24 March 2015

Senyuman Menawan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Tarikan kecantikan sesorang tu subjektif kepada si pemandang, ada yang suka tengok mata, hidung, mulut, bentuk badan, rambut dan lain-lain lagi. Macam aku, kalau aku jumpa dengan orang, tarikan aku akan fokus kepada gigi. Bagi aku gigi yang cantik tersusun membuatkan orang tersebut menarik. Ada yang muka biasa-biasa saja, tapi gigi cantik tersusun buat orang tu jadi manis sangat. Ada juga yang muka cantik, hidung mancung macam orang putih, mata bulat macam anak patung, tapi bila bercakap gigi berlapis-lapis.

Maybe kita boleh je nak sorok gigi kita yang tak cantik tu bila tangkap gambar (senyum tutup mulut) tapi bila bercakap dengan orang, nak sorok macam mana? Macam aku, lebih suka senyum tanpa menayangkan gigi semasa tangkap gambar, lagi-lagi kalau selfie. Kalau senyum nampak gigi tu macam something wrong je.



Gigi aku yang atas tu ada gap kat tengah-tengah, feeling-feeling macam model Victoria Secret la tapi nan hadonye. Kalau senyum nampak gigi, aku akan selit lidah celah gigi yang jarang tu supaya tak nampak gap antara dua gigi tengah tu. Yang gigi bawah pulak agak terabur tapi nasib baik tak menonjol sangat sebab bahagian bawah kan. Kalau senyum beria macam gambar kat atas ni baru nampak. 

Pernah dulu pergi casting muslimah model untuk Majalah Dara, lepas tu photographer suruh wajib senyum nampak gigi. Tapi kita ni dah confident yang senyum tutup mulut lagi cantik, jadinya bila kena nampak gigi ni, macam kekok la sikit. Sebab tu la sampai sekarang tak ada Majalah Dara tu panggil sebab memang dah tau gambar mesti tak cantik punya. huhu

Teringin juga nak pakai braces tapi macam leceh je. Lebih sanggup gigi berterabur dari rasa tak selesa bila pakai braces. Dah la nanti senyum, nanti nampak macam gigi kotor padahal tu besi braces tu. Tapi sekarang dah ada teknologi baru iaitu iaitu Invisalign



Invisalign lebih selesa kerana boleh cabut kalau waktu nak makan dan berus gigi, tak perlu nak appoinment dengan doktor setiap bulan dan yang paling penting invisible. Orang tak perasan pun kita pakai braces, tau-tau gigi dah cantik. Kalau ada duit lebih, boleh la buat treatment ni. 

Untunglah kalau boleh menang Contest Make Your Dream Smile A Reality dianjurkan oleh Nuffnang. Boleh dapat treatment Invisalign secara PERCUMA :)


1 comment:

Muhammad Syakir said...

Still teratur lagi gigi, cuma jarang sikit je yang atas.