26 August 2014

Sabar

Setiap orang ada kisah hidup masing-masing. Ada yang berbahagia hingga ke penghujung kehidupan, ada yang hidupnya tak habis-habis dengan konflik. Apa pun semua qada dan qadar kehidupan ditentukan oleh Allah SWT. Susah atau senang kehidupan kita adalah dugaan daripadaNya.


Aku ada kisah menarik nak kongsi.

----------------

Kamal mempunyai dua orang isteri dan lima orang anak. Empat orang anak daripada perkongsian hidup dengan isteri pertama (Siti) manakala mempunyai seorang anak perempuan dengan isteri kedua (Alia). Mereka hidup bahagia walaupun berkongsi kasih sayang seorang suami dan bapa. Kamal seorang yang adil, berkerja keras mencari rezeki utuk keluarga dan sangat penyayang. Alia seorang pegawai di sebuah company swasta manakala Siti adalah seorang suri rumah sepenuh masa. 

Tetapi kehidupan mereka berubah semenjak Kamal mengalami kemalangan jalan raya. Kamal koma.

Keluarga Kamal sepakat untuk meletakkan hak penjagaan Kamal kepada Alia kerana Alia mempunyai pekerjaan yang tetap dan disenangi oleh adik-beradik Kamal. Malangnya nasib Siti, sudahlah tidak berkerja untuk menanggung anak-anak dan terpaksa berpisah dengan suami tercinta. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Bertahun dipinggir oleh sanak saudara, bertahun juga berpisah kasihnya suami. Tabahnya seorang isteri yang digantung tidak bertali bertahun lamanya mendidik anak-anak dengan sepenuh kasih dan sayang. Dikata orang itu dan ini tetapi dipendam seorang diri. Lepas satu-satu sumber rezeki dicari untuk menjaga anak-anak yang diamanatkan. 

Alia pula menjaga suami bertahun lamanya. Menjaga orang sakit bukannya senang. Berjaga malam, memandikan Kamal yang terlantar, berhabis wang ringgit untuk kos perubatan. Untungnya Alia mengaut pahala menjaga seorang suami siang dan malam. Alia dipandang mulia oleh kaum keluarga kerana berkorban demi suami tercinta. Berkorban masa dan tenaga.

Setelah 3 tahun terlantar sakit, Kamal akhirnya menghadap Illahi. Mereka berkumpul sanak saudara. Siti anak beranak juga tidak ketinggalan menguruskan jenazah. Siti sedih bukan kepalang, setelah lama tidak berjumpa, hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa yang ada untuk melepas rindu. Puas ditatap tubuh Kamal buat kali terakhir sebelum dikebumikan. 

Allahyarham ada meninggalkan sedikit harta. Tanah sekangkang kera dan sedikit wang simpanan. Diberi seratus peratus kepada isteri yang taat menjaga Kamal semasa sakit dulu. Siti, tidak layak untuk harta tersebut, biar sesen pun. "Biarlah mereka, rezeki di langit dan dibumi ini milik Allah, pasti ada yang terpalit untuk kita" kata Siti. Memujuk hati supaya bersabar dengan dugaan yang Allah beri.

----------------

Sebenarnya kisah ini belum berakhir sebab aku pun tak tahu penghujung jalan cerita ini. Mungkin dengan kesabaran isteri pertama, anak-anaknya yang empat tu berjaya dan memberi kesenangan kepada ibunya atau mungkin seorang jutawan sudi mengahwini Siti. LOL. Tengok isteri kedua, dah dapat habuan dari kesabaran menjaga suami yang sakit tu tetapi rasanya macam tak adil pula tak bagi sama rata harta pusaka.

Tetapi Allah dah kata ---

"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan".[Al-Nahl 16:127]

"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim". [Yunus 10:109]

Tak payah nak pening-pening kepala dengan orang yang sakitkan hati kita, buat kita macam-macam sebab Allah itu Maha Adil. Kita hanya bersabar dan Allah akan membalas setiap perkara yang mereka lakukan. Kita hanya perlu mendekatkan diri dengan Allah dan banyak berdoa meminta pertolongan Allah kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Sabar tau :)



14 August 2014

Rezeki

Hari ini wall facebook penuh dengan ucapan-ucapan kesyukuran dan kegembiraan kerana dapat result yang memuaskan hati (mostly my fb's friends from UiTM, so today is the result day for degree student). Paling gembira mestilah student-student sem akhir sebab result kali ni menentukan masa depan mereka sama ada boleh grad on time ke tidak. I feel you.

