05 October 2017

Lemonade Xpresh



Tak perlu nak cerita panjang kalau cakap pasal kelebihan minum air lemon ni sebab memang ramai dah tahu kelebihan dia. Nak sihat boleh, nak cantik boleh, nak kurus pun boleh kalau minum air lemon ni. Tapi buah lemon ni agak mahal kalau beli kat kedai, kadang-kadang boleh jatuh harga seringgit satu biji. 



Daripada segi penyediaan pun agak leceh, kena hiris dulu lepas tu kena perah pulak. Hasil yang dapat pula tak memadai dengan effort yang kita buat. Kadang-kadang bila dah beli kat kedai tu, letak dalam peti ais sampai berkulat buah tu sebab lupa nak buat air. Dah membazir macam tu je. 

Jadi satu produk telah tercipta untuk memudahkan pengguna untuk consume lemon drink ni iaitu Lemonade Xpresh. Packaging serbuk lemon asli daripada estrak lemon sebenar di dalam botol yang mudah dibawa kemana-mana dan mudah cara penyediaannya. Hanya tuang je serbuk dalam air kosong, tadaaa dah menjadi air lemon korang. Nak campur dengan macam-macam jenis minuman dan masakan pun boleh.



Semua lapisan masyarakat boleh consume Lemonade Xpresh ni--tua muda, lelaki perempuan, sihat sakit, perempuan mengandung, perempuan berpantang, perempuan menyusukan anak, semua bolehlah. Khasiat dia memang sama je dengan korang minum air buah lemon tu, rasa pun sebiji sejibun dengan air lemon yang perah sendiri tu. Of course halal toyyiba dan ada pengesahan KKM.


Dengan sebotol Lemonade Xpresh 50 gram, korang boleh dapat sebanyak 50 gelas air lemon. Cara minum, korang hanya campurkan 1 gram Lemonade Xpresh dalam 100ml air dan kacau. 1 gram tu boleh agak-agak macam gambar kat atas (1/4 sudu besar).

Harga? Of course la sangat berpatutan uolss tak sampai beratus-ratus pun. RM48 sahaja sebotol. Dengan harga yang tak sampai RM50, korang boleh sihat, cantik dan kurus. Nanti sesiapa berminat boleh whatsapp sis, nanti aku guide cara penggunaan dan tips-tips mengikut keperluan uolss okay.

Apa tunggu lagi, marilah whatsapp sis. In sha Allah layanan kasih sayang sis bagi. Tekan aje link ni okay --- http://www.wasap.my/60145318906


28 August 2017

Married Life

Sebelum kahwin, selalu dengar ayat "kau tak kahwin lagi, jadi tak kenal lagi pasangan kau macam mana, dah duduk sebumbung nanti baru la kau tau dia macam mana".

So far, 6 bulan menyemai cinta halal, aku agak setuju dengan kata-kata di atas tu tapi bagi aku tak banyak sangat perubahan yang mendadak. Dia masih sama macam aku kenal dulu. Cuma, bila dah duduk serumah tidur sebilik ni, banyaklah benda baru kita explore. Baru tau-- owh dia ni tidur berdengkur. Owh dia ni jenis susah gila nak bangun kalau kejut. Owh dia ni jenis tak makan berat waktu pagi. Benda-benda camtu je la. Perangai sama je,

Tak adalah macam sesetengah orang tu berubah terus perangai sebelum dan selepas kahwin. Sebelum kahwin bukan main lemah lembut, bila dah kahwin tiba-tiba je jadi panas baran. Sepatutnya lepas kahwin ni la kita berubah menjadi lebih baik untuk sama-sama berpimpin tangan ke jannah. Kalau dulu jenis solat tak cukup, jadi lepas kahwin ni la sama-sama mengingati pasal solat, lebih indah solat berjemaah bersama-sama.

Dalam perkahwinan biasalah kalau ada tergigit lidah tu. Tak semuanya indah, terselit jugak pahit tu sekali sekala. Yang penting kena banyakkan bersabar dan bertoleransi. Kalau yang suka merajuk tu tak payah lah lama-lama, buat rugi masa je. Kalau ada yang tak puas hati, terus terang je apa yang kita tak puas tu. Kadang-kadang perempuan ni suka kalau cakap tu berlapik-lapik, masalahnya lelaki ni tak akan faham. Jadi baiklah straight to the point je. Kalau nak mintak tolong ke, nak sesuatu ke, cakap je terus terang. Dia faham dan kita pun tak sakit hati.

Masih jauh lagi perjalanan yang akan kami tempuhi bersama. Baru setengah tahun menjalani hidup berumah tangga ni. Lepas ni ada ahli baru pulak. Status berubah, tanggungjawab pun makin besar. Yang penting kita letak Allah tu nombor satu dalam apa-apa yang kita lakukan sebab segala perkara terjadi atas kehendakNya. Semoga keluarga kita menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawadah dan waramah.





18 August 2017

Cameron Highland #babymoon

Semenjak kahwin, kami tak sempat lagi nak bercuti kemana-mana. Ikutkan hari tu nak honeymoon ke Langkawi, dah tempah tiket flight dengan hotel, tapi tak ada rezeki nak pergi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Baru-baru ni tiba-tiba rasa nak berjalan tapi nak pergi yang dekat-dekat je memandangkan kekangan masa dan wang. Jadi aku decides nak pergi Cameron Highland je memandangkan aku tak pernah jejak kaki pun ke sana. 

Kami pergi masa weekend, semalaman je kat sana. Pergi Sabtu petang, Ahad petang dah balik semula ke Shah Alam. Dari Shah Alam, kami gerak dalam pukul 3 petang, kami decide ikut Pahang, akan lalu tol Gombak-Bentong-Raub-Sg.Koyan. Jalan pun ok je tapi bila dah keluar tol Bentong tu ada la kadang-kadang slow sebab kena ikut belakang lori. Jimat pun jimat sebab bayar tol sikit je. Perjalanan ambik masa 4 jam lebih, kami sampai dalam pukul 8 sebab ada berhenti solat. Sebelum pergi, aku dah booked siap-siap Hotel Jasmine kat booking.com. Plan bercuti last minute, jadi booked hotel pun last minute. Dapatlah harga bilik RM199 semalaman. 

Sampai pun dah malam, lepas check in pergi makan dulu kat restoran bawah hotel. Hotel Jasmine ni dekat pekan Brinchang. Jadi dekat dengan restoran dan kedai-kedai. Lepas makan, kami nak pergi pasar malam tapi tak jumpa pula. Aku tak sure yang pasar malam tu dah tukar kat tempat lain atau tak buka masa aku pergi.

Keesokan paginya dalam pukul 8 pagi, kami dah check out. Kiranya lepas berjalan, terus nak gerak balik Shah Alam. Kitorang breakfast roti canai dulu dekat restoran berdekatan hotel, barulah pergi ke tempat wajib pergi kalau ke Cameron Highland.

Big Red Strawberry Farm

Tempat ni terletak dekat pekan Brinchang tu je, sebab tu kami decide pergi sini dulu. Kami tak tahu yang boleh parking kat atas, jadi kami parking je kat bawah dekat signboard tempat ni. Gigihlah iolss berjalan naik bukit, semput-semput mendaki dengan bawa perutnya lagi.


Masa kami pergi, tak boleh petik buah strawberry. Maybe buah baru nak berputik kot. Jadi just jalan-jalan je tengok kebun strawberry dan salad, lepas tu makan dekat kafe yang ada kat situ. Sebelah farm ni ada Cactus Valley, terdapat macam-macam jenis kaktus kat situ.







Sepanjang jalan antara kebun salad dan strawberry tu ada banyak pokok-pokok bunga ditanam kat tepi jalan. Macam-macam jenis pokok bunga ada kat sini. Masa perjalanan nak turun kat kereta tu, kami singgah la kejap tempat kaktus tu. Kat sini ada jual macam-macam jenis kaktus.



BOH Tea Centre Sungei Palas

Kalau ke Cameron Highland, tak sahlah kalau tak ke ladang teh. Tempat ini destinasi kedua kami. Jarak nak ke sini tak adalah jauh sangat dari Strawberry Farm tu tapi sebabkan jem banyak kereta, adalah dalam 30 minit juga nak sampai ke sini. Nak sampai ke Ladang Teh BOH Sungai Palas ni akan lalu jalan yang berliku-liku dan agak sempit bila kereta berselisih. 



Sampai kat sini sekali lagi kena mendaki, kali ni mendaki tangga pula untuk ke kafe untuk perkena teh sambil menikmati pemandangan ladang teh yang terbentang luas. Harga makanan kat kafe ni agak pricey la. Nak beli makanan pun kena beratur panjang jadi better sorang cop tempat, sorang beratur beli makanan. Hot spot mestilah dekat anjung terbuka tu, so kena tunggu orang bla dan terus duduk.




Dah turun nak balik tu gigihlah kami berjalan kat ladang bawah ni nak tangkap gambar. Sanggup tu meredah celah-celah rimbunan pokok teh, nasib baiklah tak ada ular ke apa. Tapi tak cantik sangat gambar, macam tangkap gambar dalam semak je. Bila dah gerak balik tu, nampak kereta banyak berhenti tepi jalan dan permandangan kat situ sangatlah cantik nak photoshoot. Nah sis payung sikit.



Aku stress betul dengan gambar kat atas ni. Gambar cantik dah tapi lense pulak kotor. Masa Nurudin ambil gambar ni, aku dah perasan macam ada kesan jari kat lense tapi aku tak terluah lak nak tegur. Nurudin pulak pakai ambik je, tak tengok pun gambar tu jadi ke tidak. Aku perasan pun bila dah on the way turun ke Lavendar Farm.

Lavendar Farm

Rasanya farm ni baru lagi buka dan masuk kat sini kena bayar RM 8 sorang. Kat sini pun macam krik krik je. Nak buat tempat photoshoot ok lah kot tapi rasa macam tak berbaloi je bayar masuk kat dalam ni. Banyak pokok-pokok bunga je kat sini. Lavendar Farm ni  pun terletak dah jauh sikit ke bawah, maka sini adalah destinasi terakhir kami sebelum balik ke Shah Alam. Segan nak masuk gambar sendiri yang kembang semangkuk. Jadi tatap gambar bunga je la ye kat sini.







Bagi aku trip ke Cameron Highland ni agak membosankan. Kalau orang tanya nak pergi lagi tak, aku akan jawab cukuplah sekali kot. Cuaca kat sana pun tak adalah sejuk sangat, biasa-biasa je. Nasib baiklah pergi semalaman je, kalau 2,3 hari boleh mati kutu aku kat atas tu. 

Balik tu kami ikut Simpang Pulai, keputusan yang kurang tepat. Dah lah kena bayar tol mahal, highway jem pulak. Gerak dari Cameron pukul 4 petang, dekat pukul 11 malam baru sampai rumah. Jadi ini sahajalah cerita babymoon kami.

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan." 
(Al Mulk:15) 

09 August 2017

Pregnancy Journey #bleeding

Seperti dijanjikan entry lepas, kali ni nak cerita saat cemas yang terjadi kat aku iaitu bleeding during pregnancy. Semasa awal pregnancy, aku masih ada rasa sengal-sengal perut macam rasa nak period tu. Selain tu, kadang-kadang ada spotting sedikit. Mula macam cuak, bila tanya orang sekeliling dan pakcik google; itu adalah normal. Jadi aku pun chill la seperti biasa.

Sampai la kandungan aku dah masuk 12 minggu dan pada hari yang sama iaitu 11 May 2017, aku ada appoinment check up dengan klinik panel untuk scan baby 3 bulan. Pagi tu aku kerja seperti biasa, rasa macam malas je nak pergi klinik hari tu sebab agak busy. Maybe nak tunda ke hari esok je pergi klinik. Then, lepas lunch aku pergi tandas untuk melepaskan hajat dan masa tu lah aku sedar banyak gila darah kat seluar dalam. Dia macam darah period yang datang awal tanpa diduga dan kita tak pakai pad hari tu. Kalau korang perempuan, dapat la bayangkan. 

Waktu ni aku dah gelabah macam apa entah, dalam kepala dah fikir yang bukan-bukan dah. Tapi aku pelik, aku tak rasa sakit pun dah tak ada pun darah ni bocor kat baju. Aku pun snap gambar seluar dalam tu (tak senonoh kan tapi better la daripada direct tunjuk seluar dalam yang penuh darah tu kat orang) dan orang first aku bagitahu of course la husband yang tercinta. Aku call dan cerita apa jadi kat aku. Dalam masa yang sama, aku tunjuk gambar tu dekat akak ofis yang aku rapat dan minta pendapat dia --- what the hell is that! Nurudin suruh aku pergi klinik untuk sahkan apa-apa.

Nasib baik la klinik panel tu belakang ofis je, aku pun jalan kaki je pergi sorang-sorang sebab memang tak rasa sakit apa pun. Sambil tu keep update dengan Nurudin, dia tak dapat teman sebab dia tengah kerja. Siap minta maaf lagi dengan dia kalau jadi apa-apa. Drama sangat. Tengah tunggu doktor panggil tu, siap nak google lagi cara berpantang jika gugur.




