29 October 2011

Stress

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bila stress macam sekarang, rasa macam nak kenal dengan semua lelaki yang kacak-kacak, ajak belanja saya makan yang sedap-sedap.


Dalam kemurungan yang amat, sebab tu hari ni je dah berapa kali update blog. Rasa nak nangis.. :(



Cuaca Baik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Hari ni Shah Alam cuaca baik, tak ada lagi petir berdentum dentam menakutkan. Siapa nak dating, boleh dating dengan ria. Tetapi orang yang single macam aku duduk dalam bilik tengok running man aje ok.

*makin banyak kerja kena buat, makin ligat aku update entry, serius syaitannirajim ni nak kena dengan aku*

Tag from Najihah Fara

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


tengah belaja ke keje ke skolah?
Currently in UiTM Shah Alam as a student, teringin jugak satu hari nanti jadi tukang ajar pulak.
pencuci muke ape yang korang tengah pakai skang?

pengalaman paling2 pahit korang penah alami
ditinggalkan oleh orang yang disayangi...acecece
mane lagi bes : bruno mars @ anuar zain?
bruno mars sebab best, aku tak minat lelaki melayu.*tak sedar diri*
upload gamba 2 orang yang paling korang sayang


aku tak faham soalan sebab tu letak 2 gambar tapi 3 orang
komen sikit blog daku ni 
best sangat, kadang-kadang ada entry memberi tamparan hebat * tiba-tiba teringat lagu tamparan wanita*
pandangan korang tentang daku
comel macam Anis Adila Aris, kbai
mane lagi prefer : celcom berokband @ maxis berokband @ digi @ yang lain?
wifi UiTM, terbaik sebab FREE
sape artis yang korang nak sangat2 jumpe
Lisa Surihani, adore sangatsangat
artis yang kureng suke
tak tahu nama tetapi yang buat video klip lagu yang mengghairahkan tu, yang Gambit as director
pandangan korang tentang blogger2 sekarang
semua comel lote, baik-baik dan sangat penyayang. *penyayang?*


How to get many comments

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Selalu kita mengharapkan orang lain yang start buat dan kita hanya jadi pengikut. Apa kata lepas ni kita pulak yang start, orang yang ikut apa yang kita buat. Macam dalam dunia blog, jangan harapkan orang datang comment belog kita baru kita nak comment belog orang. We do it first, comment kat belog orang lain, confirm ramai yang akan datang balik commnet kat entry kita. Aku dah buat malam tadi, mostly blog yang aku comment mesti datang comment balik. Baru aku tahu kenapa tak ramai comment entry aku sebab aku malas nak comment entry orang. Reti baca tapi tak reti nak comment. Jadi my fault la sebab malas.

Kita tengok sudut lain, contoh dunia fesyen. Sorang start pakai macam tu, lepas tu mesti ada je yang follow pakai camtu. It start from one person and attract others. 

good luck :)

Hujan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Tengah tido nyenyak, mimpi ada bf kaya lagi handsome, tiba-tiba bunyi petir kuat gila. Terus jerit nama roomate, "Anees" * dapat roomate nama sama memang awesome*. Hari elok panas-panas, petir, guruh tak ingat nak berbunyi. Dah la katil aku tepi tingkap, takut tak sempat nak kahwin. Tak lama lepas tu terus rasa macam Shah Alam ni didatangi kuasa jahat sebab awan hitam.#pengaruh kartoon#

kuasa jahat datang menakluki dunia


kuasa jahat dah pergi, yang tinggal keamanan :)

28 October 2011

My Happiest Moment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Buat aku yang berumur 20 tahun ni, nak cakap pasal kenangan, 20 tahun lagi tak habis nak cerita, pahit manis semua ada. Tapi kalau disebut tentang "happiest", hanya ada satu dalam diari hidup buat masa sekarang. Bila hangout dengan kawan-kawan yang rapat dari diri ni tak pandai guna simbol negatif dalam matematik, memang tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata seronoknya.

Bukan tak selalu pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan, masa sekolah selalu sangat ikut rombongan sekolah. Tetapi kalau pergi jalan-jalan tanpa diawasi orang dewasa, lagi syok.Trip pertama kami tanpa orang dewasa ke Taman Negara, Pahang.

