri dari buat jahat, kawal sikit nafsu diri. Bulan ni la nak tengok keteguhan iman kita, tak ada dah syaitannirajim nak hasut, semua terpulang pada diri kita aje.

Aku ada dengar ustaz cakap " Jangan sembah bulan Ramadhan" maksudnya jangan hanya baik di bulan Ramadhan, bulan lain macam setan. Jadi, mari la kita mula berubah menjadi "terbaik" di Bulan Ramadhan dan terus berkekalan. :)

Puasa jangan tak puasa, sahur jangan tak sahur..

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. berselawat ke atas orang-orang yang bersahur.
 (Hadis riwayat Imam Ahmad)


30 July 2011

Day 3 - Benda Yang Selalu Aku Buat Sebelum Tidur

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kembali semula dengan "30 Days Challenge". Aku ni entah bila nak habis cabaran ni, 3 hari sekali baru buat. Cabaran yang ke-3 ni macam payah je nak buat. Aku ni bukanlah seorang yang susah nak tidur, letak kepala terus lelap. Pakcik Nurudin la selalu yang kena, baru je aku ajak nak meseg, 3 minit lepas tu terus tak balas-balas dah meseg dia sebab dah dibuai mimpi indah.

Tetapi sebelum tidur, aku pastikan yang aku dah solat isyak. Selalunya aku dah nak tidur, baru la nak solat Isyak. Maknanya tidur dalam wuduk la kalau aku tak kentut sebelum tidur. Lepas tu, padam lampu semua, ambik kain letak kat kepala, baca doa yang patut, berangan sikit dan terus lena. Senangkan?


aku tak tidur seganas ni 

21 Tahun Sudah Berlalu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kalau bukan 21 tahun yang dulu, aku tiada disini menghirup kesegaran udara kurniaan Tuhan, aku tak menatap laptop ini, aku tak menaip sebegini, aku tak sebesar ini.

30 Julai 1990, hari penting untuk kami sekeluarga. 21 tahun kami bahagia dengan jodoh yang ditetapkanNYA. InsyaAllah hubungan ini akan kekal ke akhir hayat.
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE- 21
 BUAT ABAH DAN MAMA
30th July 1990
we are from Rosilawati + Aris

Boleh Follow 300 Blog Sahaja!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Aku terkejut bila baca comment dari seseorang kat entry ini, komen berbunyi..


Aku pun pelik, eh boleh follow 300 belog aje? Aku rasa dah berlambak aku follow belog orang dan aku cek ada dalam 481 belog dah aku follow. Maknanya dah lebih dari 300.


Aku pun dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, aku google dan terjumpa la ada belog yang dah kena warning follow belog lebih dari 300 dan aku jumpa coment yang berbunyi..

sumber : belog zati

Maksudnya jangan "follow" ikut...

klik untuk besar
Tapi "follow" dengan tekan sini


Faham? Jadi jangan risau untuk follow belog yang disukai oleh korang semua! :)


29 July 2011

Eh, Belog Dia Best La

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Aku bukan nak cerita "bagaimana nak jadi belog yang best" sebab belog aku tak ada la se"best" mana untuk kongsi dengan korang semua. Aku nak cerita apa yang aku buat kalau jumpa belog yang best.

Dari Mata Turun Ke Hati
First time tengok dah jatuh hati ibarat cinta pandang pertama. Tak perlu nak tunggu esok atau minggu depan untuk follow belog tersebut, terus laju-laju tekan "follow" " join this site". Harap lepas ni kalau belog best ni ada update, keluar la kat dashboard aku.

Tak Cukup Satu
Dah baca satu entry, baca lagi entry lain, baca lagi entry sebelum ni, baca lagi, baca lagi sampai tak sedar dah nak sampai entry yang mula-mula tuan belog start blogging. Aku kalau jumpa belog best macam ni la jadinya, sampai dah puas baru tean pangkah. Tak cukup satu entry dibaca, habis semua nak digodek.

 tekan older post setiap masa

Tersemat Di Hati
Tak perlu nak banyak kali singgah terus tersemat link belog best kat hati. Niat hati nak singgah hari-hari, tak perlu nak belek kat dashboard, taip aje terus dapat. Taknak ketinggalan entry baru yang best.kiki


