18 June 2013

Malam Pra Graduan FSPU

Sekuning emas, semerah saga.
Tema Malam Pra Graduan Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU)

Semua bukan main melaram bak hang.
Pergi ronda seksyen 7 tu berhari-hari nak cari baju dinner.
Masuk kedai, keluar kedai. Nak cari baju ikut tema.
Satu-satunya dinner masa degree ni. Yang pertama dan terakhir.
Mana boleh tak melaram sakan.

Hari kejadian. 7 Jun 2013. Bertempat di Hotel De Palma Shah Alam.
Tercatat satu lagi memori untuk dikenang.
Satu lagi kenangan untuk buat tersenyum. :)






















 Terima kasih tak terhingga kepada pemilik camera yang  capture beribu gambar terindah sebagai kenangan. 
Kak Farah :)

17 June 2013

Kisah misteri

Seperti dijanjikan... kisah misteri Warisan Pahlawan Resort.

Dalam pukul 5 petang, kami satu bas sampai dekat tempat penginapan.
Klasik. Rumah lama, kayu terukir cantik.
Kejar-kejar cop bilik. Tapi tak cukup besar nak tampung kami budak perempuan. Tukar bilik dengan budak lelaki.

Masuk dalam rumah. Al Quran gantung kat dinding tepi pintu. Malap aje rumah. Dalam rumah ada empat bilik.
2 bilik kanan dan kiri dekat ruang tamu.
2 bilik lagi kat bawah sikit dari ruang tamu.
Tandas kat bawah. Kena turun tangga curam.
Dalam bantal ada buku yassin.

Tak kisah. Letak barang. Pergi keliling resort tangkap gambar. Dah dekat senja. Siap-siap untuk solat maghrib dan makan malam.
Senja tu. Sorang kawan aku duduk lepak dalam bilik dekat ruang tamu.
Zakiah ni ada 6th sense, boleh nampak apa yang kita tak nampak tapi dari tepi mata.
Tengah baring, rasa macam ada something tepi katil.
Pandang. Tak ada apa-apa.
Pandang depan balik. Ada lagi. Baju putih, rambut.
Sudah, keluar dari bilik. Nasib bukan bilik dia. Bilik kawan lain. Senyap.

Malam tu. Penghuni bilik itu. Berlima. Ayin, adzie, wan, fyan dan debbie. Ayin pakai baju tidur warna putih. Tido sebelah adzie.
Dalam pukul 5.30. Wan bangun first pergi mandi.
Adzie tengok pintu. Nampak perempuan baju putih keluar bilik, rambut sama paras dengan ayin. Dalam hati "ayin dah keluar nak pergi mandi kot". Pusing. Tengok sebelah. Damn, ayin tak bangun lagi. Siapa tadi?

Malam yang sama. Rumah budak perempuan sunyi sepi dalam pukul 2. Tapi budak lelaki cakap kami bising sampai pagi.

Bunyi dehem-dehem dari belakang. Tapi tak ada orang.

Dalam dunia bukan kita aja ada. Banyak makhluk lagi. Tak heran. Mungkin sebelah kau pun ada sekarang.

Minggu Terakhir



Hari ini. Isnin, permulaan minggu ke 14 untuk sem 6.
Minggu 14 bermakna minggu terakhir pembelajaran.
Ye. Minggu terakhir bagi kami.
Kami yang satu kelas. Satu batch. 
Minggu terakhir nak dengar kata-kata amanat tenaga pengajar.
Minggu terakhir nak dengar riuh rendah satu kelas.

Setelah bertahun lamanya.
Hadap segalanya. 
Tutorial, assignment, kuiz,presentation.
Semua akan tinggal kenangan.
Kenangan yang akan jadi satu pengajaran.
Pengajaran yang akan ingat selamanya.

Biar minggu terakhir ni.
Beri beribu memori terindah.
Memori sebagai seorang pelajar.
Memori yang boleh kita ceritakan.
Memori yang terus terpahat dalam hati.

Ya Allah.
Permudahkan segalanya.
Untuk minggu terakhir ini.
Minggu terakhir sebagai pelajar.
Berikan yang terbaik buat kami.
Biar sama-sama menerima ijazah itu.
Sama waktunya, sama tempatnya.
Sama senyumnya.