Buat remaja yang umur tak sampai 20 tahun, haruslah memilih kawasan perlancongan yang terdekat dan menggunakan budget yang rendah. Memandangkan Taman Negara terletak di dalam negari kelahiran sendiri, haruslah menuju ke situ sebab taknak orang cakap "harap je duduk kat Pahang tapi tak pernah jejak Taman Negara".


Oleh kerana namanya budget trip, haruslah menggunakan pengankutan awam yang paling menjimatkan. Kitorang naik bus dari Temerloh dan turun di Jerantut. 


Sampai di Jerantut, kitorang naik bas ke Taman Negara. Memang vintage habis la bas, mana nak dapat tingkap bas macam tingkap kat rumah, boleh tarik atas bawah. Dan paling seronok, kitorang berenam je penumpang bas ni ke Taman Negara. 



Tak payah nak malu-malu nak posing dalam bas sebab tak ada pun nak tengok. 


Dah sampai Taman Negara. :)


Kitorang pergi sana tak lama, 2 hari 1 malam je, jadi masa yang ada tu kitorang guna sepenuhnya. Sampai kat chalet,letak beg terus siap-siap nak naik canopy walk pulak. Penat? langsung tak sebab seronok sangat nak naik jambatan gantung.




Lelaki baju hijau ni la yang tolong carikan chalet, carikan bot tambang untuk kitorang. He is Jaja's cousin, kono-konon macam tourist guide kitorang tapi berkhidmat secara PERCUMA.



Nak pergi canopy walk kena naik bot. Serius awesome gila.


Dalam 15 minit naik bot, kitorang sampai. Serius, kalau korang nak pergi canopy walk ni kena bawak air banyak-banyak. Nak mendaki bukit punya la tinggi. Baru panjat sikit dah penat.



All of us. Friend since form 1, awesome right?


Gambar di bawah ni permandangan sepanjang perjalanan kitorang dalam bot dari Canopy walk ke tempat kitorang nak bermandi-manda. 





kitorang bermandi-mand akat sini la. sangat menenangkan, tak ada siapa nak kacau. Kitorang je mandi kat sini.


Malam pulak pergi night walk, tengok rusa berkeliaran malam-malam. First time, masuk hutan malam-malam.



Kan aku dah cakap seronoknya tak boleh nak gambar dengan kata-kata. Tengok gambar je boleh tunjuk seronok ke tidak. Sebab tu penting gambar-gambar ni buat jadi bukti. Kalau setakat cakap mulut, aku boleh cakap yang setiap bulan aku pergi Landon. Jadi kalau ada orang nak tangkap gambar, jangan malu-malu nak tayang muka. :D




26 October 2011

Tapi Awak, Kalau Kita Kahwin...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Antara lelaki dengan perempuan siapa yang paling seronok kalau cerita pasal kahwin ni? Of course la perempuan kan, perempuan ni lebih memikirkan masa hadapan # berangan#. Entry ini khas untuk ditujukan kepada lelaki-lelaki yang selalu nak lari laju-laju kalau awek start cerita pasal kahwin. Penggunaan bahasa "saya" mewakili perempuan dan "awak" untuk kaum lelaki.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu"  ( Surah An-Nur 32)
Awak selalu puji saya cantik, awak cakap kalau boleh nak saya pakai cantik-cantik depan awak je, depan orang lain pakai biasa-biasa aje. Tapi awak, kalau kita kahwin, awak la orang pertama yang akan tengok saya pakai baju yang saya baru beli, awak je akan tengok saya pakai cantik-cantik sebab saya tak perlu nak berhias depan orang lain nak tarik perhatian orang, sebab saya dah ada awak sebagai suami saya.

 Kadang-kadang awak nampak aurat saya, lepas tu awak cakap " saya tengok takpe, awak jangan bagi orang lain tengok, saya sorang je tau". Tapi saya tetap berdosa, awak pun dapat jugak dosa. Tapi awak, kalau kita kahwin, awak nak tengok apa pun tengok la. Tempat tertutup, terbuka, atas, bawah, semua boleh, kan kita dah halal. Bukan setakat tengok, pegang pun boleh.