*korang pernah buat macam ni tak masa jumpa belog aku?*



Handsome Jugak Pakwe Aku Ni

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Selama ni kalau aku yang tangkapkan gambar dia mesti nak taknak. Senyum mesti terpaksa. Tapi bila aku tengok gambar ni * curi kat facebook tuan badan* aku tak berhenti senyum. " Handsome gak bf aku" hati kecik berbisik. Lepas ni kalau panjang jodoh, tak ada la aku risau waktu tangkap gambar pengantin. Tak adalah rosak gambar kahwin aku.kikiki

Tambahan
Aku ada letak benda ni kat belog aku
kalau nak cari apa-apa, google aje. Kalau aku ada cerita pasal tu, keluarlah nanti :)

28 July 2011

Tak Ada Perasaan Dengan Bola

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Orang tengah sibuk demam Singapura vs Malaysia, aku buat biasa aje. Baru tahu petang tadi malam ni ada perlawanan tu. Untuk apa perlawanan ni pun aku tak tahu.

Mak dengan adik aku semua pakat duduk dekat tv lepas baca Yassin. Aku lak duduk lepak dalam bilik tunggu wan atuk aku balik surau sebab nak mandi, takut nak mandi kalau tak ada orang kat dapur.Ini semua pengaruh novel hantu la. ciss...

Lepas je mandi, dengar bising-bising kat luar. Aku tanya " kenapa, dah gol?" Adik aku cakap " 1-0". Owh, aku terus masuk bilik, solat dan keluar tengok bila permainan tinggal 5 minit. "1-1 ok la tu "komen aku. Padahal baru aku tahu Malaysia dah kalah sebelum ni maknanya  6-4.

Aku memang camni, cukup la tahu markah. Aku malas nak tengok orang ramai berebutkan bola yang satu..kiki

Hidup Tak Pernah Cukup

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Pernah baca tak entry sentap yang aku buat baru ni, sebenarnya aku menaip dalam keadaan yang sangat tak stabil. Rasa lain macam, rasa nak nangis semua. Aku bukan dalam mood yang baik sebab tu aku melalut benda yang tak baik.

Bila baca balik entry tu rasa macam nak cakap kat diri sendiri "awat kau ni tak nak bersyukur apa yang ada".  Aku fikir balik, bukannya tak ade yang follow, ada aje. Yang aku nak bising sangat kenapa. Cukup la apa yang ada.

Dulu masa follower tak sampai 100 pun tak bising macam sekarang. Biasalah orang tak pernah cukup apa yang ada. Kalau dulu 500 tu dah cukup banyak tapi bila dah banyak nak lebih lagi. Jahat betul syaitannirajim ni hasut manusia suruh tak puas hati apa yang ada kan. Macam orang kaya, even dah kaya raya pun rasa tak cukup lagi, abai keluarga cari lagi harta sampai bertimbun. Sebab tu Allah suruh bersederhana dalam apa pun.

Sekarang aku bersyukur dengan apa yang aku ada, aku boleh bangga dengan apa aku ada. Aku tak guna jalan pintas nak kejar follower beribu. Aku terima aje. Kalau orang suka, diorang follow. Aku suka ayat komen seseoarang..

bernas Nurul Huda :)


27 July 2011

Day 2 - Movie Yang Paling Best Aku Tonton

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Aku ni bukanlah rajin sangat tengok wayang, ye la aku kan budak kampung. Kat kampung mana ada wayang, wayang kulit pun takde. Selalunya movie ni aku tengok kalau ade org "download"kan takpun sekarang layan kat youtube.

Banyak je cerita yang best tapi aku pilih satu movie ni yang aku  menangis sepanjang cerita. Ni kes layan perasaan sangat la, konon-konon aku la kat tempat perempuan tu. Aku ada cerita kat entry ini.

cuba la tengok!
macam aku tak..hehe
Nak tengok cerita baru kat youtube, layan kat sini.


Wordless Wednesday *Love*

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




26 July 2011

10 Entry Popular

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Jom baca entry top 10 yang popular seantero dunia di belog aku.