Throwback cerita setahun yang lepas

Waktu tengah tunggu result keluar ni, aku dah start kerja. Perasaaan aku waktu tu rasanya kalah mamat-mamat yang tunggu nak diakadnikah kan. Bayangkan lah kalau aku tak lulus satu atau dua subjek, pointer aku tak lepas ke, thesis aku tak boleh pakai ke -- tak ke aku kena berhenti kerja, pastu sambung balik study. Tak malu ke? 

But Alhamdullilah i was pass with flying colour. Rasa bersyukur dan gembira tu memang tak boleh nak kata la kan walaupun bukanlah pemegang ijazah kelas pertama. Who cares? Yang penting aku dapat grad on time dan bergambar sakan dengan kawan-kawan masa graduation nanti. Tapi kalau dapat first class lagi bagus, tak payah bayar balik PTPTN.

Tetapi tanpa kita sedar perjalanan hidup kita baru je nak bermula sebenarnya. Antara cabaran-cabaran awal yang korang akan hadapi masa mula-mula ni; bagaimana kita handle diri dengan limpahan rezeki orang lain. You know what i mean right. Kita tahu rezeki kita ni ketentuan Allah, ada dilimpahkan dengan rezeki yang banyak tetapi ada juga yang tak bernasib baik. 

Ada yang habis belajar terus dapat kerja. Ada yang berbulan-bulan menganggur tunggu panggilan interview. Ada yang gaji tinggi. Ada yang gaji rendah. Ada yang dapat kerja best. Ada yang dapat kerja yang tak beberapa best. Ada yang suka kerja yang dia dapat. Ada yang rasa sehari je kerja rasa nak berhenti. Ada yang sambung master. Ada yang duduk rumah kuruskan badan hari-hari.

Macam mana kita nak hadap bila kawan kita ni cerita dia kerja dekat well known company tapi kita kerja company yang search google pun tak jumpa. Bila kawan kita ni gaji besar yang mana nak buat loan rumah automatik lulus tapi kita mungkin tak sampai separuh dari gaji kawan kita tu. Padahal sama je habis belajar, padahal pointer aku lagi tinggi dari dia, padahal assignment dia dulu pun tiru aku.

Jadi macam mana nak handle perasaan tak puas hati, stress dan sedih tu?

Pulang kepada Maha Pencipta. Dia yang memberi rezeki kepada kita. Allah want to see how grateful we are. Mungkin kawan kita tu lebih bahagian ini, kita lebih bahagian lain. Mungkin dia gaji besar, kerja besar tapi tak seronok dengan kerja. Tak ada masa, staff sombong, kerja banyak. Tapi kita yang kerja biasa-biasa ni mungkin dapat bos baik, colleagues yang best, banyak masa untuk diri sendiri. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang di beri. Nilai apa yang kita dapat lebih dari orang lain sebab rezeki bukan dinilai pada gaji dan pangkat sahaja.



12 August 2014

Kahwin

Bila korang dah habis belajar, korang akan mengalami situasi di mana orang di sekeliling akan bercakap mengenai pasangan hidup. Soalan-soalan lazim yang akan ditanya;

"Bila nak kahwin?"
"Dah ada calon ke belum?"
"Dah kerja ni tak lama dah ni kan"

Bertuah untuk sesiapa yang dah ada perancangan ke arah itu, yang hanya tunggu rombongan masuk meminang je dah. Dan jadi kurang senang kepada orang yang tak tahu lagi hala tuju kehidupan untuk berumah tangga --- bila, dimana, dengan siapa? 

Macam aku, masih berkawan dengan lelaki yang sama yang dulu-dulu selalu menjadi topik aku mengarut dalam blog ni. Masih bertahan. Kami berkawan terlalu lama (end of this year, we are celebrate our 6th anniversary as a cheerful couple) dan orang sibuk tanya bila nak menamatkan kehidupan penuh scandal kami ini. Unfortunately, i dont know when it will be happen and i guess i will marry him when my bestfriend's child can walk (my bff not married yet, see how long i must wait to be a bride). Tetapi kita tak tahu perancangan Allah untuk kehidupan kita, ajal maut jodoh rezeki semua kuasa Tuhan. Who know ill getting married soon. 