Awak selalu merajuk kalau saya cerita pasal lelaki lain, saya keluar dengan lelaki lain. Nanti awak cakap  "awak kan awek saya, sebab tu la saya tak suka awak keluar dengan lelaki lain". Padahal saya tak ada ikatan apa-apa pun dengan awak, setakat saya jadi awek, awak still tak ada hak ke atas saya. Tapi awak, kalau kita kahwin, saya seluruhnya hak milik awak. Awak boleh jatuhkan hukuman apa pun kepada saya kalau saya buat silap. Kan saya isteri awak, isteri kena dengar cakap suami kan.



Awak, kalau kita berjauhan mesti kita sama-sama rindu. Dalam sehari tu, entah berapa kali cakap awak rindu saya, saya rindu awak. Belum tambah dengan ayat-ayat cinta kita berdua lagi. Tapi apa yang kita dapat aer? Tapi awak, kalau kita kahwin, setiap rindu awak kat saya, saya rindu kat awak, dah jadi pahala. Jadi banyak la pahala kita berdua. Awak taknak ke?

Ramai orang cakap kita couple yang sweet, kalau letak gambar kita berdua kat facebook, mesti ramai yang like. Tapi awak, kita tak tahu diorang cakap macam-macam belakang kita, fitnah kita buat benda tak elok even kita tak buat. Tapi awak, kalau kita dah kahwin, tak ada siapa boleh cakap kita bukan-bukan sebab awak dah jadi suami saya, saya dah jadi isteri awak. Kita nak peluk cium depan orang pun takpe.


Awak..kalau nak cerita pasal kelebihan berkahwin ni sampai esok pun tak habis.Lepas ni taknak bagi macam-macam alasan ye. Kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih. Takpe lah, kita doa sama-sama ye, semoga awak jodoh saya dan semoga jodoh kita dipercepatkan. Saya tak sabar nak rebut gelaran "Isteri Solehah" ni :)


25 October 2011

Kenapa Pemalas Sangat Ni

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sedih bila tengok benda ni kat side bar


Hipotesis #semakin bertambah bulan, semakin malas nak update belog#. Hari ni dah 25.10 tetapi hanya 11 entry sahaja untuk bulan ini, selebihnya nan ado. Nak kata sangat sibuk buat assignment, study sampai tak sempat nak bukak belog, buat tutorial sampai terlupa ada laptop, semuanya dusta semata-mata. Perkara sebenar, assignment memang berlambak tetapi tak berusik, hari-hari bukak belog dan hanya baca entry orang, dan masa belajar dalam kelas, terbayang-bayang laptop kat bilik. Jadi kesimpulannya diri ini sangat MALAS.    *siapa bf saya kena pikir beribu kali untuk dijadikan isteri*


Tengok, entry pun tak ada motif. Gambar pun tiada kaitan dengan entry. 

Ok dah publish baru teringat tujuan asal entry ni, #nyanyuk, cepat lupa# cuba tengok belog aku bersih suci, actually dah bosan dengan background lama, header kat atas ni pun aku dah bosan tengok, cuma tak sampai hati nak delete header yang susah payah aku buat, jadi biarkan je kat atas tu. Sangat perlukan pandangan dari korang, nak buat apa dengan belog aku ni. Kalau ada belog yang comel-comel, sini aku nak tengok dan tiru.  Alangkah best kalau ada yang sudi buat header yang comel lote untuk aku kan. # kenapa tiba-tiba ayat ni terbold, aigooo#


22 October 2011

Ajar Tutup Aurat Tetapi Tak Tutup Aurat

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kronik aku ni, semangat nak update belog makin hari makin hilang. Kalau macam ni, macam mana nak jadi macam Yuyu Zulaikha dengan Cik Epal, dapat duit beriban dari Nuffnang, ok nampak sangat dalam kepala belog = duit. Biasalah fikiran orang yang hanya ada RM 20 je dalam bank sebab kelembapan mohon PTPTN.


