31 March 2014

Future, Are You Ready?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Berangan-- tak salah kalau kita sertakan dengan usaha.
Aku rasa 'fasa dewasa' dah mula ada dalam diri aku. Aku start fikir apa yang aku nak dalam hidup aku sebelum aku umur 30 tahun.

Maybe ada cakap "tak perlu kot nak share dalam blog, keep it yourself sudah la" tapi mana la tau ada yang baca tu mendoakan sekali. Blog ni kan dah macam diari tapi diari yang boleh share dengan orang lain..haha

What i want to achieve before 30 years old.

  • Successful in my carrier
  • Settle my loan
  • Have my own family
  • Travel
  • Have assets
  • Umrah & Haji
  • Help my family & others
  • Truely Muslimah
  • Be someone
  • Have my own business
Aku rasa nak achieve semua kat atas tu, kena banyak doa, usaha, sabar dan paling penting kena berani cuba benda baru. Macam aku start business a-DHA Skincare, kalau waktu tu aku tak try nak join, mesti aku tak achieve apa yang aku ada sekarang. Memang nak mula tu macam-macam kita fikir tapi bila dah start, In sha Allah semua akan ok.

so people, list down ur dream and make it reality :D



24 March 2014

Jurukur Bahan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

ohoi. Ramai lagi rupanya sudi baca blog picisan aku ni.
Tengok nuffnang, keywords membawa pembaca ke blog aku ni -- ukur bahan.
Baru sedar, baru lepas result stpm & spm.
Mesti masing-masing busy nak isi borang upu la ni. Hari tu ada bg tips pasal isi borang upu-- klik sini

Hari tu dah cerita tapi pasal program ukur bahan kat universiti -- boleh klik sini dan sini.
Hari ni nak cerita pasal kerjaya juruukur bahan pulak.
Dah memegang jawatan Junior Quantity Surveyor (Jurukur Bahan), boleh la nak cerita sikit-sikit.

Jurukur bahan ni boleh pergi banyak cabang.
Consultant, Contractor & Developer.
Macam aku, habis belajar terus masuk contractor company.

Consultant - lebih kepada pre contract (sebelum projek start) contoh; prepare tender, measurement, prepare bill of quantities. Tak pakar sangat nak cakap sebab aku tak involve consultant firm.

Contractot - yang ni aku master. Kerja dengan contarctor akan fokus semua stage.

  • pre contract - untuk isi tender. Cari quotation harga barang untuk hargakan tender yang kita join tu.
  • post contract - buat claim, buat payment, arrange macam-macam jenis schedule, final account, dlp. Macam aku sekarang, aku handle 28 project, mmg tak menang tgn la. Kalau projek tak banyak, ok sikit la kot..kot la..
  • Duduk manage duit orang je la. Berjuta pun-- duit orang
Developer - combine kerja kat consultant dan contractor. 

Nak jadi jurukur bahan ni kena ada kesabaran yang tinggi la. Kalau jenis lembik, baik jangan. Komitmen pun penting, projek dah habis 2,3 tahun pun, ada pape masalah dengan "product" tu, jurukur bahan jugak yang dicari nanti. 

Jadi adik-adik yang ada cita-cita nak jadi jurukur bahan tu.Fikir panjang-panjang ye :)