Satu hari tu aku ada berborak dengan kawan-kawan ofis, topiknya "kahwin". Salah seorang akan tamatkan zaman bujangnya September ini. Aku yang seronok sangat dengan topik ni totally change to be a busy body person,macam-macam tanya;

"Apa perasaan nak kahwin ni?"
"Lama dah ke kenal dengan tunang?" 
"Eh lamanya couple, kenapa baru sekarang nak kahwin. Kan dah lama kerja"

Ye. Soalan last tu macam high level busy body type punya orang tapi aku curious. Couple dari zaman belajar, dah kerja lama tapi kenapa sekarang baru nak kahwin? By the way, kawan aku tu lelaki dan umur linkungan 26 tahun.

Then he say something. 

"Perempuan ni, even umur 23 tahun tapi bila kawan-kawan dah start tunang, start kahwin. Mula rasa diri tu dah tua sangat, pastu ajak kahwin. Tunang aku dulu macam tu la. Tapi aku bagitahu je dia. Aku pun ada matlamat hidup aku, nak ada rumah, kereta, simpanan aku sendiri. Baru boleh kahwin." 

Ha. Satu tamparan hebat kena kat muka aku. 

Jadi, aku dah buat kesimpulan. Perempuan dengan fakta; 9 nafsu dan 1 akal. Lelaki dengan fakta; 9 akal dan 1 nafsu. Kita perempuan ni bertindak mengikut perasaan dan nafsu. Bila orang lain ada sesuatu, kita terdorong nak juga tanpa fikir panjang. Kita tengok kawan nak kahwin, kita pun nak kahwin. Kita tak fikir macam mana perasaan orang yang kita ajak kahwin tu. Ada duit ke tidak? Sedia ke tidak? Apa yang kita tahu, kita NAK. 

Lelaki. mengambil keputusan untuk bertanggungjawab sepenuhnya kepada seorang perempuan dari segi dosa pahala, makan pakai, perhatian kasih sayang, sakit pening badan dan segalanya bukan senang. Belum kahwin dah pening pasal hantaran perkahwinan yang tak masuk akal, belum tambah perkara-perkara yang tak terjangka dek akal akan jadi bila dah hidup sekali nanti. Dan semestinya mereka ingin beri yang terbaik kepada bakal teman sehidup semati bersama mereka. Biar menjadi "imam" yang betul-betul sempurna untuk pandu kehidupan dunia yang indah untuk mencapai kebahagian akhirat yang kekal abadi. Tak kira dari segi kepuasan zahir atau batin.

So, girls. Jangan bermasam muka kalau boyfriend korang macam tak berminat kalau cakap pasal kahwin. Maybe he is not ready yet to bear a lot of responsible. In sha Allah hari yang dinanti tu akan tiba. Prepare yourself to be a good wife and mother in the future.




04 August 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014

Alhamdullilah, selesai mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan dan menyambut Syawal yang mulia. Raya kali ini agak meriah. Ingatkan raya tahun ni dah boleh pakai sedondon dengan suami, rupanya belum sampai seru lagi. hehe

Tema tahun ini --- biru. Tengok dekat media sosial (cehh.. bm sangat) ramai yang bertemakan biru tahun ni. Artis-artis pun ramai pakai baju biru. Tak kisahlah biru cair ke, biru pekat ke, biru awan ke, janji biru. Tak ada benda nak cerita pun raya kali ni, rutin macam biasa. Bangun pagi, sembahyang raya, salam-salam, tangkap- tangkap gambar dan duduk kat dapur basuh pinggan sampai ke petang (typical anak dara sangat).

Ini keluarga kecil kami. Omputehnya Yusof's Family

Aki dengan cucu sulong dengan cucu bongsu
Ini aje lelaki dalam keluarga kecil ni. I need to add a man in this group.
Anak-anak dara Yusof Zin. 




Aris's Family. Semoga arwah abah tenang disana.