09 June 2013

Class Trip to Terengganu



Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Yay, terbuka hati nak update blog setelah sekian lama. Ok! serius lama, last update bulan 3. Awal semester hari tu sibuk siapkan dissertation dan dah selamat submit bulan lepas. Lepas hantar dissertation tu rasa macam dah habis degree ni ha. Separuh beban dah lepas, tinggal exam aje.

Konon-konon untuk celebrate kepayahan 3 sem buat dissertation tu, class trip dibuat seminggu selepas hantar dissertation. Destinasi pilihan kali ni Terengganu, kena dengan tema tahun melawat Terengganu. Kitorang satu kelas pergi 4 hari, 3 malam. Mula-mula stay Kuala Berang sebab 1st site visit dekat Tasik Kenyir, kemudian stay dekat Kuala Terengganu 2 malam.

Meh baca cerita sambil tengok gambar.. :)

Hari Pertama #18 Mei 2013

Berkumpul kat bus stop fakulti pagi Sabtu. Kitorang satu kelas pergi
dengan sorang guru pengiring, eh lecturer pengiring, En Raden.

Berhenti dekat RNR Gambang. Lunch dulu sebelum terus gerak ke Kuala Berang
Ini la anak-anak dara kelas kitorang.

Dalam pukul 5, sampai kat Kuala Berang. Kitorang stay dekat Warisan Pahlawan Resort.
Ada kejadian misteri dekat resort ni tapi next entry ok :) * dah memalam tak berani aku nak taip cerita hantu*

Ini gambar sebelum kitorang kena tukar rumah dengan budak lelaki sebab rumah diorang cam besar sikit.
Happy girls 
lepas tu, kitoang kena duduk rumah ni. Ok kisah misteri tu kat sini la. *oh my dah seram sejuk ingat balik*
Lepas letak-letak beg, cop-cop bilik semua. Kitorang lepak kat kawasan resort ni,
 tangkap-tangkap gambar.





Lepas dah puas tangkap-tangkap gambar. Semua masuk rumah, mandi-mandi, solat dan siap-siap nak pergi makan malam. Family ketua rombongan ( Jabri) belanja makan! :D

ha, tu la abe jab kite. Dia orang Kuala Berang

Hari Kedua #19 Mei 2013

Pagi Ahad tu kitorang terus gerak ke Tasik Kenyir. Tapi tak pergi pun tasik tu, kitorang pergi site Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu. Tengok construction of dam dengan tunnel.


Kitorang kena naik van yang disediakan untuk pergi ke meeting room dengan melawat tapak projek.

Ni la lecturer pengiring, En Raden :)

makanan pun disediakan sebelum start taklimat. 

Ni la kawasan yang akan dijadikan empangan. Nanti dah siap, kawasan ni akan dipenuhi dengan air.





Lepas dah habis semua, kami bergerak ke Kuala Terengganu. Sebelum check in homestay, kitorang lepak dekat Pantai Pandak, Kuala Terengganu. Main-main air laut sambil tangkap gambar kenangan. Indahnya :)







Hari Ketiga #20 Mei 2013

Hari ini, kitorang pergi tengok breakwater dekat Pantai Batu Burok. 

punya la panas terik. Jauh pulak kena berjalan tu



ni la breakwaternya. Function: 



Dah sampai Terengganu, tak sah tak ke Pasar Payang. Jadi cuci-cuci mata *itulah yang mampunya, nak beli tak kain-kain sutera tak mampu* dan beli persiapan untuk bbq malam nanti :)








Ni dah start bergotong-royong nak buat bahan-bahan untuk bbq.








anak dara, eh anak teruna rajin basuh barang lepas makan-makan.
Untuk mengelakkan korang berteka teki "eh, diorang ni duduk satu rumah ke laki perempuan ?" jadi nak menjawab persoalan di minda korang. Kitorang sewa satu homestay tapi besar gila rumah, even satu rumah tapi ada gap laki perempuan. Cuma dapur dengan halaman depan rumah je yang boleh campur laki perempuan tapi tu pun ada limit masanya.

Hari Keempat # 21 Mei 2013

Hari terakhir class trip kitorang. :(

singgah tengok Masjid Kristal




sebelum balik, singgah beli keropok lekor losong. Sambil beli sambil makan. Btw baju hitam tu la abang drebar bas kami

memborong sakan masing-masing. 

Singgah makan dekat Dungun masa on the way balik Shah Alam

key chain sorang satu dapat. 
Sekian sahaja cerita class trip. Class trip terakhir kami. Ok sedih :'(