21 May 2015

Ilanur Style , Stylish Muslimah Attire Style


Hampir sebulan Ilanur Style ditubuhkan, sudah diwar-warkan di sosial media macam Facebook dan Instagram tetapi terlupa nak promote kat blog. Padahal blog ni boleh kira top medium nak promosi segala benda. Tu la, lupa yang diri sendiri ada blog.



Jadi mari kita cerita sikit mengenai Ilanur Style. Ilanur Style adalah online shop yang ditubuhkan oleh aku dan Nurudin Nazrin untuk mendapatkan kepuasan dalam pemakaian kerana sangat susah untuk mendapatkan pakaian yang selesa dipakai. In sha Allah, semua pakaian yang dikeluarkan oleh Ilanur Style adalah custom made yang direka hasil idea kami berdua. Ilanur Style berkonsepkan Muslimah Attire yang selesa dan sesuai dipakai pada bila-bila masa.



Produk pertama yang dikeluarkan oleh Ilanur Style ialah Basic Pant yang mempunyai 5 warna yang menarik. Direka dengan ukuran "free size" dimana boleh dipakai oleh wanita-wanita yang bersaiz kecil mahupun besar, lebih-lebih lagi diberi keutamaan kepada si tinggi lampai. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti kain yang sangat berkualiti. 




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Basic Pants by Ilanur Style, boleh kunjungi kami di Ilanur Style Facebook Page dan Instagram Ilanur Style (klik tulisan untuk direct ke link tersebut). Berita baik untuk sesiapa yang ingin mendapatkan Basic Pants yang tiggal di Shah Alam, Sungai Buluh dan Temerloh, cash on delivery (COD) disediakan untuk anda.

Selamat mencuci mata :)

No comments: