27 September 2012

Sudut Kesukaan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sejak menjak duduk rumah sewa ni rasa nak decorate rumah macam rumah ni aku punya. Memandangkan rumah dikongsi kena la ambik satu sudut je nak lepas gian. Teringat dulu-dulu masa sekolah, dekat belakang kelas mesti ada sudut bacaan, sudut informasi dan sudut lepaking ;)


Rumah kita kan ada telefon rumah, kembali ke zaman cinta-cinta monyet, bergayut dengan boyfriend tengah-tengah malam bila mama dah tidur dengan mengeluarkan suara seminimum mungkin takut kantoi gayut dengan boyfriend. Telefon ni hanya dapat panggilan dari luar sahaja sebab nak jimat.


Yang ni la sudut kesukaan kita, tampal pembalut hadiah kat dinding lepas tu tampal macam-macam. 
1. Kalendar bersama waktu solat 
2. Tempat nak tampal semua memo penting
3. Jadual kelas 
4. Kalendar untuk diconteng tarikh-tarikh penting
*gambar-gambar insan tersayang*

Ok telefon rumah berbunyi, nak bergayut dulu. bye :)

21 September 2012

Dashboard Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Rasa rare gila pakai dashboard blogspot yang baru ni, tiba-tiba rasa macam blogger yang baru nak start blogging. Tolong la, ada cara tak nak tukar blogspot baru ni ke lama? Ni yang buat mood nak blogging merundum jatuh ni *alasan*, padahal memang dah lama malas nak menaip kat blog ni. 

Sorry la lama beno tak update blog, seminggu sekali baru berpeluang. Lepas ni rajin sikit kot sebab dah ada wifi kat rumah, itu pun kalau aku rajin. Serius malas gile nak perah otak cari idea nak post kat blog ni, banyak benda lagi nak fikir. Kalau setakat tulis random macam ni boleh la, kalau penulisan yang berat-berat tu payah la sikit. Baik aku perah otak untuk buat dissertation aku. Tapi InsyaAllah kalau ada kelapangan masa, ada ilmu yang best nak kongsi dengan korang, aku kongsikan jugak ye.

Lepas tu nak mintak maaf kawan-kawan blog yang rajin datang singgah baca dan komen, tak ada masa sangat nak blogwalking kat blog korang. Pergi yang nampak dimata aje, tu pun baca curi-curi. Nanti ada masa free yang banyak sangat, aku blowalking blog korang ye. Tak mau marah-marah, merajuk taknak baca blog kita ye..hehe


14 September 2012

Semester Baru Azam Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sudah seminggu berlalu minggu pertama di semeter lima, ok tak lama dah nak habis belajar. Tinggal setahun aje lagi, lepas tu boleh cari duit tolong family pulak, bayar hutang beribu-ribu dengan PTPTN, dan boleh kumpul duit nak kahwin..hehe. Setiap kali semester baru je mesti nak ada azam baru macam masuk tahun baru. List bukan main panjang ni azam semester baru ni tapi entah buat ke tidak.

Sem ni macam lain sikit sebab dah duduk kat luar. Kena pandai-pandai la sesuaikan diri sebab selama ni memang duduk kolej. Tak ada la nak shopping-shopping sebab kena jimat duit. PTPTN bukan banyak mana pun, cukup-cukup makan sampai habis sem aje. Sedih je dengar kan..sobsob


Kat atas ni jadual kelas, siapa nak ajak dating tu tengok la masa bila aku free ye. Jadual tak ada la padat sangat sem ni tapi sem ni sangat la tough, dengan dissertation *thesis* dah start kena buat. Jadi kena la pandai-pandai bahagikan masa tu supaya tak menggelebah dengan kerja yang akan bertimbun. 


Jarang update blog sebab
 rumah sewa tak ada wifi. 
Sorry :(




08 September 2012

Tamat Praktikal

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Akhirnya 7 September 2011 tamatlah praktikal sepanjang 2 bulan ni tapi sebenarnya tak sampai pun 2 bulan sebab cuti raya seminggu *nasib ada cuti raya tau*. Dan selama 2 sem dah aku tak ada cuti sem, tak duduk rumah sendiri lama-lama sebab merantau tempat orang je waktu praktikal ni. 

Apa yang aku dapat masa praktikal ni? Amboi dah macam soalan lecturer masa viva aku baru ni. Sebenarnya alam pekejaan mostly sangat berbeza dengan zaman belajar. Kerja yang almost 8 hours duduk dalam office menatap laptop dari start waktu berkerja sampai la habis kerja. Kalau mata aku rabun lepas ni salahkan praktikal.  Selain tu, berkerja ni tak ada la complicated macam kita belajar dalam kelas.

Actually kat ofis yang aku praktikal ni, mostly staff lelaki. Hanya kami bertiga yang praktikal ni je perempuan. Kitorang ada la buat makan-makan sikit sempena perpisahan kitorang yang dah nak tamat perkhidmatan kat firm ni. Sepanjang kat sini, happy aje. Staff baik hati, pemurah, penyayang dan semua yang baik-baik la. Bahagia la praktikal kat sini. Jadi sem depan boleh bergembira cuti sem di rumah.










07 September 2012

Saya dan Facebook

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Dah lama nak cerita pasal facebook ni tapi selalu aje ada rintangan, selalu aje otak kata "tak payah la kau tulis benda ngarot ni, tak ada siapa nak baca pun" tapi tiba-tiba hati kata "ikut kau la nak taip apa, ni blog kau". Ok habis dah monolog, boleh taip laju apa yang tengah sarat dalam kepala otak ni. 

Sekarang boleh ada peribahasa baru, manusia dengan facebook tak dapat dipisahkan untuk siapa yang ada facebook la kan, tak aci la nak kait juga tokwan yang duduk kampung tu, sah-sah diorang takde facebook, mak aku pun tak ada fb. Macam aku, kalau online je perkara wajib buka fb kalau tak buka boleh kira serba tak kena. Even tak godek pun fb tu janji sign in. Kena la kan dengan peribahasa yang aku cipta kan..kan..

Aku ni bukan la jenis ramah sangat dalam fb tu, kira kalau coment dalam wall post tu satu dua terus bla. Kiranya aku ni tak pandai sangat la nak beramah mesra dengan orang dalam fb. Ada orang ayat bukan main best coment-coment dalam fb macam tengah borak depan-depan. Bagi aku fb ni lebih pada medium aku nak stalk orang aje * kantoi kaki stalker*. Aku boleh tak tido duduk depan laptop stalk page orang. Tengok gambar, baca status,  baca apa orang letak link kat fb dan lain-lain. Nasib aku tak main game je dalam fb tu, kalau tak mmg aku tak buat kerja la.

Friend request pulak ada la 2,3 ketul tapi aku ni jenis tak rajin nak check friend request. Untuk terima atau tak tu bergantung pada mood aku, kadang-kadang aku accept je semua, kadang-kadang pilih mana yang berkenan di hati dan kadang-kadang pandang pun tidak. Kita ni mesti jadi orang yang berhati-hati bila pilih kawan *kawan fb je kot* #sight.

Tapi banyak-banyak benda kat fb, benda yang paling annoying kat fb bila kita tak balas pm orang pastu dia pm lagi "eh, sombong betul la awak ni, macam la comel sangat". Dengan bf aku pun puas bergaduh nak ajak aku chat kat fb, kau orang yang aku tak kenal nak cakap macam tu bila aku tak layan. Aku dah approve jadi kawan dah cukup baik tapi confirm la lepas tu aku terus remove. Padan muka!

Tapi blog Anis Adila Aris ni ada page. Kalau nak ajak borak ke, fb Anis Adila tu sombong taknak layan tapi InsyaAllah page Blog Anis Adila Aris ni layan orang. Kalau ada tak puas hati ke, nak tanya pape ke, tanya je kat page nie. :)




Fenomena Oppa Gangnam Style

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Tiba-tiba rasa diri ni munafik giler, konon nak selalu update entry tapi 2 minggu sekali baru la update. Tapi boleh dimaafkan kot sebab lately busy sikit dengan report praktikal, ECA, dan remeasure drawing yang tak sudah. Viva pun dah siap dengan lecturer dan hari ni hari last praktikal dan hari last menikmati unifi free superlaju. 



Cakap pasal tajuk entry, mesti semua orang tahu pasal lagu "Oppa Gangnam Style" ni, hits kot sampai 114 juta viewers. Aku rasa lagu ni meletop-letop seluruh dunia. Orang tak minat kpop pun boleh suka dengan lagu ni. Rentak lagu best dengan tarian yang senang orang nak ikut. Kira semua orang boleh tiru tarian lagu OPG ni. Sebab tu la berlambak parody lagu Oppa Gangnam Style ni kat Youtube.

Lagu Oppa Gangnam Style ni menceritakan kehidupan penduduk daerah Gangnam yang dikira mewah dari daerah lain. Kehidupan mewah tu mempengaruhi penduduk yang kurang mewah menyebabkan diorang sanggup mementingkan keperluan tambahan dari keperluan asas seperti sanggup makan magee untuk minum di kedai kopi yang mahal. Contoh kalau kat negara kita ni, sanggup makan roti gardenia aje untuk makan Tutti Fruti. 

Jom layan parody lagu Oppa Gangnam Style yang Malaysian buat. Jom joget-joget!