24 March 2015

Senyuman Menawan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Tarikan kecantikan sesorang tu subjektif kepada si pemandang, ada yang suka tengok mata, hidung, mulut, bentuk badan, rambut dan lain-lain lagi. Macam aku, kalau aku jumpa dengan orang, tarikan aku akan fokus kepada gigi. Bagi aku gigi yang cantik tersusun membuatkan orang tersebut menarik. Ada yang muka biasa-biasa saja, tapi gigi cantik tersusun buat orang tu jadi manis sangat. Ada juga yang muka cantik, hidung mancung macam orang putih, mata bulat macam anak patung, tapi bila bercakap gigi berlapis-lapis.

Maybe kita boleh je nak sorok gigi kita yang tak cantik tu bila tangkap gambar (senyum tutup mulut) tapi bila bercakap dengan orang, nak sorok macam mana? Macam aku, lebih suka senyum tanpa menayangkan gigi semasa tangkap gambar, lagi-lagi kalau selfie. Kalau senyum nampak gigi tu macam something wrong je.



Gigi aku yang atas tu ada gap kat tengah-tengah, feeling-feeling macam model Victoria Secret la tapi nan hadonye. Kalau senyum nampak gigi, aku akan selit lidah celah gigi yang jarang tu supaya tak nampak gap antara dua gigi tengah tu. Yang gigi bawah pulak agak terabur tapi nasib baik tak menonjol sangat sebab bahagian bawah kan. Kalau senyum beria macam gambar kat atas ni baru nampak. 

Pernah dulu pergi casting muslimah model untuk Majalah Dara, lepas tu photographer suruh wajib senyum nampak gigi. Tapi kita ni dah confident yang senyum tutup mulut lagi cantik, jadinya bila kena nampak gigi ni, macam kekok la sikit. Sebab tu la sampai sekarang tak ada Majalah Dara tu panggil sebab memang dah tau gambar mesti tak cantik punya. huhu

Teringin juga nak pakai braces tapi macam leceh je. Lebih sanggup gigi berterabur dari rasa tak selesa bila pakai braces. Dah la nanti senyum, nanti nampak macam gigi kotor padahal tu besi braces tu. Tapi sekarang dah ada teknologi baru iaitu iaitu Invisalign



Invisalign lebih selesa kerana boleh cabut kalau waktu nak makan dan berus gigi, tak perlu nak appoinment dengan doktor setiap bulan dan yang paling penting invisible. Orang tak perasan pun kita pakai braces, tau-tau gigi dah cantik. Kalau ada duit lebih, boleh la buat treatment ni. 

Untunglah kalau boleh menang Contest Make Your Dream Smile A Reality dianjurkan oleh Nuffnang. Boleh dapat treatment Invisalign secara PERCUMA :)


13 March 2015

Trip to Banda Aceh (Part 2)

Hye awak.. jom sambung cerita jalan-jalan ke Banda Aceh hari tu.

20 Februari 2015 - Jumaat

Pagi Jumaat, hari ketiga kami di Banda Aceh, kami ke Makam Syiah Kuala. Syiah tu bukan ajaran syiah yang sesat tu tapi Shaikh, sebab kat sana sebutan dia lain. Makam ini terletak berhampiran pantai dan terjejas semasa peristiwa Tsunami 2004. Kawasan kampung di sekitar makam ini rosak musnah kerana bencana tersebut tetapi Makam Syiah Kuala ni tidak mengalami kerosakan yang teruk dan masih kekal seperti sedia kala.

Pakcik ini adalah penjaga kawasan makam tersebut dan menerangkan kisah makam tersebut
Di dalam kawasan berpagar hijau itu adalah Makan Syiah Kuala. Makamnya tidak terjejas walaupun bangunan yang menutupi makam ini rosak teruk
Terdapat makam-makam lain yang terdiri daripada anak-anak murid Syiah dan ahli keluarga
Pantai di hadapan kawasan Makam Syiah Kuala

Selepas melawat makan, kami ke Muzium Rumah Aceh. Sama je macam rumah-rumah tradisional kat Melaka. Jadi tak banyak sangat tangkap gambar sebab benda yang sama je yang boleh jumpa kat Malaysia. Ok next. 