Bila jumpa doktor, aku pun sekali lagi tunjuk gambar darah tu. Then doktor suruh baring, dia nak scan perut. Alhamdullilah, baby tak ada apa-apa. Baby siap lompat-lompat lagi dalam perut macam video scan Yusuf Iskandar tu (kalau korang selalu baca gossip artis, mesti tahu punya) cuma aku tak sempat nak rakam je sebab sorang-sorang kan. Heart beat baby pun okay.

Then doktor request untuk cek bawah untuk tahu punca bleeding tu. Tak pasal-pasal dah kena seluk walaupun tak sampai masa nak beranak lagi. Doktor sahkan pintu rahim ada radang sedikit macam melecet tu. Lepas tu doktor cakap "saya buat papsmear test terus ye". Aku pun dengan lurusnya membenarkan tanpa bertanya apa-apa. Akibatnya melayang RM 300 untuk papsmear test tu sahaja. Kalau buat dekat klinik kerajaan, paling banyak pun seringgit kena bayar. Dahlah company tak cover untuk papsmear test tu. Tapi Alhamdullilah result test tu pun okay, tak ada tanda-tanda kanser atau penyakit lain. 

Lepas jumpa doktor tu, still ada bleeding dalam 3,4 hari, maybe akibat dokor cek hari tu. Doktor pun ada bagi antibiotik untuk dimasukkan ikut bawah untuk radang tu. So far, lepas tu semua dah kembali seperti biasa. No more bleeding, baby pun setakat ni growing up well in my tummy. Mummy dia pun boleh tahan juga membesar dengan jayanya lepas masuk 2nd trimester.

Sekarang lagi sebulan dah nak masuk 3rd trimester. Aku mohon pembaca-pembaca blog ni sudilah mendoakan keselamatan dan kesihatan aku dan kandungan ini. Harapnya semua berjalan lancar sehinggalah hari bersalin nanti. 

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no. 4912)


03 August 2017

Pregancy Journey #goodnews

Baru cerita pasal kahwin last entry, nak cerita pasal pregnancy journey dah kali ni. Alhamdullilah, tak sangka rezeki anak tu datang awal. Mulanya, kami berdua pakat nak merancang dulu, memandangkan aku baru je daftar untuk sambung master seminggu sebelum kahwin. So, aku dah buat kira-kira maybe setahun pertama ni kita chill berdua dulu sampai aku habis study master yang ambil masa setahun setengah (extend to 2 years sebab kena tukar mode part time).

Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Aku selalunya memang kira cycle period setiap bulan, memang akan catat dekat kalendar bila sepatutnya aku period. Jadi, bila lepas kahwin, aku still tak period bila masa yang sepatutnya. Aku agak maybe lambat sikit la 2,3 hari macam biasa. Tapi bila dah masuk hari kelima tak datang lagi period, saja gatal beli pregnancy test kat 7E, beli yang murah je. Masa husband tahu aku lambat datang period, dia dah start gurau yang aku ni pregnant. Siap bercakap lagi dalam dengan perut padahal tak tahu lagi aku ni pregnant ke tidak. Gaya dia macam nak sangat aku pregnant.

17 March (Jumaat), pagi-pagi bangun tidur tu terus aku cuba pregnancy test. Sejuk tangan weh berdebar dia lain macam. Nurudin tidur lagi waktu tu. Aku pun follow je la arahan dekat kotak tu.Tunggu beberapa minit, then tadaaaa..
Double line showing
Baru je nak buat suprise kat Nurudin ala-ala orang putih tu, tapi tak ada maknanya sebab aku tidak sabar orangnya. Terus kejut dia bangun, suruh pergi tengok sendiri UPT ni dalam toilet. Dia macam blur tapi bila tengok aku tersengih je macam kerang busuk, so dia dapat agak apa maknanya. 

Hari yang sama pergi klinik panel untuk sahkan betul ke tidak aku mengandung ni. Tunjuk dekat doktor gambar kat atas ni, then doktor scan perut untuk sahkan pregnancy ni. Maka memang ada lah kewujudan little munchkin in my tummy. Maka aku disahkan bunting pelamin. Kandungan dah 4 minggu padahal aku kahwin baru 3 mingu (kandungan dikira dari tarikh pertama kita period daripada cycle lepas). Jadi kami berpakat untuk keep it secret sebab terlalu awal sangat kecuali mama. Awal-awal lagi aku dah whatsapp gambar result UPT kat atas tu. Mana boleh simpan cerita best dengan mama. 