Tadi ada baca belog Cik Epal pasal Hijab/Shawl Tutorial , sangat setuju dengan ayat-ayat cik epal "Memang niat kita nak ajar orang macam mana nak pakai tudung/shawl. Bagus niat tu.  But perlu diingat bukan perempuan je tengok video tutorial kita.Pulak-pulak dah upload dekat youtube kan. Satu dunia boleh tengok. Lelaki pon ada yang tengok. Aurat perempuan dengan perempuan tak ada hal dah tu kalau nampak leher. Kalau lelaki tengok??? Apa-apa pon niat tak menghalalkan cara.


Dulu aku ada jugak buat beberapa tutorial pakai selendang la, make up la tapi semua aku dah padam. Sebab tu kalau orang nak tengok entry tutorial pakai selendang ala-ala hana tajima tu takde video, sebab malu kat semua orang. Lagipun video tu aku tak tutup aurat dengan betul, Nurudin Nazrin pun dah sound banyak kali suruh padam video tu sebab nampak leher semua. Lagipun , kalau la aku tak panjang umur, siapa pulak nak padamkan video tu, aku je tau password youtube aku, even dah takde, dosa tetap jalan. Tak larat den nak kena bantai dalam kubur.


Bukan setakat video, gambar pun sama. Kat dalam belog aku ni pun bersepah gambar mendedahkan aurat. Takpe aku cuba baiki diri dari hari ke hari menjadi insan yang lebih baik. Jom la kita beringat sesama kita, nak masuk syurga sama-sama kan :)


nasib baik muka tak aurat



20 October 2011

Sihat dan Badan Cantik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Rasa lama sangat dah tak turun riadah petang-petang, last masa di PLKN dulu. Tapi tadi disebabkan lecturer yang baik hati habiskan kelas awal, jadi laju-laju balik bilik salin baju dan pergi pusat sukan UiTM untuk main basikal. Separuh UiTM Shah Alam jugak kitorang pusing dengan basikal, tiba-tiba rasa paha makin kecik..kiki

Sedang elok, habis pusing hujan start turun. Jadi ada mini gym yang comel * kalau mini je mesti comel* kat pusat sukan UiTM untuk kitorang sambung mengeluarkan peluh. Pergh, sangat best, jadi lepas ni boleh beriadah selalu sebab boleh sihatkan badan, dapat badan cantik, dan dapat cuci mata tengok abang-abang badan tough main bola.












Doa Is A Weapon

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hello sayang, hari tu ada cakap nak share apa yang aku dapat masa modul kan. Aku seorang yang berpegang teguh pada janji, jadi nak tunaikan janji dalam entry ini. Serius, kali ni kena baca sampai habis sebab aku nak kongsi ilmu, bukan nak mengarut.

Merujuk kepada tajuk entry dah tau yang aku nak cerita pasal "doa". Doa adalah senjata dalam hidup kita, siapa yang tak pernah berdoa sangat la rugi. Kerana Allah akan makbulkan sama ada lambat, cepat atau lain cara dimakbulkan, mungkin kita dapat lebih baik dari yang dihajati. Allah lebih Maha Mengetahui.


Allah SWT berfirman :Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir:60).
 Paling utama, kita kena doakan untuk ibu bapa kita, diri kita dan orang di sekeliling kita. Korang boleh mintak apa sahaja yang korang nak, Allah maha mendengar. Macam cerita kakak fasi dalam modul tu, dia cerita masa dia mula-mula masuk universiti, dia berdoa semoga dipertemukan jodoh di situ dan detailkan sekali dia nak lelaki macam mana, dan dia dapat apa yang diimpikan. Tiga tahun dia berdoa benda yang sama, non stop dan Allah makbulkan, dia bertemu jodoh di universiti dan suami dia mempunyai ciri-ciri yang dia nak.

Dari cerita kak fasi tu, kita harus la selalu berdoa dan sabar, kita tak tahu bila Allah akan makbulkan doa kita. Jangan esok kita nak sesuatu, hari ni baru nak berdoa. *selalunya masa dekat nak exam* Memang tak dapat la nak tolong, kena ikut prosedur jugak. Macam kau nak beli kereta, hari ni order, tak semestinya esok dapat kan.