Sebelum berhenti rehat sebab abang-abang dan pakcik-pakcik nak solat Jumaat, kami singgah di Muzium Tsunami. Tapi waktu kami pergi ni banyak bahagian yang tengah renovate, so macam tak best sangat. Contoh macam laluan tsunami tu, kita boleh rasakan macam mana keadaan semasa tsunami berlaku.



Semasa kejadian tsunami, helikopter ni diletakkan di kawasan pejabat polis, air tsunami yang mengakibatkan helikopter ini rosak teruk.
Antara salah satu bahagian di dalam muzium, di sini terdapat nama-nama mangsa korban Tsunami dan di atas sekali adalah kalimah Allah.
Bendera-bendera negara yang membantu pendamaian di Banda Aceh
Replika bangunan Muzium Aceh. Bangunan ini direka mempunyai ciri-ciri keselamatan jika berlaku lagi peristiwa Tsunami. Ia boleh dijadikan tempat perlindungan untuk mangsa-mangsa Tsunami.
21 Februari 2015 - Sabtu


Hari terakhir kami di Banda Aceh sempat pergi dua tempat aje iaitu Gunongan Putri Pahang. Sultan Iskandar Muda (Sultan Aceh) telah berkahwin dengan Puteri yang berasal dari Pahang, Malaysia. Maybe orang Pahang ni cantik-cantik kot, sampai ke Pahang cari calon isteri. hehe. Kerana terlalu sayangkan Putri Pahang ni, Sultan telah membina Gunongan iaitu replika gunung-gunung di Pahang untuk membuatkan Putri Pahang gembira. 


Selepas itu, kami ke Masjid Rahmatullah. Masjid ini juga salah satu masjid yang masih gah berdiri walaupun digulung ombak tsunami setinggi paras gubah masjid. Masjid ini terletak berhampiran kawasan pantai. Sebahagian kawasan dalam masjid yang rosak memang sengaja tidak dibaiki untuk dijadikan kenangan dan tatapan para pelancong.












Ok ini sahaja kawasan-kawasan yang sempat kami lawati. Banyak pengajaran yang aku dapat dari Trip to Banda Aceh ni. Malah terdapat seribu satu hikmah daripada peristiwa tsunami ni. 




12 March 2015

Q&A Ukur Bahan

Assalammualaikum semua, apa khabar?

Kita stop kejap cerita pasal Trip to Aceh, kita bagi peluang dekat adik-adik yang nak tahu sangat pasal ukur bahan atau quantity surveying dalam bahasa omputehnya. Kalau lepas dapat result SPM atau STPM, mesti ramai je email atau comment tanya pasal ukur bahan. Padahal dah pernah buat 3 entry kat blog ni pasal ukur bahan, boleh baca kat sini ye;


Amaran : Baca entry ini sampai habis, jangan tengok tajuk terus kemukan soalan yang sudah pun dijawab dalam entry ini dan sebelum-sebelum ni. Ada yang tanya soalan sama, nanti kita rotan. *muka serius*

Meh aku menjawab persoalan adik-adik dalam satu entry ni ye, jadi biar semua jelas. Ok, kita start dengan soalan pertama.

Nanti dah habis belajar ukur bahan ni, nanti kerja nak jadi apa kak?

Come on dik, of course la jadi jurukur bahan/quantity surveyor. Tapi kalau nak kerja sebagai cabin crew pun boleh, apa salahnya.

QS is interesting to work or not?

Menarik kalau minat. Tapi chill aje, kita sebagai lepasan pelajar ukur bahan ni boleh buat pilihan, sama ada nak masuk consultant firm, contractor company atau developer. Choice in your hand, jangan risau nanti dah masuk sem akhir belajar, korang tahu apa yang korang nak bila dah habis belajar. 

Masuk ukur bahan ni kena pandai melukis ke kak?

Mempunyai bakat seni melukis bukanlah kriteria penting nak jadi quantity surveyor, kalau tak mesti aku tak habis belajar lagi sebab asyik repeat je subjek melukis tu. Kalau adik-adik hanya pandai lukis orang lidi pun tak ada masalah nak apply ukur bahan ni.Tapi kena pandai baca drawing. Macam mana nak pandai? Nanti korang akan diajar oleh lecturer. 

Subjek-subjek yang kena belajar susah tak?