Selepas tu bermula la fasa morning sickness yang tak berapa nak sickness. Alhamdullilah, aku tak adalah mabuk teruk sampai muntah-muntah tak larat nak bangun tu. Aku cuma rasa badan letih dan selalu mengantuk. Tengah hari je memang kena tidur sekejap kat ofis. Lepas tu badan aku banyak angin, tak boleh skip makan dan perut kosong. Kalau lambat je makan nanti sakit kepala dan selalu je sakit kepala cuma tak muntah-muntah je la. 

Aku rasa badan aku waktu ni sangatlah lemah dan emosi swing macam apa entah. Kadang-kadang sampai nangis sebab tak larat sangat padahal tak adalah teruk mana nak banding dengan orang lain tu. Jadi disebabkan oleh keadaan badan yang tak mengizinkan ni, aku decides untuk stop belajar. Mulanya nak ambik cuti khas je satu semester tapi aku rasa macam tough je nak teruskan belajar kalau ada anak kecik nanti. So daripada aku menghabiskan masa dan tenaga untuk habiskan satu sem (kononnya tak ada lah rasa membazir bayar yuran kalau habiskan satu sem) lepas tu berhenti belajar, baiklah aku stop dari awal. In sha Allah, satu masa nanti kalau ada rezeki dan kerajinan, boleh sambung balik belajar.

Nanti next entry aku cerita kisah aku bleeding pula. Stay tuned okay. xoxo

“Dan orang-orang yang berkata” Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Al-Furqan:74)


28 July 2017

Kahwin Dah

Hari tu kita cerita sedih, kali ni nak cerita yang happy-happy aje. Dah masuk bulan Ogos dah untuk tahun 2017 ni, bulan Syawal pun dah meninggalkan kita. Aku pun dan selamat menjadi isteri orang. hehe. Isteri siapakah? Of course la isteri kepada mulut puaka yang selalu aku sebut-sebut dalam blog ni masa zaman dulu kala.

Alhamdullilah 25 Februari 2017, aku dan Nurudin Nazrin selamat diijabkabulkan. Setelah bertahun-tahun menyulam cinta, berangan nak hidup bersama, akhirnya terlaksana juga impian kami berdua. Tak lama lagi bertiga pula, In sha Allah :) Kebetulan tarikh kami kahwin tu genap 3000 hari kami bercinta.

Semua urusan perkahwinan dimudahkan, daripada majlis merisik yang sangat ringkas antara dua buah keluarga sehinggalah majlis walimatulurus kami. Majlis kahwin kami ringkas sahaja, 2 in 1. Lepas nikah terus majlis resepsi. Baju pun pakai baju yang sama sahaja tapi tukar baju lain untuk outdoor photoshoot je.

Semua urusan perkahwinan ni kebanyakannya aku yang settle sendiri. Mama uruskan bahagian katering je. Yang lain aku yang buat keputusan, Nurudin pun ikut je, tak banyak karenah. Daripada beli kain baju untuk nikah, hantaran, kad kahwin, doorgift, pelamin, makeup dan photographer, semua aku yang settle. Buat sendiri baru puas hati. Alhamdullilah semua mengikut kehendak hati untuk majlis sekali seumur hidup ni. Harapnya begitu la.

Marilah aku share sikit gambar majlis yang penuh bermakna tu.


















Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar, simple tetapi tetap meriah dengan kunjungan saudara mara dan sahabat handai. Untuk hidangan makanan tetamu, kami tempah katering je sebab tak ada tenaga kerja yang ramai. Lagipun senang, lepas majlis boleh cuci tangan je. Tak adalah penat sangat badan. 

Majlis nikah start dalam pukul 10.00 pagi, bila dah selesai semua terus dengan acara bergambar dengan keluarga dan diteruskan dengan makan beradab. Tiada majlis berarak pun, memandangkan sepasang je baju kami. Dalam pukul 3 petang, tetamu dah berkurang, kami bersiap untuk outdoor photoshoot pula. Baju yang kami pakai untuk outdoor photoshoot ni kami beli dah siap je semua kecuali veil dan crown pinjam dengan bridal, ekor dress tu tempah dengan tailor. Blazer yang husband pakai tu pun beli dekat H&M aje. 

Dress by poplook.com/ shawl beli di pasar malam/ekor baju tu tempah 




“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
(An-Nur:32)