Entry Sentap

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

*ini entry serius, jangan baca sambil senyum *


Start blogging October 2009, hari ni cukup 1 tahun 10 bulan aku mula terjebak dalam dunia blogger. Tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun. kalau budak boleh lari-lari sorok bawah meja makan.

Aku tengok belog orang lain tak sampai setahun dah beribu follower, orang yang buat belog sama dengan aku dah berbelas ribu follower. * Ben Ashaari start blogging September 2009, awal sebulan je dari aku*
Tapi aku masih merangkak-rangkak. Nak sampaikan seribu pun puas.

Ye aku tak boleh nak mengeluh sebab memang belog aku tak best, nak buat macam mana kan. Aku tak reti nak tarik pembaca, aku tak reti nak buat ayat yang best-best nak buat korang gelak bila baca, aku tak reti nak guna kata-kata puitis, aku tak ada gambar yang cantik nak letak dalam belog, aku tak ada idea yang super hebat nak buat entry yang hebat. Aku tak peramah mana nak komen kat belog orang, aku tak rajin mana nak join macam-macam orang buat sebab tu aku masih disini.

Bak kata Yuyu, "belog umpama kedai". Kalau aku bukak kedai, mesti tak ada siapa nak datang beli. Rasa nak padam je tips-tips yang aku bagi sebab macam memalukan aje. Buat tips bukan main tapi belog sendiri entah di takuk mana.

Kalau aku hilang, mesti tak ada siapa yang sedar kan. Kalau tak sayang, dah lama aku padam belog " Anis Adila Aris" ni tapi aku sayang sebab banyak cerita dalam belog ini, banyak kawan aku dapat dari belog ini. Aku tak marah belog, aku marah diri sendiri. 

aku sedar aku tak sehebat mana
macam gambar ni, pandai petik tapi irama entah kemana..



Persoalan Pasal Blogger!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Berapa ribu blogger di Malaysia ni?

25 July 2011

Day 1 - Lagu Yang Aku Dengar Hari Ini

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bermulalah cabaran membuat entry selama 30 hari yang berkaitan diri aku. Hari pertama " lagu yang aku dengar hari ini". Sememangnya aku ni bukannya jenis suka sangat nak dengar lagu, sebab tu aku tak berapa suka belog yang ada lagu ni. Lagu kat laptop ni pun jarang aku pasang kecuali aku bosan sangat.

Lagu ni aku dengar masa on the way nak balik dari sekolah tadi. Sebenarnya banyak je lagu aku dengar dari radio tadi tapi lagu ( Cinta Muka Buku) ni pulak terlekat kat hati. Lagipun aku pernah jumpa si Najwa Latif cuma malu-malu nak tegur. Jumpa kat surau shopping complex uh, bagus budak ni solat tak tinggal.

enjoy :)

Segmen : Mari Cari Kembar Blogger

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Cik Najihah kita ni buat segmen " Mari Cari Kembar Blogger", rasa berminat nak join sebab nak kenal budak-bdak HOT yang lahir bulan Jun. Budak lahir bulan Jun semua cantik-cantik weh. Fatin Liyana lahir bulan Jun weh, sebab tu dia cun macam aku..kiki 

Banyak cakap lak aku ni, aku lahir 23 Jun 1991, moh ramai-ramai cari kembar dengan klik banner.

*moh = jom* Mintak maaf, penggunaan bahasa Temerloh yang pekat.

"Follower Bertuah" diberhentikan seketika

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Oleh kerana broadband mengalami kemurungan melampau semasa hujung bulan, jadi nak tengok belog orang pun kena refresh beribu kali *over sangat sampai beribu kali* jadi aku kena stop dulu pasal entry "follower bertuah". Blogwalking pun diperlahankan buat seketika, jalan-jalan baca cerita je, lepas baca terus bla tanpa tinggal jejak.