Rasanya biasa-biasa je kot, tak adalah sepening belajar engineering yang kena tau Y + X = ?. (dah tengok nota bf, serius tak faham apa-apa). Main subject kena belajar work of measurement, macam kena kira luas dinding, area lantai, volume tanah. Basic matematik aje tapi kena faham la konsep dia. Lepas tu ada subjek ekonomy of construction, yang kena baca dan kira. Subjek construction of law yang banyak kena baca dan faham case, construction technology untuk tahu macam mana segala jenis binaan dilakukan, building services pula nak tahu services dalam bangunan macam lift, escalator, air conditioning dan sebagainya. Ini boleh kira subjek-subjek basic yang kena ambik banyak sem sebab banyak chapter. Kalau rajin, semua kat atas ni kacang je lah. Tapi kalau susah, takpe uitm ada sediakan repeat paper. hehe

Berapa tahun belajar ukur bahan dan dimana?

Kalau ikut sistem UiTM, diploma 6 sem (3 tahun), degree pun 6 sem (3 tahun). Tapi kalau lepasan diploma UiTM dalam kos ukur bahan, korang boleh terus lompat sem 3 waktu degree. Rasanya universiti lain pun lebih kurang ini jugak. Kos ukur bahan ni ada di UiTM Samarahan, UiTM Seri Iskandar dan UiTM Shah Alam (degree sahaja).

Ok rasanya ini sahaja pertanyaan yang selalu ditanya oleh adik-adik yang curious sangat pasal ukur bahan. Ke ada jugak kakak dan abang yang dah berkerja pun masih tak faham dengan apa yang dia buat sekarang ? hehe. Aku ada baca satu artikel dari utusan mengenai ukur bahan, boleh baca kat sini untuk lebih detail. 

Ok good luck adik-adik :)


06 March 2015

Trip to Banda Aceh (Part 1)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Entry lepas ada cakap kan nak update pasal tunang dan banjir tetapi malangnya penulis blog ni amat la kesuntukan masa nak update blog. Memandangkan benda tu dah lama sangat berlalu, kita lupakan je la ye. Kita buka buku entry baru dengan cerita baru ok.

Bulan lepas, dengan izin Allah buat pertama kalinya aku dapat terbang ke Banda Aceh, Indonesia. Pergi masa Cuti Raya Cina, menginap disana 4 hari 3 malam. Aku join rombongan Sekolah Sri Seremban. Ahli rombongan yang join lebih kurang 24 orang terdiri daripada jawatan tertinggi sekolah (boleh bawa keluarga tetapi kosnya ditanggung sendiri). Memandangkan aku ni tak pernah naik kapal terbang dan teringin sangat, maka join la juga. Mokde aku bawa Sarah (anak sulung mokde aku) sekali.

Kami gerak dari KLIA 2, 18 Februari dalam pukul 1 petang. Naik flight Air Asia direct terus ke Banda Aceh, masa perjalanan lebih kurang 1 jam lebih dari Malaysia. Kami sampai sana dalam pukul 2 petang masa tempatan. Di sana masa lambat sejam dari waktu Malaysia.

18 Februari 2015 - Rabu

Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda dengan selamat. Sampai-sampai terus on wifi, nasib baik airport ada free wifi dan terus bagitahu family dah selamat sampai Banda Aceh. Airport dia kecil je, so tak perlu berjalan jauh nak check out.


Dalam perjalanan dari airport ke hotel, kami singgah salah satu destinasi pertama kami di Banda Aceh iaitu Kuburan Masal. Kuburan Masal ini adalah kubur besar yang menempatkan mangsa-mangsa Tsunami 2004. Mangsa-mangsa tsunami yang terkorban telah dikuburkan sekali dalam satu lubang yang besar.



Berdasarkan gambar di atas, tanah yang ditumbuhi rumput hijau tu la kubur mangsa-mangsa Tsunami. Kalau tak silap hampir 40,000 mangsa Tsunami dikebumikan di sini.

Selepas itu, kami singgah di restoran untuk makan tengah hari dan terus direct ke Hotel Sulthan, penempatan kami sepanjang di Banda Aceh. Sampai saja, kami diberi minum oleh pihak hotel. Beg-beg kami pun dibawa naik ke bilik oleh pekerja hotel, Kiranya servis kat sini sangat tittop. Aku stay satu bilik dengan Sarah. 



Korang boleh tengok macam mana keadaan bilik di sebalik muka aku yang penuh satu screen. Single bed ada dua, so tak ada masalah perebutan ruang semasa tidur ok.

