10 February 2013

Cuti Semester

Assalammualaikum and good night my lovely friends. Ni hao?

Erm nampaknya azam tahun baru sudah ke laut, baru masuk bulan 2 azam dah diingkari.
Know what, aku dah start cuti sem bulan lepas tapi sekarang baru nak update blog. Memandangkan balik ke kampung halaman yang tiada line internet, ni pun online pakai pack RM5/day for 500mb dekat celcom tu. Masuk simkad dalam modem dan online sampai habis 500mb. 500mb ape la sangatbukak blog, twitter, facebook, beautifulnara..habis..

Sepatutnya cuti sem dipenuhi dengan tidur, makan, tengok tv, makan, tengok tv dan tidur tapi akibat duit dalam bank tinggal 50 ringgit, kena la kerja waktu cuti sem ni. Kalau tak ada duit macam mana nak shopping kan..kan.. Pagi-pagi dah kena bangun macam budak nak pergi sekolah, pukul 8 am masuk kerja pukul 5 pm baru balik. Pukul 8 sampai 10 keja kat kedai makan jadi tukang isi nasi, pukul 10 sampai 5 keja dalam ofis lak, kemas kini invoice. Dan fakta paling mengagumkan, aku tak tau pun berapa gaji aku! Orang suruh masuk keja, aku keja. 

Padahal kerja untuk dissertation aku berlambak nak kena buat, Kena reka questionaire lagi, nak buat chapter 3 lagi.. Entah bila nak start buat. Aduhai.. 


orang yang raji sangat cari kerja padahal kerja sendiri berlambak