Tapi aku ada projek baru nak buat ni, nampak seronok NuruAshia buat cabaran, aku pun nak jugak. Nuru pun ada jugak buat cabaran pasal " 10 days facts about your love challenge" tapi aku kena bincang baik-baik dengan pakcik Nurudin dulu kalau nak buat cabaran tu, kalau tak dia mengamuk tak tentu pasal. Nak cerita pasal dia dalam belog ni kena bagi royalti. Baik aku cerita pasal aku je. Ye dok?

nuru..pinjam :)

24 July 2011

Projek 1 Jam Dalam Bilik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Fikiran jangan nak kuning sangat, belog ini bukan belog lucah untuk melepaskan gersang. Belum cukup besar nak cerita hal-hal dewasa ni. Aku nak cerita apa yang aku lakukan sejam dalam bilik tadi. Mood aku untuk melakukan perkara ni selalunya datang waktu malam. Mungkin untuk membiasakan diri masa kerja nanti kot. Siang sibuk bekerja, malam sibuk ..........

Masa : 8.30 pm - 9.30 pm
*kiri-sebelum, kanan-selepas*





1 jam je untuk tukar cadar, kemas katil, kemas barang, sapu sampah. Amacam boleh buat bini tak?

Entry Jauh Ditinggalkan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku follow diri sendiri jadi entry baru yang aku buat akan keluar kat dashboard aku, jadi kalau entry yang aku buat dah jauh ketinggalan, aku puas scroll ke bawah baru jumpa entry aku, maknanya entry aku dah lama ketinggalan. Orang lain dah berupdate berkali-kali tapi aku masih di takuk lama. * rasa nak muntah baca ayat sendiri*


Sebenarnya tak ada motif pun entry ni cuma tak nak tengok belog sendiri ada entry baru kat dashboard. Buang masa aje korang baca, mintak maaf ye. kiki


Budak ni dah nak balik Penang, tinggal la cek sorang-sorang kat Temerloh :(

23 July 2011

Botak = Hero Baru Yang Handsome

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku dah tau siapa nak jadi pengganti pelakon-pelakon lelaki yang kacak yang kebanyakannya sudah milik orang lain. Bila dia botak memang nampak ganas, tapi bila ada rambut, semua perempuan akan cair. Moh cuci mata dengan scroll ke bawah.


Nama Sebenar: Johan Ariff Asari
Umur : 25 tahun (lahir pada tahun 1986)
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan : Malacca High School. Diploma jurusan Kaunselin di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Johan pernah mendapat kelas pendidikan tahfiz selama 2 tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.
Sifat : Kelakar, peramah dan suka merendahkan diri







sumber : BeautifulNara

Kalau Bf Tak Pandai Nak Balas Mesej

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku ni konon-kononnya bercinta nak masuk 3 tahun tapi mesej dengan pakwe macam baru kenal seminggu. Tu belum masuk masa bergayut lak tu, memang aku je yang bagi untung kat Celcom tu. Nasib baiklah ada pakwe nak melayan, kalau tak layan, jadi lah macam kisah dengan orang-orang zaman dahulu kala.


Budak lelaki ni memang sinonim la dengan "game", kalau boleh nak buat bini. Tak makan, tak tidur takpe, janji "game" tu main sampai habis. Nasib aku la dapat pakwe yang memang fanatik dengan game sejak lahir kecik, aku ni ibarat lalat yang duduk terbang kacau dia main game tu.


Kalau korang senasib dengan aku, bagi mesej tak berbalas, bagi je mesej berbunyi begini kepada orang berikut..


Kenapa tak ada orang mesej aku ni, tepon aku rosak ke?


Kalau si simpulan membalas tetapi menunggu sejam berikutnya baru dapat mesej baru, kita hantar macam ni lak..


Eh, memang betul la tepon ni rosak, sejam sekali je mesej masuk. Kena beli tepon baru ni.


aku marah ni..

22 July 2011

Kita Mengata, Dia Yang Dapat

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

ikhsan : OhBulan

Murah rezeki Memey Suhaiza ni kan, orang sponsor baju kahwin sampai berjuta. Satu je yang terdetik dalam hati aku..
Tu la orang banyak sangat mengata dia, banyak sangat kata dia macam-macam, kan dah murah rezeki dia Tuhan bagi. Entah-entah banyak pahala orang pergi kat dia, yang orang duk mengata ni dapat dosa aje.