Selepas dah solat jamak Zohor Asar, siap-siap nak melawat Dayah Al-Furqan Serambi Malaysia. Di sini adalah tempat untuk anak-anak kampung di situ belajar agama. Pak Bakri, pengasas pondok ini memberi perkhidamtan percuma sahaja kepada pelajar-pelajar yang belajar disini. 

Kenapa Serambi Malaysia? -- sebab tempat ini didirikan hasil sumbangan oleh organisasi dari Malaysia. Jadi dari sumbangan tersebutlah pengasas tersebut membiayai pembelajaran pelajar-pelajar di sini. Aku berminat dengan pepatah yang diberikan oleh Pak Bakri tersebut "Jika kita menanam padi, pasti rumput akan tumbuh sekali. Tapi kita menanam rumput, sampai bila-bila pun padi tidak akan tumbuh". Maksudnya jika mengejar kebahagiaan akhirat, pasti kebahagiaan dunia datang bersama tetapi jika kita hanya mengejar kebahagiaan duniawi, kebahagian akhirat tidak akan kunjung tiba.



Setelah pulang dari Dayah Al-Furqan ni, kami singgah di Masjid Raya Baturrahman untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Semasa kejadian tsunami, suatu keajaiban telah berlaku di masjid ini. Air tsunami hanya mengalir diluar masjid sahaja dan tidak memasuki kedalam masjid. Masjid ini dijadikan tempat berlindung mangsa Tsunami. Di sini aku letak sekali gambar Masjid Batturahman semasa peristiwa Tsunami 2014 (sumber google)




    
Cantik kan seni bina dalam masjid. Masjid ni la menjadi saksi kedasyatan bencana Tsunami di Banda Aceh.
   
19 Februari 2015  - Khamis 


Hari kedua di Banda Aceh, kami mulakan lawatan kami di Boat Di Atas Rumah. Bot besar ni tersangkut di atas sebuah rumah semasa peristiwa Tsunami dan menyelamatkan 59 penduduk kampung yang berlindung di rumah tersebut. 

Ibu Abasiah adalah pemilik rumah tersebut telah mengajak orang-orang kampung yang lari ketakutan kerana air tsunami mulai naik untuk berlindung di rumah beliau kerana rumahnya tinggi (dua tingkat). Semasa peristiwa tersebut, air tsunami naik hampir paras bumbung rumah. Tiba-tiba bot ni datang melawan arus tsunami dan tersangkut di rumah ini. Mangsa-mangsa yang berada di rumah tersebut terus memanjat menaiki bot ini.

Semasa di atas bot, mangsa-mangsa kelaparan kerana tiada sumber makanan. Tiba-tiba ada setandan buah kelapa hanyut berdekatan dengan bot. Buah kelapa tersebut la mereka ambil untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Terdapat beberapa lagi kisah pelik yang berlaku semasa peristiwa Tsunami tersebut.

Hikmah dari peristiwa ini, Ibu Abasiah memperoleh berlipat ganda kebaikan hasil pertolongan dia terhadap orang tempatan. Bukan sahaja terselamat daripada bencana tsunami, tetapi diberi rezeki yang melimpah ruah selepas peristiwa tersebut. 


klik untuk zoom dan baca 


Pakcik tu la yang cerita kisah bot ni
Selepas melawat bot sangkut ni, kami pergi tengok PLTD Apung, kapal besar tersangkut di tengah-tengah kampung. Kapal membawa janakuasa elektrik seberat 2600 tan di bawa oleh air tsunami sejauh 5km ke Kampung Punge Blang Cut. Bayangkan betapa derasnya dan kuatnya air tsunami boleh hanyutkan kapat seberat ni.

Mungkin ada lagi mayat mangsa Tsunnami di bawah kapal ini

Permandangan dari atas kapal
Ini lah Nina orang tempatan yang menerangkan mengenai kapal ini. Beliu juga adalah salah seorang mangsa Tsunami. Semasa peristwa tersebut, beliau berumur 18 tahun. Rumahnya berdekatan dengan kapal ini.

Besi yang bengkok tersebut hasil pelanggaran kapal dengan sebarang binaan semasa dihanyutkan ke sini.
Malam tu kami makan kat warung tepi jalan. Kerang rebus dia besar gila, dah macam tiram besar dia.
Sambungan cerita untuk hari ketiga dan keempat di Banda Aceh di Part 2 ye. Panjang sangat dah entry ni. Stay tuned :D