Apa Yang Di Cari?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Tajuk entry konon-konon macam seorang mak tanya kat anaknya yang kehulu ke hilir cari sesuatu. Padahal nak bagitahu apa yang di cari oleh masyarakat dunia ni hingga sampai ke belog yang kudus ni.

sumber ikhsan : Nuffnang
akuqute, Anis Adila Aris, anis adila semuanya berkaitan dengan aku. No wonder la kalau cari kat google keluar belog comot dan comel sikit-sikit ni. 

Blogger cantik- Wah, google dah boleh detect siapa yang lawa aer. kiki..  Padahal aku ada entry pasal blogger cantik

Tutorial selendang Hana Tajima, dulu aku ada buat entry untuk video untuk pakai ala-ala Hana Tajima tapi akibat rasa diri tu macam gedik sangat dan ditambah pakcik Nurudin yang marah sebab nampak leher dan ditambah takut umur tak panjang, siapa nak padamkan video tersebut bila aku dah tak ada, jadi aku padamkan.

Hari ni berapa haribulan Syaaban- Eh kau, bangun kejap tengok kelendar sudah la, beria sangat nak google ni kenapa? 

Diploma Ukur Bahan UiTM- kos ni best, moh le apply :)

Follower Bertuah #7

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Follower yang bertuah untuk hari ni ialah Nabila Faryzza atau nama pendeknya "Eja"


Aku pilih Eja ni sebab dia nak sampai hentak-hentak kaki, bergegar belog aku ni.


Nabila Faryzza ni boleh kira sebagai best friend di zaman u. Kami satu kelas dari sem 1 diploma sampai dah masuk degree pun satu kelas. Pernah menjadi roomate dan housemate selama sebulan. Orangnya kecik-kecik aje. Tapi bak kata orang dulu-dulu " kecik-kecik cili api". Moh le terjah belog si Eja ni.


Segmen cx's : geng UiTM by campus

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Oleh kerana aku ni semangat UiTM lebih sikit jadi nak join la segmen ini.


UiTM Shah Alam
Sarjana Muda Ukur Bahan
Sem 3- 2011/2012

Tag diberi kepada
Semua penuntut mahupun alumni UiTM

Nak tahu betapa sayangnya aku kat UiTM
klik sini


20 July 2011

Follower Bertuah #6

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sorry sangat semalam tak sempat nak buat entry " Follower Bertuah" dan tak tahu siapa nak dijadikan insan bertuah tu. Hari ni ikutkan tak ada idea nak jadikan siapa tapi lepas je dapat comment dari seseorang yang sangat dirindui, terus rasa nak mencalonkan dia :)


klik untuk pembesaran maksima
Siapa lagi kalau bukan Cik Cintabunga  yang lama sangat menghilang dalam dunia belog. Rindu sangat coment-coment dari Cik Bunga dan entry Cik Bunga yang best.


Cik Bunga ni cantik tau orangnya, jom la singgah belog dia dengan klik banner.

Cik Bunga... Welcome back

Wordless Wednesday * Raja Buah*

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




19 July 2011

Video Ngeri

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Amaran!
Video ni akan membuatkan darah anda naik serta merta, kepala akan rasa pening-pening lalat, tekak akan rasa loya dan anda tidak akan ada selera makan dalam jangka masa yang lama.


Aku Budak Cute

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Title entry ni bukan aku yang cakap, tapi "Aku Budak Blur" yang cakap. Aku terpegun sangat hasil karya mamat ni, suruh la buat satu *ye la, aku tak popular mana nak orang buatkan dengan rela hati* dan tercipatalah hasil seni yang sangat awesome! Serius budak blur ni memang kreatif, cantik gila dia buat. Tak percaya cuba tengok sini.




tq afieq jibriel.
boleh la jadi laki sekali lagi :)


18 July 2011

Sesi Mem"besar"kan Badan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Tak mau tiru cik epal, aku reka sendiri. Sesi mem"besar"kan badan lebih kurang dengan menternak lemak. Kalau ada yang nak belanja, jangan nak malu-malu kucing, order aja apa yang terlintas di fikiran. Rezeki jangan ditolak. :)


chocolate drink..awesome :)

tak sabar sangat dah
*hiraukan tangan yang besar gedabak*

aku order
not bad la

tukang belanja yang baik hati

pakcik nurudin punya tapi aku yang habiskan

awesome !


Cikgu Daim sangat handsome. ok bye